Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Cara Buat Air Mata Kucing

Jumaat ni ada satu majlis akad nikah akan berlangsung di Kajang. Mungkin lepas solat jumaat atau pun lepas asar. Awal-awal lagi keluarga sebelah pengantin perempuan minta saya buatkan air mata kucing untuk majlis tu. Asyik minum sirap dengan teh o kosong je time orang kahwin, boring jugak la kan?Jadi sekali sekala tukar selera minum air kucing pulak. Sesuai dengan cuaca yang panas. Kita ikut tema.Pekena air mata kucing,barulah owsem!Barulah mantap!

Kata ibu keluarga pengantin, air mata kucing tu special request dari jiran dia.Makcik-makcik area taman tu jugak la.Dulu masa majlis bertunang  tahun lepas, saya dah pernah buat air mata kucing ni.Bukan takat air mata kucing je, saya buat 2 balang air lain iaitu air jagung dan bandung cincau sebagai sidekick. Hasilnya -air mata kucing paling cepat licin!Ramai yang puji kata sedap n marbelous sungguh..

Nak buat air mata kucing sebenarnya senang sangat. Yang penting ramuan bahan-bahan dalam air tu sama seperti apa yang peniaga air mata kucing bangsa cina gunakan.Guna kordial tak aci yeaa..Rasanya tak kick.Ini konfem!

Air mata kucing yang tak sedap ialah bila minum rasa gula merah terlebih.Kadang-kadang  terminum yang tawar.Mana rasa buah mata kucing atau longan tu?Kena pandai bancuh semua bahan-bahan.Barulah menjadi perfek.

Mana cara-cara nak buat air mata kucing yang superb tu?

Mudah…. cari resipi di internet.Percuma.

Senang….klik sini http://www.jusbazaramadan.com/

Saya dah tulis cara-cara buat air mata kucing dalam modul 3:Resepi Jus Bazar Ramadhan dalam ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan.Beserta panduan dan langkah bergambar.Dijamin pandai buat selepas baca dan praktikkan.Bukan janji tapi pasti!Sesuai untuk bakal peniaga baru.Terutamanya peniaga pasar ramadan tak lama lagi.Pasar malam pun boleh…sebab tak ramai peniaga melayu jual air mata kucing di pasar malam.Power!

banner bab300x250

Advertisements


Leave a comment

Penjual Air Tebu Yang Power

Air tebu memang sedap.Kena pulak cuaca panas terik.1 jug air tebu pun kita boleh habiskan sorang-sorang.Tapi dalam sedap tu  kita lupa sebenarnya ada bahaya minum air tebu.Bukan sebab bahaya gula tebu tu manis.Yang tu pun bahaya juga tapi itu bab lain.Cerita lain.Yang aku nak cerita ni pasal tahap kebersihan air tebu.Jadi untuk bakal penjual air tebu bulan puasa nanti, baca sampai habis okay.
Biasanya stok tebu akan dihantar dengan lori oleh tokey ladang tebu.Penjual air tebu pula order stok tebu dalam kuantiti yang banyak.Berikat-ikat tebu.Order tebu kadang-kadang untuk cover bisnes 1@2 minggu.Setakat 1 ikat tebu,buang duit minyak lori tokey tebu je nak hantar.Ladang bukannya dekat.Jauh nun di kawasan luar bandar atau kampung-kampung.
Bila tebu sampai, pekerja tokey ladang tebu tu akan punggah turun stok tebu ke gerai peniaga air tebu.Dengan stok tebu yang banyak, mahu tak mahu penjual air tebu terpaksa biarkan stok tebu tu di atas tanah.Terbiar di belakang atau tepi gerai sementara nak tunggu giliran tebu lama dimesin.Mana ada stor nak simpan stok tebu tu.Meniaga air tebu pun cuma ada gerai kecik di tepi jalan saja, betul tak?
Aku pernah tengok bagaimana seorang penjual air tebu menyimpan stok tebu beliau.Tebu-tebu tu ditegakkan dan disandar pada pokok di sebelah gerai tebu.Akar tebu cecah tanah.Masalahnya di sebelah stok tebu tersebut jugalah dilonggokkan sampah sarap dari gerai penjual air tebu itu sendiri.Tepi longkang pula tu.Dekat-dekat sangat.Jadi bila hujan turun, akar tebu akan serap segala-galanya di sekelilingnya termasuklah air sampah sarap tu.Air longkang kalau melimpah mungkin juga akan diserap oleh akar tebu tersebut.
Bersih atau tidak?
So, jaga kebersihan kalau nak berniaga air tebu.Tak kisah lah berniaga air tebu di tepi jalan ke, pasar malam atau pasar ramadan. Jangan cincai bocai.


Leave a comment

Alam Lain

Malam sunyi.Seekor cicak terjenguk-jenguk di balik langsir.Mata aku masih belum mau terpejam.Bahana minum 2 cawan nescafe pekat dan tersangat power sekejap tadi,aku kini berjaga dan tak tidur-tidur lagi macam penagih syabu walau jam dah pukul 12.00 malam.Gila..esok kerja.Mata barai nanti apa cerita?

Aku cuba mendodoikan mata supaya lena dengan menonton siaran ulangan astrok yang bosan.Kadang-kadang terapi tidur aku begitu memang menjadi.Baru 5 minit kosentret, kedengaran bunyi beberapa biji guli berderai jatuh dan bergolek-golek dari syiling penghuni rumah atas.Seperti ada kanak-kanak sedang rancak bermain guli.Tanpa peduli hari dah jauh malam.Macam dah tak sempat nak main esok siang.

Bunyi guli jatuh dan bergolek-golek itu semakin galak.Berselang seli pula kali ini dengan bunyi kerusi atau perabot diseret di lantai.Bising!Ubahsuai perabot masa-masa tidur begini?Dah buang tabiat ke orang rumah atas aku ni.Dah la tak larang anak main guli malam-malam, dia pun sibuk seret kerusi tu apa hal?

Tak boleh jadi.Tak boleh dibiarkan.Aku kena tegur jiran atas sebelum satu isi rumah aku terjaga.Aku keluar senyap-senyap.Sampai di rumah tingkat atas, suasana hening.Malam tetap sunyi.Tiada tanda-tanda penghuni rumah itu sedang berjaga. Tiada bunyi bermain guli atau menyeret kerusi seperti yang aku dengar tadi.Lampu pun padam. Seperti dah lama tidur.Aku matikan niat untuk ketuk pintu rumah itu. Aku turun semula.

Masuk ke dalam rumah bunyi yang sama masih ada.Tak kuasa aku nak siasat semula. Aku buat tak peduli.Penat main guli nanti dia berhenti la tu.Penat seret-seret kerusi nanti dia akan diam. Biarkan.


Leave a comment

Konpius

Kongsi pengalaman dan untuk rujukan diri sendiri..Itulah tujuan utama aku buat blog ni.Yang mana aku tau, aku cerita.Yang mana aku ingat, cepat-cepat aku publish.Sebelum terlupa.Sebelum koma.Sebelum mati.

Blog ini juga hodoh,tak sama dengan blog orang lain.Orang lain punya kaler blog ada yang blig-bling, follower ribu-ribu (semua awek cun), widget gempak, Alexa Rank pun hebat-Nak lagi best letak Nuffnang atau iklan2 free sepam dua dalam blog.Tapi itu semua tak ada dalam blog hodoh aku ni. Satu pun aku tak letak.Aku malas!

Jadi tak ramai viewer yang datang ke blog.Yang datang cuma viewer yang nak tau pasal air soya, pasar malam atau bisnes tepi jalan.Itulah term-term atau keyword biasa yang membuatkan blog aku dikunjungi pelawat.Semua tu aku dah share,sebab dah ada pengalaman.

Tapi hari ni ada keyword dan viewer sesat yang nak cari info macam di bawah :

“AYAM SIAM UNTUK DIJUAL 2012”

Bila pulak blog aku ni cerita pasal ayam siam?Konpius…