Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Melawat PBT

Beberapa saat tadi aku baru setel melawat PBT yang berada jauh di luar bandar.Aku pilih 3 PBT berbeza, daerah lain-lain, negeri pun lain-lain. Untuk adik-adik yang masih hijau dan tak faham PBT itu binatang apa-PBT maksudnya Pihak Berkuasa Tempatan.Majlis daerah bahasa halusnya.Hasil spot cek aku terhadap ketiga-tiga koresponden, aku dapati tak ada apa-apa pun yang aku dapat!

Susah betul nak tahu sesuatu maklumat PBT luar bandor ni.Website ada, tapi maklumat tak lengkap.Nak suruh orang ramai berteka-teki ke apa ni?Kalau cenggini la gayanya, baik aku melawat website atau blog gadis-gadis remaja kiut miut yang bling-bling.Sekurang-kurangnya di situ aku boleh belajar cara pakai tudung tajima yang betul. Susah jugak rupanya nak belit-belit shawl tu aku tengok.