Tulis Tangan Kiri

Budak Baru Nak Up

Leave a comment

“Bulan puasa nanti korang ada buat apa-apa?” Tanya aku pada 2 orang budak lelaki yang sedang melepak petang-petang. Anak sapa aku tak kenal.Tapi budak-budak ni duduk dalam taman perumahan ni jugak.Baru lepas habis SPM.

“Tido bang…nak berbuka baru bangun.” sorang budak rambut petak jawab dengan konfiden.

“Saya tunggu panggilan masuk U, bang.Duduk rumah je la sementara tu.”Kata sorang ¬†budak lagi.Badan slim, muka jambu, rambut pacak-sesuai masuk band K-Pop versi melayu.M-Pop, kalau tak silap.

“Korang nak kerja tak bulan puasa nanti? Kerja senang je…jaga gerai air masa bazar ramadan.” Aku cakap terus terang.Tak payah pantun-pantun macam nak pinang anak dara orang.

“Jual air? Jaga gerai? Masa puasa?” soal budak K-pop bertalu-talu sambil pandang rakan seperlepakannya.

“Ya….jual air kat gerai.Kalau korang nak cari duit raya la..Nak belanja makwe makan McD pun, senang..Kumpul duit beli kasut bundle pun senang.Tak payah minta mak bapak korang dah.”

“Sorry bang,saya tak nak…Malu la nak jual air tempat macam tu.Mana nak sorok rambut pacak saya ni kalau semua makwe-makwe saya datang kat bazar tu .Mati saya kena gelak nanti.Silap-silap ada yang minta clash.” Kata budak Kpop padu.

“Saya pun tak nak, bang.Pasar ramadan panas. Berpeluh-peluh..dah la lapar puasa.Tekak kering.Baik saya kerja kat Kfc. Ada aircond….” hujah budak rambut petak.

Itu pasal la aku malas nak melayan budak-budak baru nak up ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s