Barang Antik

Mesin fotostat jenama canon NP1215 itu dah buruk benar. Layak masuk muzium dan dilabel barang antik.Warna body pun dah bertukar kuning. Fungsi dan kepandaiannya sebagai sebuah mesin fotostat juga amat terbatas. Tak secanggih mesin fotostat terkini.

Setiap kali mahu menggunakannya, aku perlu menekan suis ‘power on ‘ dan tunggu button merah berkelip-kelip dalam 5 minit. Kemudian aku perlu tunggu pula button merah yang berkelip-kelip itu bertukar hijau. Maknanya api karan dah sampai. Maknanya juga mesin fotostat uzur itu dah bersedia untuk membuat kerja-kerja penyalinan. Dalam keadaan terpaksa. Aku sabar.

Prestasi bila fotostat pun bukannya bagus sangat. Bolehlah kalau nak fotostat benda-benda senang setakat 5-6 helai. Tapi bila nak fotostat banyak-banyak, mesin tu akan buat perangai. Akan keluar jalur-jalur hitam panjang pada kertas A4.

Kalau fotostat kad pengenalan lagi tak boleh pakai. Visual muka dalam kad pengenalan langsung tak nampak. Gelap macam lelaki Afrika Sudan.

Pernah sekali tu tengah sedap-sedap fotostat, mesin itu akan berhenti tiba-tiba. Aku terpaksa ketuk-ketuk body mesin tu tang rusuk kiri dia macam ketuk televisyen lama. Barulah berjalan semula. Itu pun selepas mesin tersebut tersengguk-sengguk.Macam terbatuk-batuk pun ada.Aku agak usia kau mesin dah 90 tahun,agaknya? Aku sabar je.

Banyak kali aku cadangkan pada bos-bos atas supaya tukar mesin fotostat zaman purba tu kepada yang baru. Tapi setiap kali itu juga lah jawapannya tiada bajet.Syarikat dan pekerja perlu berjimat cermat.

Duit syarikat hanya diperuntukkan untuk pembelian yang lebih mustahak. Seperti hiasan gambar lukisan 9 ekor ikan koi sedang berenang yang diimport khas daripada Korea pada dinding di bilik bos. Apa yang best sangat dengan gambar ikan koi tu pun aku tak tahu. Power lagi ikan patin buah Temerloh.Atau ikan bilis mata biru Sabah.

Tegas bos, selagi mesin tu boleh digunakan, tiada istilah tukar baru. Aku sabar je..Aku sabar!

Tapi hari ni bos dengan muka mencuka mengumumkan 2 hari lagi mesin fotostat baru serba canggih model Jepun akan sampai di ofis sebagai ganti mesin purba tersebut.

Entah kutu mana yang guna mesin fotostat canon NP1215 itu sampai drum dan roller mesin tu patah riuk. Hingga mesin jadi berasap-asap kemudian terus meninggal dunia tanpa sempat memberikan wasiat yang terakhir. Barang antik begitulah riwayatnya.

Cuma aku berdoa agar boss tidak panggil team forensik atau CSI Miami untuk buat siasatan rapi terhadap mesin yang sudah arwah.

Sebagai orang yang terakhir menggunakan mesin fotostat tersebut semalam, cap jari aku masih jelas kelihatan…Dengan beberapa kesan tapak kasut sewaktu aku berlatih jurus tendangan tanpa bayangan ninjutsu Hokage pada mesin tersebut.

Kali ini aku harap giliran boss pula belajar erti sabar yang sebenar.

Dalam Proses Kemaskini Ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan

Kali terakhir ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan dikemaskini ialah sekitar Julai-Ogos 2013. Sekarang dah 5 bulan berlalu. Ada saja cerita dan pengalaman baru dalam berniaga yang saya kutip tapi tak sempat ditulis ke dalam ebook berkenaan. Jadi saya akan update ebook tersebut mungkin paling lewat hujung Januari 2014. Paling ekspress 2 minggu saja lagi siap la. Itu pun jika idea berdesup datang.

Edisi kemaskini ebook kali ini akan lebih banyak gambar, huraian panjang yang jelas, tip dan panduan berniaga. Paling power saya akan dedahkan beberapa resipi jus baru yang dijamin meletup sales tak kira jual di pasar malam, bazar ramadan, karnival atau tepi jalan!

Harga ebook mulai Jan 2014 akan saya naikkan. Memang akan jadi mahal sedikit tapi sangat berbaloi melabur untuk ilmu jika anda berniat menjadi peniaga air tahun depan.Beli sekarang untuk dapatkan harga asal RM50 ya!