Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Seni Pikat Bakal Boss Dengan Resume Power

 

Tahniah kepada anda kerana terjumpa artikel ini, artikel yang akan membongkarkan bagaimana menghasilkan sebuah resume memikat gaya majikan. Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya.

Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap. Kena ada seni juga ya! Jika anda mantap dalam perkara ini, bakal majikan anda akan terpukau,terpegun dan melopong!

Apa yang anda muatkan di dalam resume , bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan. Continue reading


Leave a comment

restoran jual aiskrim susu wanita

LONDON – Sebuah restoran di sini menjual aiskrim yang diperbuat daripada susu badan wanita, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Restoran tersebut yang terletak di Covent Garden menjual ais krim pelbagai perasa itu pada harga £14 (RM68.86) dan diberi nama Baby Gaga.
Pihak pengurusan aiskrim itu kini mencari lebih ramai wanita untuk membekalkan susu badan dan diberikan upah untuk tujuan tersebut.
Wanita yang mengeluarkan susu badan sebanyak 283.49 gram akan diberikan wang sebanyak £15 (RM73.77).
Salah seorang pembekal susu itu, Victoria Hiley, 35, dari Leeds menyatakan dia pada mulanya melihat iklan yang menyatakan bayaran akan diberi kepada wanita yang boleh membekalkan susu badan.
“Saya ketawa (apabila melihat iklan itu),” katanya.
Menurutnya, jika golongan dewasa mengetahui betapa sedapnya rasa susu badan, ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan lebih bersedia untuk menyusukan anak…-Agensi-
-Sumber Kosmo!Dunia!-

Kreatif dan inovasi terbaru dalam bisnes. Macam-macam idea luarbiasa di luar negara ya! Kita tunggu respon customer yang dah rasa dan minum.Apa kata mereka.


Leave a comment

Pameran Alam Mistik

Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam. Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi. “Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini. Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. – Sumber Kosmo.

Ooo..tapi penganjur tetap nak teruskan pameran ini. Kata penganjur pameran ini boleh mendidik masyarakat.Bukan semata-mata tahyul atau nak tonjolkan sisi khurafat. Agaknya sama macam tengok pameran anti dadah la kot…Rasa insaf tahap maksimum selepas balik tengok pameran.Gitu ke?

 

 

ps: Suka Layan Hantu kak Limah Balik Rumah saja


Leave a comment

Malaysia…Truly Asia

Putrajaya, feb 2011…Masa cuti Chinese New Year.

Sempena cuti umum raya cina yang lalu  saya, isteri,anak dan adik ipar pergi melancong. Destinasi yang kami tuju tak jauh mana pun…Putrajaya. Dekat saja dengan Kajang. Sekali-sekala nak juga hirup udara di tempat lain. Di Kajang, asyik bau sate. Boleh lapar perut!

Sampai di Putrajaya, terasa nyaman bila angin berhembus. Bawa aura sejuk dari tasik yag tak jauh dari Masjid. Mia, anak saya yang comel tu (1 tahun 5 bulan) dah tak nak didukung. Terkedek-kedek Mia berjalan. Kadang-kadang berlari-lari.  Mama dan makcik Mia lah yang penat mengejar!Seronok nampaknya Mia bila dibawa ke tempat public seperti ini. Kalau tak, terkurung saja di rumah…Bosan juga.

Bila tiba di playground kanak-kanak yang ada di situ, saya cuma sempat beri peluang pada Mia untuk main gelongsor dan jongkang-jongkit. Merengek sekejap Mia sebab masih tak puas main. Puncanya dekat playground tu dah penuh dengan ‘ orang-orang asing’. Warga Nepal,Vietnam, Bangladesh dan entah rakyat mana lagi semuanya ada di situ. macam kanak-kanak Ribena yang terlebih minum ribena, masing-masing berebut duduk atas jongkang-jongkit. Continue reading


3 Comments

Bengkel Air Soya Dan Tau Fu Fah Di Shah Alam

 

Sorry semua… Dah berkali-kali dan ramai yang minta saya upload gambar masa bengkel air soya tu. Baru hari ni hajat n permintaan u all tercapai. Busy…busy…lupa…lupa…

Bengkel air soya dan tau fu fah ini berlangsung di rumah salah seorang peserta di Shah Alam pada 05 November 2010(Jumaat). Dah lama dah…Kalau diikutkan senarai asal ada dalam 10 orang peserta, tapi last minute 2 orang lagi tak dapat hadir. Ada urusan lain. Tapi ditambah pula dengan kehadiran si kecil yang comel-comel belaka. Suasana jadi meriah n ‘happening’.

Bengkel ini dimulakan dengan ‘demo’ menghasilkan air soya yang confirm pekat dan sedap. 100% asli tanpa sebarang pengawet tambahan. Sama rasa macam air soya yang kita selalu beli di pasar malam tu.Untuk buat air soya sebenarnya caranya amat mudah. Pada yang rajin belek buku resepi atau bertanya pada ‘Pakcik Google’, copy n paste saja semua resepi di internet tersebut.

Tapi untuk air soya yang lebih umpphh, tetap ada rahsia dan perlu ikut teknik yang betul. Semua rahsia itu didedahkan kepada peserta bengkel. Pendek kata, nak jual air soya selepas bengkel tak jadi masalah lagi. Knowledge dah sama level dengan chef.

Untung ke jual air soya ni? Untung gilerr…

Tapi peserta yang hadir bukan nak buat bisnes pun. Cuma nak tau untuk diri sendiri dan boleh buat untuk family.Tak perlu nak beli lagi. Semua peserta teruja apabila aroma wangi daun pandan dan soya menusuk hidung. Anak-anak kecil lagi la tak sabar. Dah hulur cawan pada ibu masing-masing.

Ok…Kita minum dulu!

Then, demo cara buat taufu fah pula didedahkan. Buat tau fu fah ini kadang-kadang mencabar juga. Salah sukatan dan bahan, tak akan menjadi. Cair atau rasa entah apa-apa. Semuanya kena perfect! Tapi dengan ‘secret recipe’ yang didedahkan dalam demo tersebut, semua peserta nampak yakin dan tak sabar-sabar nak cuba sendiri di rumah. Nota panduan turut diberi supaya peserta mudah buat rujukan.

Bengkel air soya dan taufufah berakhir pada pukul 3 pm. Terlajak sejam lebih dari jadual asal. Sepatutnya dalam masa 2 jam dah habis. Tertangguh sekejap untuk solat jumaat. Tuan rumah berbesar hati menjamu ‘team bengkel air soya’ ini makan tengahari. Sedap sungguh bihun sup tu terutama bila perut tengah lapar. Terima kasih ya!

Feedback 2 minggu selepas bengkel diadakan, dah ramai yang cuba dan hari-hari buat air soya..Permintaan anak-anak. Syabas Inspektor Sahab! Cuma belum ada yang jadi peniaga air soya macam saya ..hehe. 🙂

Bengkel tersebut diadakan sebagai penutup untuk tahun 2010. Sebelum itu, 3-4 siri ‘personal coaching’ telah diadakan. Tapi limit kepada 2-3 orang saja.  Special coaching untuk bakal penjual air soya. Belum ada bengkel yang bakal diadakan untuk tahun 2011. Saya dan team bengkel air soya agak busy dengan projek lain awal tahun ini. Insyaallah, untuk bulan March dan seterusnya kami boleh fokus kembali. Nak tempah khidmat kami? Hantar emel pada saya ok..

Hmmm….ada sesiapa yang nak resepi free air soya dan tau fu fah?

Klik sini ok!

banner bab300x250


Leave a comment

liar vs liar

Tengahari tadi, aku pergi mencekik..Atau ikut bahasa dalam KAMUS DEWAN pergi makan. Tak jauh pun dari opis aku. Boleh pergi ke kedai mamak tu jalan kaki saja.

Sambil jalan kaki aku menyanyi lagu Maher Zain.. “Insha Allah…Insha Allah…la..la..la..”Tapi nyanyi dlm hati saja.Tak nak ganggu ketenteraman awam.

Sampai kat port favourite aku dalam kedai mamak tu,tanpa buang masa aku makan. Tak tengok kiri kanan dah ni.Lapar tahap Gaban!Tanpa buang masa juga salah sorang pekerja mamak tu dengan pantas kira dan bagi bil.Baru 3 suap, resit dah diselitkan di bawah gelas milo ais aku.Mungkin ‘ane’ tu bakal pekerja cemerlang untuk bulan ini..Efisyien sungguh!

Tak kisahlah tu..Aku terus makan..makan…dan makan…

Tiba-tiba…Jeng..Jeng..Jeng..

Datang seorang mamat tarik kerusi dan selamba duduk depan aku.Dia tanya aku tengah rehat atau dah habis kerja…Berkerut sekejap dahi fikirkan siapa pula dia ni? Nak kata kawan satu opis, mestilah aku kenal dia.Entah-entah dia ni sahabat Facebook aku kot?..Lagi lah mustahil, sahabat facebook aku  kebanyakannya wanita-wanita jelita.

“Gini abe..Saya ni baru keluar penjara…”

Intro mamat yang sahih bukan sahabat facebook aku tu, sambil keluarkan kertas dari poket seluar.

Aku tak tengok pun, sebab dah boleh agak tujuan dan niat sebenar dia.Nak Scam orang la tu. Badan aku mula rasa ‘vibrate’..Bukan gigil sebab getaran handset, tapi tengah kontrol geram dan marah.

Nasib baik aku masih ‘kool’ dan boleh berlagak macam orang bodoh.

“Oooo..Abang masuk penjara mana? Apa kes?”aku tanya 2 soalan serentak sambil buat muka ketat.

Pesan Tok Guru Silat aku masa darjah 3, bila berdepan dengan musuh yang garang…muka sendiri kena 3 kaliganda lebih garang.Itu yang aku buat muka ketat dan ganas.

“Penjara kajang…Kes tak ada I.C..Kena penjara 1 hari,ni baru keluar..”Cerita Mamat tu dengan muka kesian.Berlakon sinetron la tu!

“Itulah nak minta tolong abe kalau boleh, duit seposen pun dah tak ada..nak minta pinjam duit buat tambang balik kampung.Sepuluh ringgit pun tak apa ” Mamat yang tak ada rambut tersebut lancar berkata-kata.Tapi dia tak sedar sedang beri bola tanggung untuk aku smash kencang ala Lin Dan!

“Ooo..Penjara kajang ke..Saya ni kerja kat situ.Ibu Pejabat Penjara atas bukit Wira tu..kebetulan la kita jumpa.Order la makan dulu. Saya ni pun tengah tunggu kawan-kawan dari Penjara kajang. Diorang pergi CIMB BANK jap  “. Aku smash kembali bola tanggung.Tepat atas dahi mamat tu!

“Err…Tuan kerja penjara kajang ya..Tak apalah tuan.Saya dah kenyang…Pergi dulu Tuan..”kali ni mamat tu pula berkerut-kerut dahi.Mula gelabah dan perlahan-lahan tarik kerusi untuk bangun.

“Ok,jalan baik-baik…Jangan sampai masuk ke ‘dalam’ lagi.”Tegas dan pendek saja kata-kata akhir dari aku.Lakonan mesti mantap.Mamat tu terus keluar kedai.Tak pandang belakang dah!

Aku pula teruskan makan seketul daging kambing yang terakhir dalam pinggan tanpa sebarang gangguan lagi.

ps: aku pernah kerja di penjara.tapi sekarang di hospital.Bukan sengaja nak menipu. tapi mamat tu bukan bekas banduan pun..Dia cuma nak tipu,.tipu, tipu aku.