Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Jus Delima Afrika

” Beli jus delima dik!”

Offer akak penjual air. Aku senyum. Belum tau nak beli apa lagi.

“Jus Durian belanda pun ada.”

Akak penjual air terus saiko aku untuk jadi pembeli di gerainya. Cuma ada 2 balang air. Jus delima dan durian belanda. Tak ada pilihan lain. Kalau nak beli air-air biasa orang jual di pasar malam, ada satu lagi gerai brader kelantan.Sebelah hujung sana.Tapi aku malas patah balik.Tadi dah lalu tak terasa pun nak beli air tu.

” Bagi saya jus durian belanda la 1 cup..jus delima dah rasa hari tu”

Hidup ni kena cuba benda baru.Mesti ada benda yang jadi kali pertama. Petang itu first time aku beli jus durian belanda.Untung la akak penjual air.

“ok..siap!…Kalau adik nak rasa buah delima, ambil lah..”

Akak penjual air promosi lagi. Buah delima yang telah dikupas dipamer di depan balang jus. Isinya sangat merah. Macam bibir mungil Emma Maembong.

” Besarnya buah delima tu kak! Mana dapat ni?”

Ini juga kali pertama dalam hidup aku jumpa buah delima saiz Jumbo. Kecik sikit dari buah kelapa laut. Atau sama besar kot. Harga sebiji buah delima yang sebesar bagak tu RM16. Atau RM15. Sebiji ya bukan sekilo.Dah serupa harga durian siam yang jual lelong.

“Haah…delima Afrika. Mesti la buah tu besar-besar macam orang-orang kat sana.”

Balik rumah aku google..Eh, betul la wujud delima afrika. Mana la aku tahu asal usul atau geografi sesuatu buah-buahan. Aku ingat akak penjual air buat kelakar yang tak lawak. Jauh buah delima ni merantau. Merentasi benua. Sampai Malaysia, sampai Kajang secara sepesifiknya hayat delima Afrika ni berakhir tragis di tangan akak penjual air menjadi jus. Memang jenis tak panjang umur walau berjalan kemain jauh.

Advertisements


Leave a comment

Pekena Jus Durian Belanda

Semalam cuaca ok. Tak hujan, panas pun tak. Orang yang datang pasar malam boleh tahan ramai. Ada yang baru balik kerja, dressing pun cantik-cantik, pakai pun kemas-kemas. Tapi pasar malam tu bukan ada apa sangat pun. Ada la durian siam yang dijual oleh brader acheh dengan harga murah tapi isi jahanam, pakcik jual ding dang dan tora tapi markup harga setiap satu sampai RM2 dan juga bangla jual sotong longgok RM5 sepinggan. Aku tak tahu lagi apa muslihat bangla ni jual sotong murah main longgok-longgok ni. Aku tak tahu asal usul sotong tu. Aku tak beli.

Last-last aku berhenti di gerai air laki bini. Minggu dulu-dulu, tahun dulu-dulu aku pernah beli air delima. Saja nak rasa.Kali ni aku nak test drive air durian belanda atau jus durian holland. Merepek-repek bunyi jus ni dalam omputih. Kalau jual di pasaran berbilang tingkat, harga mak aihhh…ratus-ratus.Tapi brader ni jual 1 cup baru rm2. Itu pun dah up berbanding air lain level tepi jalan dan pasar malam. Kasta air durian belanda ni tinggi sikit.

Emmm…untuk RM2 aku boleh minum air durian belanda tu sampai habis. Not bad untuk orang yang suka minum ada rasa masam-masam sikit. Dalam tu ada isi buah durian belanda sekali. Sedut air tu, isi buah pun meluncur sekali masuk mulut. Kunyah pelan-pelan. Aku kena hadamkan betul-betul nutrien-nutrien, zat-zat dan khasiat durian belanda ni ke seluruh rongga badan. Aku minum perabis!