Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Isteri Sentiasa Dara!

Ini petua yang saya jumpa ketika sedang berjalan-jalan di internet sebentar tadi.Ini bukan post lucah atau terlampau. Tips rumahtangga semata-mata. Check this out:-

Ustazah  Dr. Fatimah Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,

Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Leave a comment

Sakit Otak

Semalam adalah hari yang paling mencabar dalam hidup aku. Ada 6 kerja yang perlu dibereskan segera.  Siap 6 kerja ini, ada habuan menanti. Jadi aku perlu setkan konsentrasi ke tahap tinggi dan kena fokus. Aku perlu mencabar diri sendiri sebab kerja-kerja ini di luar batas kemampuan manusia kerdil macam aku ini. Tapi pengetahuan yang aku ada cuma sebesar guli.Ahhh…aku hanya semut merah.

Sewaktu tengahari tiba, sudah 3 kerja yang sangat susah itu berjaya aku siapkan.Itupun setelah aku pujuk otak aku dan bagitau ‘beliau’ setanding dengan otak si pintar Albert Einstein. Malah, lebih hebat sebenarnya…Dek termakan kata-kata manis dari aku sendiri, otak aku bekerja keras lebih daripada biasa. Terasa kembang kuncup tengkorak kepala akibat otak cuba menghadam segala-galanya. Proses upload dan download ilmu ke dalam otak berlaku serentak.

Aku dah nak gila…kepala hampir meletup.  Aku perlukan rehat sebentar.

Back in action…aku kerah otak sedaya upaya..  Dua kali ganda. Proses eksploitasi minda terus berjalan.Akhirnya aku berjaya siapkan kerja-kerja itu semuanya..Pada jam 6 petang. Detik itu akan aku kenang dan raikan dengan gumbira seperti hari raya aidilfitri. Mujur otak aku masih mampu bertahan.

Alangkah seksanya memerah otak… hari ni aku nak relaks dan bersantai saja… Sampai aku pencen, atau sampai bila-bila..hahaha.