Lesen Niaga Tepi Jalan

Petang semalam hujan turun lebat. Walaupun hujan turun tak lama, tapi parit tepi jalan sekejap saja air dah penuh. Overload sampai ke jalanraya. Biasalah…bila ada projek perumahan dalam pembinaan, masalah seperti ini akan timbul. Kita kena lah berkorban atas nama pembangunan dan kesejahteraan poket pemaju  sikit kan? lagipun kereta-kereta di Malaysia ini memang direka supaya menjadi tahan lasak dan kalis air banjir kilat. Bila berdepan situasi begini, kereta kita automatik akan berubah menjadi kapal salam…Boleh lalu dengan selamba.

 Tak jauh dari sebuah sekolah rendah, ada dahan pokok yang patah dan block separuh jalan yang biasa aku lalu tiap-tiap hari. Oooh… tang ni kereta di Malaysia, teknologinya belum sampai tahap dewa lagi. Kereta yang aku pandu tak mampu melompat tinggi melepasi ‘roadblock’ dahan pokok tersebut. Itu kepandaian katak pisang dan kereta-robot dalam filem Transformers… Continue reading “Lesen Niaga Tepi Jalan”

Resepi Air Soya Fresh 2011

Berita baik untuk  sesiapa yang nak cuba buat air soya di rumah… Nah, ambil resepi air soya fresh edisi spesel 2011! … Try buat  ikut cara yang mudah sesangat ni. Buat sendiri lagi sedap daripada beli tepi jalan atau yg dalam kotak..serius. Ada tempat kursus ajar buat air soya ni ambil masa sampai 2 hari. Kos pula ratus-ratus lemon. Sampai 600 RM pun ada..

Tapi kali ni saya bagi resepi percuma saja. Copy n  Print lah ikut suka hati..tak ada masalah pun. 

Resepi Air Soya

Bahan-Bahan:

 1 kg kacang soya

3 helai daun pandan

1 sudu teh garam

9 liter air

 

Bahan Air Gula:

1 kg gula

1 liter air

 

 Peralatan:

Mesin soya/ blender

Tapis teh tarik mamak/kain net putih

Bekas tapis plastik

1 periuk sederhana

1 bekas tong panas/hot container

Cara-cara:

Step 1

  • Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
  • Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Step 2

  • Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
  • Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Step 3

  • Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
  • Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Step 4

  • Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
  • Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Step 5

  • Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
  • Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Step 6

  • Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
  • Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
  • Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

Step 7, 8,  ke 100 dan seterusnya…minumla..tunggu apa lagi. Dah ready n mantop dah tu!  Pati Soya ni sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih kaww. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

* Ini cuma 1 dari teknik buat air soya. Ada banyak lagi cara n teknik yg berbeza boleh dicuba.Lain orang lain kaedahnya. Teknik ini adalah yang paling simple n guna peralatan yang mesti semua orang dah ada di rumah.

Hmmm, nak tau cara buat tau fu fa yang sedap?…next time la ya….   


Untung Sehari Penjual Air Tebu Pasar Malam

“Niaga pasar malam ni nak dapat untung setakat RM 200 sehari, mudah sangat. Kalau untung rendah daripada tu, baik tak payah niaga…Buat penat badan kau saja.” Itu pesan dan kata-kata azimat dari Abang Saad.

Dia penjual air tebu di pasar malam Kajang. Dalam seminggu dia berniaga di 4 lokasi berbeza. Dah hampir 12 tahun Abang Saad berniaga.  Katanya selepas saja kahwin dan dapat anak pertama, dia dah mula cuba-cuba berniaga. Langsung lekat sampai hari ini.

“Seronok berniaga ni…kita jumpa macam-macam ragam orang. Yang paling seronok sebab kita dapat duit cash time tu juga. Poket sentiasa ada isi. Tak la duduk termenung tunggu hari gaji. Lagipun gaji abang kerja masa siang tak tinggi mana pun. Baik buat bisnes part time.” Abang Saad sambung cerita lagi dan lagi.

Saya terus menadah telinga. Menyedut aura dan pengalaman berharga daripada Abang Saad. Dewan kuliahnya cuma tapak pasar malam yang terbuka, Pakarnya pula seorang penjual air tebu berumur awal 40 an. Dia memberi tips dan nasihat bersilibuskan pasar malam yang tiada di dalam  buku teks atau buku rujukan yang mahal-mahal. Belajar secara tak formal begini, ilmunya tak ternilai. Tak perlu yuran bulanan atau pinjaman PTPTN untuk timba pelajaran! Syukur… Continue reading “Untung Sehari Penjual Air Tebu Pasar Malam”

Kacang Hijau

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: “Selamat petang…”
Pesakit: “Selamat petang Doktor!”
Doktor: “Ada masalah apa …?”
Pesakit: “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor: “Biar saya periksa telinga anda!”
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: “Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”
Pesakit: “Apa caranya doktor?”
Doktor: “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit: “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor: “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit: “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor: “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ anda tinggal tarik keluar.”
Pesakit: “???????????”

*nasib baik tak masuk biji durian…kan?

Air Ludah Untuk Pelaris Air Soya??

 

Makcik yang jadi suara latar tu cakap kejadian ni berlaku kat bangi. tak jauh dari maybank n Shell.

Sapa-sapa yang dekat, boleh la tolong siasat k…Ada yg kata penjual air soya tu tiup nak bagi plastik kembang.

bukannya dia ludah.. tapi tak logik la. Apa pulak main tiup-tiup? Tiup belon bolehla.Nak bagi kembang plastik

dan nampak air macam banyak memang la ada teknik sikit. Ada kaedah pusing dan ikat.

Tapi confirm bukan macam tu..

Macam-macam hal.