Tulis Tangan Kiri


2 Comments

Resipi Jus Buah Yang Paling Sukar Dibancuh

Tahukah korang, cara-cara nak hasilkan resipi jus buah delima adalah paling sukar dan mencabar untuk aku buat? Setakat ini aku dah cuba berekperimentasi, tapi belum berjaya dapatkan satu resipi jus buah delima yang ampuh dan power.Ada sekali tu langsung tak boleh telan, kelat dan pahit semacam.Warna pula keruh, tak hitam pekat macam yang aku mahu. Langsung tak sedap.

Kena cuba lagi dan lagi dan lagi…Sampai jadi.

 

Resipi Jus tembikai susu edisi homemade, klik di sini.

Advertisements


Leave a comment

Tak Ramai Jual Jus Buah Naga

Dulu saya terima emel yang bertanyakan resipi jus buah naga. Kata pengirim emel dia bersedia bayar untuk resipi jus buah naga tersebut. Buat ebook resipi jus buah naga. Saya kemudiannya emelkan pada dia resipi jus buah naga itu.Tak perlu bayar pun, saya share percuma saja pada dia tau.

Biasanya untuk pandai buat air atau apa-apa saja jus, boleh refer pada google, kan? Kalau tengok dalam myresipi atau blog-blog masakan,semua resipi ada.Pernah dengar Jus Jimi Asmara?Nak buat jus epal asam boi ala-ala secret recipe?Intai-intai lah blog gadis-gadis yang suka pergi kedai makan dan berselfie dengan gambar makanan dan minuman.Tapi bila nak jual air dalam balang pasar malam tak boleh gitu.You can copy n paste but selalunya tak menjadi.Logikla kan, sukatan di Secret Recipe guna gelas atau cawan yang kecil-berniaga pasar malam balang air besar 2 kali ganda daripada baldi.

Berbalik pada resipi jus buah naga yang diminta sebenarnya mudah saja.Sebab saya sendiri pernah buat air naga ni.Bukan setakat buat minum di rumah, tapi dah pernah jual pun masa bulan puasa.Saya test market.Tapi masa tu tak dapat sambutan hangat.Sebab orang jarang minum jadi ada yang tak tahu pun itu air apa.Buah naga pun tak kenal.Ada juga yang ingatkan itu air keladi,sebab warna purple dah lebih kurang sama.So air naga tu bertahan 3 hari sebelum saya tukar air lain.

Tapi jualan pengirim emel lain ceritanya.Jus buah naga yang dijual sangat laku!Selera penduduk di tempat dia lain dan suka minum jus buah naga.Baguslah tu-rezeki dia murah.Sebab tu tak ramai yang jual jus buah naga.Kena tengok dulu di satu-satu tempat tu hot ke tak jus buah pelik-pelik macam tu. Kadang-kadang jual air bandung cincau pun laku!

Klik sini untuk pandai jual air balang di pasar malam.

banner bab300x250


Leave a comment

Berniaga Di Karnival Atau Tapak Ekspo

Berbaloi tak kalau kita peniaga baru nak terjah berniaga di mana-mana tapak karnival atau ekspo?Sekarang kan banyak pameran, karnival dan ekspo yang dianjurkan hampir tiap minggu.Itu belum dicampur big event seperti Hari Belia, Karnival Usahawan, MAHA, Jom Heboh dan lain-lain.Tengok promosi je pun dah sedap…Karnival ini akan dihadiri 10 ribu pengunjung..Ekspo itu bakal dirasmikan oleh VVIP.

Bayar tapak saja dah berapa.Untuk sewa tapak 10 x 10 kaki mesti ribu-ribu ringgit.Bukan lama pun niaga kat situ.Paling lama pun 3 hari. Boleh cover ke bayar tapak kalau kita setakat jual air soya? rasanya tak kot.Thats why untuk newbie kalau boleh jangan cepat tergoda nak join event-event besar ni.Never!

Berniaga di tempat biasa sudah.Pasar tani atau pasar malam punya sales pun dah power.Di situ kita dah tau untung boleh pergi banyak mana.Kalau rugi pun semua masih dalam kawalan sebab bayaran tapak murah.

Kalau rasa teringin juga masuk karnival, masih boleh.Tapi masuk ekpo pada skala yang lebih kecil.Seperti karnival surau(ada surau yang aktif rajin buat karnival berniaga-untuk tambah duit tabung surau).At least rugi tak banyak,untung tetap ada.

Klik sini untuk belajar buat air soya pekat melekat!


Leave a comment

Hujan Bulan November

Guns N Roses pernah berkata ‘ bila bulan 11 je selalu hujan’, ‘ bulan November adalah musim tengkujuh’. Band otai  rock tersebut memang pandai ilmu kaji cuaca. Sebab itulah terhasilnya lagu hits November Rain yang masih sedap lagi didengar hingga sekarang.Aku syak Axl-lead singer Gun N Roses cipta lagu tu ngam-ngam bulan november.Tahun berapa aku tak tahu. Cuma aku rasa maybe dulu, hujan sedang turun lebat menggila.Mencurah-curah sampai nak keluar rumah pun tak boleh.Bosan duduk rumah tak ada buat apa,Axl petik gitar tepi tingkap  rumah dia sambil perhati titisan hujan dan mula cipta lagu tu.Ia cukup syahdu dan menangkap!

Tapi bila Slash dan kawan-kawan lain tanya apa tajuk lagu tu, Axl tak ada idea nak letak apa.

” Sekarang bulan apa, Slash?”

“Bulan November la…Bulan ni show kita kureng sikit. Ada satu show je itu pun main  kat estet mana ntah.Musim hujan sedang melanda, brader.” jawab Slash.

“Kalau macam tu gua letak tajuk lagu tadi November Rain.” kata Axl. Malas nak fikir panjang-panjang.

“Setuju!” Slash dan kawan-kawan berteriak serentak dengan gaya rock. Axl dah melompat-lompat di dalam hujan di laman rumah.Sikit lagi nak kena fire dengan petir.