Budak Baru Nak Up

“Bulan puasa nanti korang ada buat apa-apa?” Tanya aku pada 2 orang budak lelaki yang sedang melepak petang-petang. Anak sapa aku tak kenal.Tapi budak-budak ni duduk dalam taman perumahan ni jugak.Baru lepas habis SPM.

“Tido bang…nak berbuka baru bangun.” sorang budak rambut petak jawab dengan konfiden.

“Saya tunggu panggilan masuk U, bang.Duduk rumah je la sementara tu.”Kata sorang  budak lagi.Badan slim, muka jambu, rambut pacak-sesuai masuk band K-Pop versi melayu.M-Pop, kalau tak silap.

“Korang nak kerja tak bulan puasa nanti? Kerja senang je…jaga gerai air masa bazar ramadan.” Aku cakap terus terang.Tak payah pantun-pantun macam nak pinang anak dara orang.

“Jual air? Jaga gerai? Masa puasa?” soal budak K-pop bertalu-talu sambil pandang rakan seperlepakannya.

“Ya….jual air kat gerai.Kalau korang nak cari duit raya la..Nak belanja makwe makan McD pun, senang..Kumpul duit beli kasut bundle pun senang.Tak payah minta mak bapak korang dah.”

“Sorry bang,saya tak nak…Malu la nak jual air tempat macam tu.Mana nak sorok rambut pacak saya ni kalau semua makwe-makwe saya datang kat bazar tu .Mati saya kena gelak nanti.Silap-silap ada yang minta clash.” Kata budak Kpop padu.

“Saya pun tak nak, bang.Pasar ramadan panas. Berpeluh-peluh..dah la lapar puasa.Tekak kering.Baik saya kerja kat Kfc. Ada aircond….” hujah budak rambut petak.

Itu pasal la aku malas nak melayan budak-budak baru nak up ni.

Gerimis Mengundang Di Bulan Ramadan

Gerimis jarang mengundang di bulan ramadan. Hujan lebat tu selalu, tak gitu?

Sekarang cuaca susah nak diramal. Semalam hujan lebat,hari ni rilek-rilek saja cuaca redup campur panas.Suam-suam kuku. Hujan yang turun itu rahmat.Bukan boleh disekat-sekat dengan tangan.Sesetengah orang suka cuaca redup dan tak panas tapi ada juga yang suka cuaca panas memanjang….Macam peniaga pasar ramadan.

Tahun lepas tak silap saya ada satu kes di Bazar Ramadan Jasin Melaka yang melibatkan kematian dan kecederaan peniaga bazar ramadan.Habis khemah-khemah tumbang sebab dilanda ribut. Angin kencang dan ribut ni pun bukan boleh buat main-main.Tiba-tiba datang macam tu, tak sempat nak alert.

Tahun lepas saya juga turut alami situasi yang sama seperti di atas.Tapi bukan di bazar ramadan,ia berlaku di port berniaga di tepi jalan.Di lokasi yang sama seperti tahun-tahun lepas tiap-tiap kali tiba bulan ramadan. Hari pertama puasa kami dah ikat kuat-kuat tiang kanopi tu.Kesemua tiang kanopi turut dipaku dan dipasak ke tanah.Siap letak batu besar di keempat-empat tiang untuk kukuhkan gerai.Saya dan kawan-kawan lain bajet dengan cara tu,konfem bila angin atau hujan tak jadi masalah.Tak akan terjejas.Bajet pandai!

Tapi bila hujan lebat dan angin kuat lain pula ceritanya. 3 kanopi sebelah menyebelah dah tunggang langgang.Kanopi saya, brader roti john dan makwe lawa jual kuih-muih dah beralih tempat diterbangkan angin.Bertindih-tindih dalam keadaan kanopi yang masih terbuka. Kanopi saya masuk petak makwe lawa.Kanopi brader roti john pun sama, masuk petak makwe tu. Kanopi makwe lawa paling teruk digasak.Mentang-mentang la dia makwe.Mentang-mentang la dia sekuntum bunga sakura di tengah-tengah kumbang jantan. Ada tiang kanopi yang bengkok dan patah.Kesian makwe lawa…

Angin kuat dan hujan lebat tak lama mana pun. Dalam 2 jam saja,kalau tak silap.Tapi ia tetap membinasakan.Mujur semasa kejadian, tak seorang pun ada di tempat kejadian.Sebab hujan lebat tu turun pukul 12 tgh.Gerai memang tak ada yang buka lagi.Kalau tak,dah jadi cerita lain.

Petang tu,waktu meniaga jam 4.00pm cuaca kembali panas. Kanopi-kanopi yang tewas ditumbangkan angin dan hujan lebat tengahari tadi kembali tegak tercacak.Peniaga-peniaga berniaga macam biasa.Hati kena kental bila dugaan dan cabaran macam tu terjadi di bulan puasa.

Kecuali makwe lawa yang terpaksa cuti berniaga pada petang itu. Pasti pakwe-pakwe yang selalu beli kuih muih di gerai makwe lawa sambil sengih-sengih kerang kecewa. Sungguh keciwa!

banner bab728x90

Kerja Tuhan Siapa Tahu

Sebelum masuk opis pagi tadi, aku singgah beli nasi lemak di satu gerai tepi jalan. Akak yang meniaga ni aku kenal, jiran-jiran area ni jugak. Baru sebulan tukar kereta MPV baru. Rezeki dia murah sebab rajin berniaga hari-hari.Rezeki bisnes tepi jalan.

Tak jauh dari situ, 2 buah gerai tepi jalan yang jual goreng pisang petang-petang dah tak rupa gerai.1 gerai tu boleh dikata total lost. Kain kanopi bukan setakat tercabut dan hilang dibawa angin,tapi dah carik-carik.Besi penyokong tiang kanopi pulak dah banyak yang patah.Memang konfem owner tu kena beli kanopi baru lepas ni.Dah cedera parah gerai dia.

Sebiji gerai lagi setakat cedera ringan. Atap zink  ada 2 keping hilang kena tiup angin.Tapi struktur gerai tak ada efek apa-apa.Tiang n body gerai dibuat daripada papan.Ditukang oleh owner gerai tu sendiri.Masih kuat macam dubuk liar.

Ribut atau angin kuat yang melanda gerai berkenaan entah bila berlaku.Senja semalam ok lagi. Setahu aku malam tadi bawak ke pagi, tak ada la pula hujan lebat, ribut atau kencang. Hujan rintik-rintik tumbuh daun lalang pun aku tak perasan. Atau aku tidur mati? Tak dengar apa-apa.

Tapi itulah dia…Kerja Tuhan siapa tahu, kan?

Air Milo Basi Di Suatu Petang

Saya pandang menu terpampang. Ada banyak pilihan.Tapi hati saya berbelah bahagi.Tak tahu nak order minuman yang panas atau pun sejuk.Ikut tekak dan lidah, teh tarik pun sedap layan petang-petang begini.Tapi teh tarik di medan selera dalam pasaraya besar tu tak kaw.Tak sedap.

Akhirnya saya order 2 cup milo ais.Lepas bayar 4 hengget, saya duduk di satu sebuah meja makan yang telah dicop awal-awal oleh kawan saya.Walaupun nasi ayam dan bau sup lebih menggoda.Dia menunggu sabar.Sekali sekala saja dia menjeling ke arah ayam di dalam pinggan. 3-4 kali pula dia menjeling seorang makwe lawa yang sedang makan sendirian.Nasi masih berasap.Peha ayam menunggu untuk dibaham.Nasi ayam dalam tesco di medan selera di sini memang terbaik di galaksi.

Air milo saya hulurkan pada kawan saya itu.Dia terus minum.Sekali sedut,suku cup air milo masuk mulut.Entah baca bismillah,entah tidak.Doa makan, tak payah nak cerita.Tiba-tiba dia muntahkan semula air milo tersebut dari mulut.

“Air ni rasa lain macam.Cuba ko rasa.”jelas dia dengan muka kelat-kelat pisang.

“Perasaan ko je tu.Lain kali baca doa sebelum makan.Sebelum minum pun…” Tazkirah ringkas saya dengan tenang.Tak sia-sia saya selalu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ikut youtube macam orang-orang lain.Dah cukup power dan jitu bab-bab tazkirah dan nasihat sesama muslim.Lepas ni saya berazam nak Like pulak fan page Ustaz glemer tu.Barulah trending.

“Ko rasa dulu,baru cerita.” cabar kawan saya.

“Ok…aku minum!”

“Anak harun betul….konpem basi!”

Dengan tak banyak cengkadak saya bawa semula 2 cup air milo basi tu ke kiosk minuman.Saya potong line 2-3 orang yang tengah beratur nak order.Saya suruh pekerja kiosk tu rasa sendiri air milo dalam dispenser tu.Akhirnya seorang pekerja mencuba dan mukanya turut berubah menjadi kelat pisang. Spontan saja dia membuang kesemua baki air milo di dalam dispenser ke dalam sinki.Jadi tak perlu panggil team CSI untuk cari bukti extra. Milo dalam dispenser tu sememangnya dah basi.Walaupun air milo tu dalam dispenser sentiasa berpusing.

” Ni mesti air milo pagi tadi tak tukar-tukar.Mana tak basi.Order air avocado la bang,”  Seorang pemuda gaya abang-abang yang beratur di belakang saya memberi komen tanpa diminta.

Saya bersetuju di dalam hati dengan komen pemuda itu.Saya juga saspek nilai-nilai kebersihan ketika menyediakan air milo tersebut turut diabaikan.Kuku salah seorang pekerja wanita di situ juga panjang dan hitam.Bukan hitam warna inai.

Bagi menjamin insiden air basi tidak berulang, saya memilih jalan selamat dengan membeli air mineral di kiosk minuman lain.

Cerdik tak saya?

Brader Katering Yang Gudjob

Hari Sabtu lepas aku ke majlis kenduri di Bandar Baru bangi. Event tu diadakan di dalam dewan dalam bangunan PKNS. Tingkat 3.Selama ni aku ingatkan dalam Bangunan PKNS tu cuma ada lot-lot kedai-kedai biasa semata-mata.Paling glamer pun dalam tu ada pasaraya Billion,KFC.Dewan pun ada rupanya maaa….boleh buat sewa untuk kenduri kawin 1, 2 atau 3.Tak kisah.Tak pedulik.

Katering memang gudjob!Sedap…Kenyang.

Menu lauk kenduri tu ialah ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar timun.Buah tembikai dan limau sunkist pun ada untuk pencuci mulut. Ayam masak merah yang dimasak oleh katering ni semua orang boleh makan termasuk la budak-budak.Tak pedas.Bapak-bapak dan mak-mak  budak lagi la sukahati kan?

Daging masak hitam pula lembut dikunyah dan tak liat.Pihak katering sediakan 2 jenis nasi iaitu nasi putih dengan nasi beriani.Dekat 30kg nasi brader tokey katering tu masak.Power betul.No doubt about it.

Dah makan sedap-sedap,minum jangan lupa.Nanti tercekik,susah.Air sirap je ke?Macam kenduri-kenduri lain tu?Salah..salah.Dah diupgrade dan spesel sikit dari tu. Air sirap sunkist.Jadi ada rasa masam sunkist dan manis sirap.Air yang power. Sedap!Mantap!

Air sirap sunkist ni macam boleh dijual time puasa nanti.Boleh dibawak ke tengah.Ada value.Tunggu aku test market,okeh.

Brader katering ni aku tak tau nama.Dapat borak pun sekejap je sebab dia banyak benda nak kena setel.Brader katering ni selalu pakai kopiah.Dia berniaga di masjid Bandar Baru Bangi.Hari jumaat saja.Kalau tak silap kat masjid hijau.Hari-hari lain dia tak berniaga kat situ.Cuma ambik tempahan katering kenduri bila-bila masa.

So sapa-sapa nak naik pelamin tapi belum ada katering yang handal lagi owsem,carilah brader ni kat masjid bandar baru bangi.Emel,bisnes kad atau nombor telefon aku tak ada. Aku tak tahu dan tak kenal pun brader ni.Berapa harga dia cas satu kepala lagi la aku tak tahu.Tak kanlah semua aku nak tanya. Cari sendirik ye my pren?

Masalah Bila Benda Percuma

Bukan semua benda percuma itu sedap. Bukan semua benda free itu osem. Ada sesetengah benda tu bila kena bayar,power dia lain macam.Baru ada kick.Baru superb.

Oleh sebab blog ni free, kepoweran dia tu terbatas.Tak sedap.Kadang-kadang aku nak login blog langsung tak dapat.Ada masa tu bila nak publish lak dia jem.Memanjang error.Tak dapat nak post entry baru dengan kerap. Ini masalah bila benda percuma.Aku kena beli domain dan hosting untuk blog power tahap infiniti.Subsidi-subsidi tu langsung tak aci.