Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Bila Air Soya Panas Sold Out

Puasa tahun lepas, sebiji blender yang main task dia blend air soya sahaja, dah rosak. 3-4 tahun blender tersebut berkhidmat dengan cemerlang. Dah sampai umur pencen dia, kita kena redha.Biarkan la dia rest in peace.Kalau degil jugak nak pakai,silap-silap boleh kena shot karen…

Rosak satu, blender lain ada lagi.Dah standby untuk kes-kes kecemasan macam tu. Air soya tetap kena jual walau apa terjadi.Hujan ,ribut..banjir ke..kastemer tak pedulik. Air soya panas juga depa cari dulu. Ada satu hari tu, semua orang dah bosan dan penat nak blend dan perah soya. Dah habis tenaga, bukan boleh cas pakai charger handset cokia…so air soya tak jual.Direhatkan sementara untuk satu hari saja.Esok, lusa dan seterusnya belum tau lagi.

banner bab468x60

Tapi hari tu jugak la di tapak niaga makin ramai orang yang tanya pasal air soya panas…Benda bila dah tak ada, mesti ramai yang cari, kan? Siap suruh simpan untuk dia kalau esok ada jual.Jadi sejak itu, penat macam mana sekalipun air soya panas tetap kena buat.Tak nak hampakan pelanggan.

Yang bagusnya sejak itu jugak air soya panas akan sold out bila jam 6pm. Mana yang datang 630 pm ke atas memang tak merasa….Datang time azan maghrib, tok sah cerita la. Dah siap kemas-kemas meja.Bila air soya panas sold out cepat cenggini, yang paling hepi adalah tukang perah dan blend air soya…Siap mintak naik gaji lagi…Setiap hari!


7 Comments

The Umbrella Man

“Tokey, ini payung pasar malam berapa u jual? ” soal aku.

” Mana satu u mau aaaa? Bulat ke petak 4 segi? ” soal tokey kedai kembali. Dia tunjukkan aku 2 jenis payung yang tersandar di sudut kedai.Masih berbalut dengan plastik.

“Mana lagi bagus tokey?” Sesi soal jawab berterusan.Silap-silap lepas ni aku lawan pantun  4 kerat dengan dia.Tengok siapa lagi handal.

” Dua-dua manyak baguttt….” Jawab tokey yakin.Ibu jari di thumb up kan ke atas.

“Harga sama saja…RM100 wa kasi u…” offer tokey laju-laju.

“RM90 aku angkat tokey….diskaun la sikit. Aku baru bulan puasa ni nak meniaga.Belum dapat untung lagi ” Jawab aku pelan-pelan. Membeli barang di kedai cina tanpa meminta diskaun adalah sangat rugi. Kena mintak… Kena tawar menawar. Beliau bagi ke tidak- itu belakang cerita.

” Ok Ok…tak apa, tak apa…lu angkat RM95…sudah murah,wa rugi manyyakk woooo.” Tokey tersebut tawarkan diskaun megasale.

“RM93 la tokey….lain barang banyak mau beli lagi. U jugak untung.” Aku mempraktiskan jurus ke-2 dalam the art of negotiation.Tawar selagi boleh. Tapi jangan sampai tokey tu bagi penampar. Kalau tak dapat jugak,harga RM95 pun aku sebat.

” Haiyaa…boleh la RM93.” tokey hardware itu mengalah akhirnya.Ini namanya kastemer is king.

“U tau pasang ka, itu payung? Mari…wa kasi tunjuk ” kata tokey itu dengan friendly.

Dia mendemo cara-cara buka dan tutup payung pasar malam dengan senang hati. Sama macam payung biasa cuma tambah besi kaki untuk sokong tiang. Sangat mudah!

” Kanopi tak mau ka kawan? Lagi bagutt…ramai orang meniaga posa angkat itu kanopi.” promot tokey itu lagi.

“Cukup la tu…aku dah ada kanopi. Yang ni cuma untuk gerai tepi jalan.Guna payung dah cukup.” eksplen aku.Tokey angguk faham.Serentak dengan ringgit yang bertukar tangan.

“Tolong masukkan payung tu dalam kereta ,ok tokey?” perintah aku. Macam yang aku bagitau tadi, kastemer is king.Titah perintah raja kena mantap.

“Boleh…boleh…” Dia kemudiannya menyumbat payung baru yang masih brand new dan berbalut plastik itu ke dalam kereta. Dia bai bai mesra sebaik saja aku beredar dari situ.

Sampai di rumah, payung niaga aku sandarkan saja di luar.  Esok dah nak pakai. Senang bab nak angkut-mengangkut.

**************

Tapi senja yang malang hari itu jugak, 2 ekor malaon  awal-awal dah angkut payung brand new itu sebelum sempat aku guna. Sorang jadi rider, sorang lagi dengan gigih pikul payung di belakang kawannya. Berdesup motor malaon itu sewaktu kejadian.  Macam motor dah korek blok…gitu laju dia punya pergi. Tak sempat nak kejar.

Esok aku perlu bergegas kembali ke kedai tokey. Kali ini aku akan beli kanopi tanpa banyak bunyik. Rantai besi  panjang 1 kaki dan padlock paling kalis pencurik sebesar penumbuk turut bakal aku borong. Kalau masih belum secure jugak, aku akan pasang CCTV setiap sudut luar rumah. Nak bela anjing pitbull untuk berkawal, itu aku akan fikirkan kemudian.

banner bab300x250


Leave a comment

Semanis-Manis Air Gula

“Bro, bulan puasa camni, macam mana bro maintain rasa air gula…bukan boleh rasa pun, kan? “

Soalan di atas tu pernah sorang kastemer tanya pada saya. Regular kastemer kerja tapak construction. Selalu datang berdua naik motor kriss dengan kawan. Air favourite dia jus kasturi asam boi.Saya memang dah faham sangat bila dia datang ke gerai. Hari-hari dia boleh bedal air ni…..untuk berbuka puasa.Kawan dia pun sama.That’s why air ni di antara yang paling cepat habis!

Jus kasturi asam boi yang brader ni suka minum, senang nak handle. Air gula terkurang pun kastemer tak kisah sangat, sebab air tu memang dibancuh supaya masam limau kasturi dan asam boi tu lebih terasa.So manis air gula tak perlu overshadow.Memang kastemer nak minum sebab rasanya yang masam-masam manis. Resipi jus kasturi asam boi tu ada dalam ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan.Klik   SINI untuk cekidot.

“Tapi air lain-lain tu kan manis, bro tak puasa kot…haha?”

Cenggini…. first day puasa saya gerenti semua orang yang jual air akan berdepan dilema yang sama.Sebabnya tak boleh rasa.Jadi don’t wori untuk newcomers…relaks-relaks sudah.Bungkus saja air-air tu ikut sukatan biasa.Kalau selalu-selalu time bukan bulan puasa bubuh 3 senduk/sudu air gula-follow saja.Jangan ragu-ragu.Then masa berbuka barulah rasa sendiri.Kat situ baru dapat trace apa yang kurang atau air gula tu terlebih.

Kalau esoknya (puasa hari kedua) ada kastemer komplain air kurang manis, kenalah terima. Minta maaf dengan kastemer dan explain pada dia baik-baik.Biasanya kastemer akan faham.Tapi lepas tu of course lah kita kena tambah air gula. Then start dari hari kedua tu sampai habis puasa, saya gerenti kastemer tak akan komplen lagi pasal air gula.

Kecuali peniaga tu memang orang yang sangat berjimat cermat atau pun dia seorang yang kedekut.


Leave a comment

Joned Nasri Lelaki Gentlemen

“Eemm…jom masuk bilik.”

Dia bersuara manja.Rambut lurus paras bahu terbuai-buai disapa angin malam.Wangi bau shampoo jenama Johnson & Johnson menusuk hidung.Lesung pipit di pipi kiri menambah seri wajah. Dia berdiri di muka pintu. Pose menggoda dan mengada-ngada.

“Masuk la dulu……nak tengok bola Msia lawan Singapore..Live kat tv ni” Joned Nasri tolak lembut.Lelaki sebenar patutnya tak mudah cair dengan pujukan perempuan. Bola diutamakan,tidur dikemudiankan.

“Kejap lagi ye cayang…tunggu abis bola” Janji Joned Nasri lagi.

“emmm…jom la masukk bilik. Jom la tido sama-sama.” dia terus memujuk. Mulutnya dimuncungkan sedikit..Comel,cantik.

Melihat Joned Nasri yang terus leka mengadap skrin tv rata, tiba-tiba dia datang dekat dan duduk di atas riba Joned Nasri. Bau wangi shampoo Johnson n Johnson makin mencucuk-cucuk hidung.Membuatkan kosentrasi Joned Nasri menonton bola jatuh 60%.

Dia senyum..Dia tau Joned Nasri dah tak keruan.

“Tutup la tv…Tak leh tengok bola.Nak tidur jugak.”dia peluk Joned Nasri rapat-rapat. Dia peluk kuat-kuat.

Memang kalau dah tahap kritikal gini, lelaki seampuh Joned Nasri pun akan kalah. Lelaki sejati seperti Joned Nasri juga, sesekali terpaksa tunduk pada permintaan perempuan.Tewas pada pujuk rayu perempuan yang datang menggoda tanpa jemu seperti ini.

Joned Nasri dukung dia dengan kedua-dua lengan yang taf menuju ke bilik tidur. Dia ketawa mengikik.Seronok!Dia pura-pura pejam mata bila Joned Nasri baringkan dia dengan gentlemen di atas katil.Cahaya lampu bilik samar-samar…Romantis.

Joned Nasri baring di sisi dia. Joned Nasri usap ubun-ubun dia lalu berkata…

“Nah, minum susu botol ni…Habiskan tau. Kalau Lisa tidur cepat malam ni, esok daddy belanja Kepsi, orait? “

“Yeaahh!…Ok daddy.Cayang daddy bucuk..muaahh!” Dia mengucup manja pipi Joned Nasri.10 minit kemudian, dia lena dibuai mimpi indah. Mimpi makan Kepsi.

Malam itu Joned Nasri berjaya tidurkan Lisa Surihani sekali lagi. Seperti malam-malam sebelumnya, anak perempuan kesayangannya yang baru berumur 3 tahun itu  hanya akan tidur bila ditemani daddynya.

“Lega…Lisa dah tidur awal. Baru best layan Malaysia kitai Singapura camni. Pastu sambung tengok Euro 2012 lak…” monolog Joned Nasri, bapak mithali  merangkap seorang lelaki  gentlemen.


2 Comments

Suatu Ketika Dulu Di Pasar Ramadan

“Abang ke yang call tanya pasal borang pasar ramadan tadi?”

“Ya….saya la tu. Satu petak berapa kena bayar?”

“RM370… ” dia jawab ringkas.

“Eh, lain tempat rate dalam RM300..Nape sini mahal sangat?”

“Mahal sikit je bang…Lokasi sini memang terbaeek!Sini ada lot-lot kedai baru naik.Blok bangunan hujung  tu Kolej swasta yang sewa.Baru bukak..Tak lama lagi makin ramai la student.Penduduk taman belakang tu pun ramai…Konfem meriah bulan puasa nanti.”

“Tapi taman sebelah pun ada pasar ramadan, tak jauh pun, kan?” tanya saya.

“Ha’ah…itu yang haram.Tak ada kelulusan PBT.Yang di sini PBT dah benarkan kami jadi penganjur.”

“Abang nak jual apa ye?”

“Air tebu….”

“Bagus tu bang…Pemohon lain tak ada lagi yang nak jual air tebu.”

“Kalau abang jadi ambik tapak pasar ramadan dengan kami, untung tau bang…Lepas habis puasa, kami akan buka tapak pasar malam pulak. Jadi nama abang, kami akan forward terus ke PBTuntuk lesen pasar malam tu…Kalau mohon kemudian, takut dah full pulak.”

“Ooo…dah ramai ke yang mohon tapak pasar ramadan kat sini?”

“Ramai dah bang…Sebelum abang datang tadi, 3 orang datang hantar borang dan bayar duit tapak.Kami target 200 orang peniaga. Kalau abang lambat, takut dah penuh.Baik abang konfemkan sekarang jugak.” kata-kata manis bergula daripada dia.

“emmm..oklah, saya pun konfem sama.” kata saya walaupun masih 50-50.

*************************************************

Hari pertama puasa – hanya ada 6 orang peniaga pasar ramadan di lokasi yang dijanjikan terbaeek tu… Orang yang datang beli langsung tak ada!

Hari ketiga puasa – pasar ramadan tersebut tutup terus!Penganjur tak nampak muka…sehingga hari ini… 3 tahun peristiwa berlalu …

Harap-harap Abang penganjur tu duduk diam-diam sampai bila-bila… Jangan muncul-muncul dah…Orait?

banner bab300x250


4 Comments

Jual Air Soya Atau Air Tebu di Pasar Ramadan: Mana lagi Laku?

Ada yang emel saya dan tanya soalan di atas.Benda subjektif gini susah nak bagi jawapan yang paling tepat. Air tebu pun glamer….air soya pun ramai peminat dia. Air sirap bandung pun orang layan bila tiba puasa.Jawapan tengah-tengah dan selamat-semua air laku!

Tapi memandangkan orang yang bertanya tu bakal berniaga di bazar ramadan tahun ni untuk kali pertama, maybe post kali ni dapat bantu dia.Orait bro?

Jual air tebu memang laku masa bulan puasa.Kena pulak cuaca sekarang ni panas terbakor.Memang orang akan berkerumun di gerai air tebu.Tak menang tangan nak mesin tebu tu nanti.Gerenti air tebu sold out!Cuma bila tiba hari hujan-kastemer tak berapa minat beli air tebu.Kastemer akan beli air lain-lain.Itu yang saya nampak. Maybe minum air tebu masa-masa hujan, tekak tak berapa selera.Agaknya la…

Jadi bro, kalau kau ada modal banyak, jangan jual air tebu saja. Pelbagaikan jenis-jenis air di atas meja sebanyak yang boleh.At least, orang ramai boleh tukar-tukar beli air bila dah boring minum satu jenis air saja.Hari ni minum air tebu,esok air cincau,lusa abc,tulat cendol…Seterusnya air tebu semula.Pusing-pusing dia tetap beli kat gerai kau…bukan kat gerai orang lain.Itu yang paling penting.Itu yang paling power.

Kalau handal buat air soya lagi baguss….tambah lagi satu jenis air yang power.Sales air soya ketika bulan puasa sangat-sangat memberahikan!Memang laris tahap dewata!Tapi kena jual air soya panas sekali.Jangan jual air soya sejuk saja.Bulan puasa kastemer lebih suka beli air soya panas daripada yang sejuk-Balik rumah baru depa bubuh air batu banyak-banyak…Perggh.

So,gudluck dan kipidup!

banner bab468x60