Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

SEMUA NAIK!

2011..Tahun semua Naik!

1. Minyak Petrol: Dah diselaraskan naik

2.Minyak Masak: Dah selamat disembunyikan…tunggu masa je nak naik

3.Umur: tak boleh gostan…sentiasa naik

4.Gula: tahun lepas harga dah naik…

5.Perut: makin naik…dan terus naik dengan maju jaya

6. Bil Elektrik Rumah : naik juga…

Hmmm…Hmmm…Hmmmmm…..Aku berazam mulai saat ini aku akan:-

1. Pergi kerja jalan kaki…biar badan aku saja yang berpeluh dan berminyak

2.Pergi kait buah sawit..proses minyak sawit sendiri

3.Upload gambar masa tadika..tukar profile di facebook supaya semua orang akan kata..”hei,awak nampak muda”

4.Melarang keras semut dari terus mencilok gula dari bekas gula yang kadang-kadang tak tutup rapat

5.Berkawan dengan ahli sumo Jepun….dah tentu perut dia lagi besar dari aku

6. Aku akan iron baju n seluar guna seterika arang..latih ribuan kelip-kelip keluarkan cahaya 100 watt..tonton tv di rumah jiran sebelah setiap hari.

*”Piiirahhh,…dengan ko punya azam.”Marah jiranku yang bernama Azam.

Tak pasti pula marah kerana namanya disebut atau cemburukan kelip-kelip peliharaan aku nanti.

 

 

Advertisements