Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Bisnes Air

Lama tak memblog. Jadi tanpa intro panjang saya sambung cerita pasal bisnes air. Puasa kan dah dekat, saya pasti tahun ni pun ramai yang nak berniaga dan  meramaikan lagi peniaga bisnes air di pasar ramadan. Untung masing-masing, rezeki Allah yang tentukan jadi tak salah nak cuba. Belum cuba belum tahu dah cuba nak berniaga selalu.

Okay…..Mahu jual air apa? Yang confirm untung dan orang ramai beli?

Mesti ramai jawab jual air tebu….

Tapi untuk yang baru berhajat nak buat bisnes air ni lupakan saja jual air tebu.Tak dinafikan air tebu memang lazat diminum time puasa tapi tak berbaloi untuk buat duit. Tak sepadan  dengan kerja yang renyah. Dalam blog ni saya pernah kongsi pengalaman bisnes air tebu (semak arkib ya), jadi terus terang kalau ada yang bertanya saya akan say BIG NO untuk bisnes air tebu. Punyalah derita bisnes air tebu ni kalau tak tau selok belok.Mencabar dan tak berapa balik modal. Kalau tak kena caranya.

Bukan saya sorang saja pernah alami situasi begitu.Tahun lepas di kawasan saya ada sorang budak kelantan tu buat bisnes air tebu. Agaknya dia share adik beradik, 2-3 minggu sebelum puasa dia dah pacak 1 gerai air tebu tepi jalan. Semangat abe nih!Siap semai batang tebu di kawasan belakang gerai.Senang nak guna untuk tahun depan katanya.

banner bab728x90

Tapi kantoi separuh jalan..Lepas 2 minggu puasa dah tak niaga air tebu. Dia fokus bisnes air kelapa saja. Tebu tak ada stok. Mesin air tebu tu tak tahu apa untung nasib badan.Lepas habis puasa, tebu-tebu yang disemai di belakang gerai kering dan mati. Lalang naik lagi subur.

Jadi lupakan bisnes air tebu melainkan awak-awak yang sedang baca ni seorang yang handal dalam sepak terajang bisnes air tebu. Jual air lain pun boleh untung. Banyak lagi bisnes air yang boleh kita jual. Percaya tak kalau saya kata kalau kena gaya, tempat dan masa, bisnes air bandung pun akan nampak sedap dan menawan!

Klik sini untuk belajar resipi bisnes air terlaris di pasaran!


Leave a comment

Jual Air Balang: Siri 1

JUS KEDONDONG ASAM BOI

Ramadan adalah bulan di mana munculnya peniaga-peniaga baru mencuba berniaga. Yang paling ramai sekali peniaga air balang. Mungkin sebab mudah berniaga air balang ni kot…tapi iya ke senang jual air?Try dulu baru tau.

Tahun lepas situasi di pasar ramadan di tempat saya bertambah meriah. Makin ramai yang berniaga, saingan jual air juga bertambah. Kiri kanan depan belakang raaaaamaaaiiii saaaaaangaaaat yang jual air. Kita tak boleh halang. Pasaran kan  bebas, jadi jual la apa saja selagi tak salah di sisi undang-undang.

Tapi ada sorang pakcik tu lain macam sikit peel dia. Awalnya dia berniaga dadih. Maybe tak berapa laku dia tukar jual air balang the next day. Ada 4 balang air kalau tak silap. Hari-hari dia tukar jual jenis air. Nampak air dia tak laku tapi air orang lain laju dia pun tiru. Sampai satu tahap dia hantar pekerja dia datang ke gerai saya untuk mengintip . Spy persis James Bond tu pun beli air kedondong asam boi(air paling laris dijual 3 tahun berturut-turut) dan cuba korek rahsia.

banner bab728x90

Macam-macam dia tanya. Resipi, beli kat mana buah kedondong tu, camne nak buat air tu tapi saya dah pesan pada pekerja saya jangan layan.Kalau nak tau try belajar buat sendiri. Tak ada jalan pintas. Akhirnya dia pun boleh survive jual air tu sampai habis puasa walau tak habis licin macam air balang yang saya jual.  Tapi resipi air kedondong asam boi tetap selamat sampai sekarang dan gagal diciplak oleh pakcik itu.

 Sekarang resipi air kedondong asam boi dah saya jadikan ebook. Sesiapa pun boleh beli (termasuk pakcik itu kalau dia tau).Klik sini kalau nak beli dan belajar buat ebook kedondong asam boi yang gerenti paling cepat habis dijual di pasar ramadan!   


Leave a comment

Berguru Dengan Abang Jambu Batu

Dulu(tahun lepas-lepas) dalam satu event meniaga (karnival islamik ape ntah) aku sempat berkenalan dengan seorang penjual jambu batu. Gerai dia sebelah gerai aku.Selain jual jambu batu potong, dia juga jual beberapa jenis air dalam balang. Ada air jagung, air jambu batu dan sejenis aku lagi aku tak ingat. Yang aku ingat stok jambu batu dia cukup banyak.Penuh satu bakul.

So sambil borak-borak di bawah pokok (kastemer kurang so lepak dan termenung je masing-masing) dia pun dengan senang hati bagitau selok belok bisnes jambu batu potong tu. Aku tanya sekadar nak borak kosong tapi dia bagitau aku a-z daripada mana nak dapat stok pembekal buah jambu yang murah sampailah ke rahsia sulit jambu potong. Kalau aku nak buka bisnes jambu batu tu esoknya pun dah tak ada masalah. Sudah terang disuluh spotlight stadium.

Dan aku juga diajar cara buat air jambu batu yang power dan pior. Benda yang selama ni aku tak tahu langsung dan tak pernah try buat…air jambu batu. Sehingga sekarang aku belum cuba lagi teknik yang dia bagi.Tapi resipi air jambu batu tu dok berlegar saja dalam otak aku.

 Jual air jambu batu ni dulu bermusim.time ramai, semua pakat jual. Tapi indon tepi jalan maintain je niaga air jambu batu tak kira musim, salji, ribut tropika, hujan atau panas.  One day bila aku dah buat dan jual air jambu batu tu aku bagitau. Laku atau air jambu batu masuk longkang pun aku cerita nanti…One day okayyy!

banner bab300x250

Klik sini untuk cepat pandai Bisnes air balang


Leave a comment

Cerita Baru Pasar Ramadan Coming Soon

Ya…kalau tak ada halangan mulai Mac 2015 saya akan ceritakan pasal pasar ramadan semula. Walau dah berniaga di pasar ramadan ni dah bertahun-tahun tapi setiap tahun lain ceritanya. Pengalaman baru tu yang susah nak kutip dan tak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dolar U.S atau dinar iraq.Tak ternilai walaupun anda pernah pergi Nilai 3.

See you soon!

banner bab468x60