Tong Ais : Part 3

Tong ais tu mahal la bang….Bukan nak pakai lama pun. Ada kaedah lain yang lebih jimat?

Mesti la ada…Pernah nampak kan tong ais (warna maroon biasanya)  di kedai-kedai runcit? Alaa…yang brader-brader Acheh simpan ikan, ayam atau ais kiub .Biasanya tak kurang 6 tong ais kiub yang besar-besar mesti ada di kedai-kedai tu. Kadang-kadang lebih. Kalau dah banyak gitu, rasa-rasa dia beli sendiri ke? Kalau beli sendiri apasal di body tong ais tu tertera hakmilik kilang ais (atlas cube ice contohnya)?

banner bab468x60

Sebenarnya tong ais tu boleh disewa. Harian atau bulanan. Macam aku sepanjang ramadhan lepas pun sewa je tong ais ni . So tak payah risau ais kiub akan cair sebab dalam tong yang paling gedabak sekali tu boleh muat 7 bag ais sekaligus. Maybe 8 bag kalau susun betul-betul.

Untuk sewa tong ais ni  tak sesusah memikat makwe kali pertama. Tanya terus pada drebar lori ais yang anda kenal. Deal dengan mereka cakap  nak sewa tong ais untuk sebulan terus. Ambil tong ais yang paling besar! Sebab harga sewa tong ais besar dan kecil adalah sama. Tiada diskriminasi saiz di situ.

Sewa berapa? RM20 sebulan je abang-abang!

Tong ais part 1 di sini: https://mixzan.wordpress.com/2012/07/06/ais-kiub-kutub-utara/

Tong ais part 2 di sini: https://mixzan.wordpress.com/2013/03/29/ais-kiub-banyak-banyak-mana-nak-simpan/

Selepas Puasa

Selamat hari raya!

Tahun ni bertambah pengalaman baru dalam bisnes di bazar ramadhan. So far alhamdulillah, untung jual air makin bertambah.Makin banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.Rezeki semua orang tak sama, kan?

Perkongsian pengalaman yang seciput ini maybe akan ditulis dalam next post. Bila rajin sikit. Sekarang masa untuk mengecas tenaga yang dah habis diperah sepanjang bulan puasa. Masa untuk habiskan kuih raya dalam balang biar tinggal serdak dan habuk.