Akak Pun Nak Jual Air Mata Kucing lah!

Rutin pagi sebelum sampai ke ofis, saya akan singgah ke gerai tepi jalan untuk beli breakfast. Bungkus saja, macam selalu. Pagi ini kakak pembantu gerai sedang rancak berborak dengan kawannya, kakak penghantar kuih donut dan akak supplier karipap sardin. Kalau semalam sembang pasal topik duit kutu, kemain meriah dan galak. Yang saya sempat dengar ialah ada sorang kawan dia (tokey gerai yang saya tak kenal) main kutu 5k!Sebulan ke setahun saya tak tanya lah. Saya dengar sipi-sipi saja.Banyak duit kawan akak tu.

” Bulan puasa ni, aku jual sorang-sorang…tak tolong dah dia ni,” kata akak pembantu gerai. Umur dia saya agak dah lebih 57 tahun.

“Hooo, molek tu..akok nok jual gapo?” tanya akak supplier karipap sardin. Saya tercegat di tepi.Tunggu akak ni habis susun karipap.

” Macam selalu ..jual air. Orang suka beli air cincau aku.” jawab akak tu sambil senyum. Saya memang perasan akak ni bila bulan puasa dia akan set up satu kanopi tak jauh dari gerai kuih ni. Ada 4 balang air dia jual.

“Tapi kali ni cadangnya nak tambah air sejenis lagi. Air mata kucing. Sedap gak air tu kalu jual. Buleh pitih!” katanya lagi.Tak ada kastemer lain yang datang masa tu jadi sesi perborakan tak ada gangguan macam siaran astro ketika hujan.

” Buat guano air mata kucing tu?akok tahu ko?” akak supplier karipap menyoal. Karipap dah siap susun tapi tak ada pengepit kuih.Tak kan saya nak ambil kuih gitu je. Tak hygenic la pulak.

“Dulu saing aku ada royat. Guno buah longan.Mano beli buoh longan tu, dok ingat aku dio kecek..”Sambil cerita dia senyum pada saya. Pengepit kuih baru ada.Tadi tokey gerai simpan dalam tupperware dalam kereta.

“Nok bagi air mata kucing tu hitam, dio suruh aku bubuh nescafe banyok-banyok, betul ko?”Tanya akak pembantu gerai pula pada akak karipap sardin.

“Bubuh gula merah la kak…tapi ada lagi bahan lain orang letak alam tu bagi rasa. Mana ada orang bubuh nescafe.Mengarut je kawan akak tu,” sampuk akak tokey gerai yang dari tadi duduk diam susun apa kebenda ntah. Akak ni berniaga dah lama, mesti tau buat banyak benda termasuk cara nak buat air.

“Keno tipu la aku ni!Nayo ke aku demo nih” keluh akak pembantu gerai tu.

Kemudiannya mereka beralih topik cerita lain. Cerita drama petang-petang di TV3. Saya berlalu pergi sambil terfikir, kalaulah akak tu main jual saja air mata kucing guna resipi nescafe kawan dia tu apa akan jadi? Mungkin jadi makin sedap tapi rasanya tak kena kot air mata kucing tu.Dah lari banyak tune air mata kucing tu. Saya rasa lah.

Klik sini kalau nak belajar resipi buat air mata kucing yang sebenar dan jual di bulan puasa! 

banner bab728x90

Rezeki dia di bulan puasa

Asalnya dia berniaga murtabak. Katanya cuma itu saja bisnes yang dia pandai buat….Tebar murtabak. Dan boleh tahan sedap juga murtabak yang dia buat. Ramai yang datang membeli. Bulan puasa murtabak laku selaku-lakunya. Setelah bertahun-tahun berniaga di tapak yang sama dengan saya, tahun lepas dia hilang. Tiada lagi bau wangi murtabak mencucuk hidung.

Rupa-rupanya dia sudah beralih arah. Dalam diam dia apply tapak bazar ramadan di lokasi lain. Jaraknya sedikit jauh dari rumah dan lokasi asal. Tapi katanya tak kisahlah, nak cuba angin tempat baru.Nak cuba dapat untung lebih lagi di tapak bazar ramadan yang lebih besar.Tak dinafikan lokasi bazar ramadan baru itu lebih meriah dan lebih ramai pembeli.

Dalam bulan puasa, saya juga singgah di situ. Dia sibuk melayan pelanggan dan pada mulanya tak perasan saya lalu di gerainya. Ketika saya beli kuih di gerai sebelah, barulah dia terpandang saya dan kami dapat berbual sekejap. Kali ini dia tak lagi menebar murtabak. Dia jual laksa penang dan nasi ayam pula. Entah bila dia belajar memasak  dua menu tersebut, saya tak tahu. Katanya walaupun bisnes murtabak juga untung, tapi saja cuba buat bisnes lain. Cuba nasib.

banner bab300x250

Dan nasib dia baik. Walaupun menu berbeza, rezekinya tetap murah. Bisnes nasi ayam dan laksa penang yang dia buat mendapat sambutan di bulan puasa. Dia berpuas hati dan bersyukur percaturannya kali ini menjadi. Hilang penat datang jauh-jauh berniaga di situ.

Klik sini untuk beli ebook bisnes air balang di bulan puasa!

Lambat Sikit Dah Habis

Sebulan sebelum puasa, saya ke kedai perkakasan dapur untuk beli stok plastik bungkus, straw, cup dan barang-barang lain untuk berniaga. Selain itu saya bercadang untuk beli 1 lagi kanopi baru. Jadi kena survey dulu harganya di 2, 3 tempat. Ternyata harga di kedai yang saya pergi itu lebih murah dari tempat lain. Stoknya juga masih banyak, jadi saya fikir tak apa lah lagi 2 minggu saya boleh datang semula untuk beli. Pekerja di situ juga turut setuju malah maklumkan pada saya ada yang datang dari KL semata-mata untuk beli kanopi. Tempat lain mahal.

3 minggu kemudian saya datang semula dengan duit berkepuk-kepuk di dalam poket. Dah ready untuk beli kanopi 10 x10 tu. Tapi rupanya saya terlambat, kanopi 10 x10 yang saya idamkan tu dah sold out.Ramai yang nak berniaga di bazar ramadan kali ni. Sampai kanopi pun habis.  Stok baru belum tau lagi bila akan sampai. Yang tinggal cuma kanopi 10 x15. Kanopi tu memang besar tapi selalunya nak masuk bazar ramadan ada syarat.Cuma boleh guna kanopi 10 x 10 untuk 1 tapak. Ada sesetengah tu lagi la…cuma kanopi 8 x 8 saja boleh guna. Kecik sangat. Jadi saiz 10 x5 tak relevan melainkan kalau sanggup bayar yuran untuk 2 tapak.

Jadi terpaksalah saya ke kedai lain.Tak jauh pun dari kedai tadi. Cuma kedai cina ni kecil sikit.Tauke tu tunjukkan pada saya stok kanopi. Memang ada banyak stok. Tapi saya kurang berkenan sebab kainnya nipis. Mudah koyak.

banner bab468x60

“Boss, lain punya kanopi tak ada ka? Saya mau yang kain tebal.” tanya saya.

“Lu mau apa brand? Semua kanopi sama saja kawan.” balas boss cina kedai itu.

“Ini macam punya brand…kain ada tebal sikit lambat koyak… nampak?” Gambar kanopi lama di dalam handset saya tunjukkan pada dia.

“Haiyaa…itu brand siapa-siapa pun boleh cop. Saya pun boleh cop nama saya Ah Chong atas itu kanopi. Semua kanopi sama saja. kasi beli la. Lambat habis woooo….”jawab boss kedai itu. Entah betul ke tidak nama dia Ah Chong saya tak tahu.

Fikir banyak kali. Saya blah dari situ. Cari tempat lain sampai jumpa.Tak kuasa saya nak beli kalau kanopi tu kain dia nipis. Apek tu tak faham atau buat tak faham. Memang kain kanopi ada dua jenis satu yang tebal dan 1 lagi nipis. Semua kanopi tak sama. Kena pandai pilih ya untuk yang baru nak berniaga. Jangan main beli dan angguk saja bila towkey cina tu cakap. Nanti kena tiup angin sikit je dah tak tahan.Koyak.Kena beli kanopi lain. Duit poket kita juga ikut koyak. Towkey kanopi juga yang kaya.

Jual air pun boleh untung di pasar ramadan! 

Melawat Bazar Ramadan

Bila kerja-kerja di gerai sendiri dah selesai, saya suka melawat ke bazar ramadan di tempat lain. Di Kajang atau Bangi ada banyak lokasi bazar ramadan. Pergilah ke mana-mana mesti ada, besar atau kecil itu saja bezanya. Kalau tempat yang glamer dan besar, memang meriah. Bau kambing golek menusuk hidung. Tengok ikan bakar pun terliur.

Tahun lepas saya sempat ke bazar ramadan tak jauh dari stesen komuter Kajang. Ada peningkatan dan kemajuan berbanding dulu.Kedai pun dah banyak beroperasi di situ jadi nampak lebih hidup.Peniaga bazar ramadan ada lebih kurang 15-20 orang yang menjual makanan dan aneka minuman. Cuma ketika saya lalu(tak singgah) di situ, belum ramai orang datang membeli. Baru pukul 4.30 pm. Mungkin selepas pukul 5 suasana di situ akan lebih happening.

Dulu (3-4 tahun lepas) saya pernah terkena ketika berniaga di sini. Bayangkan hanya 4-5 orang peniaga, siapa nak datang beli? Penganjur buat tak reti dan diam membisu. Muka pun tak nampak.Yuran tapak bazar sebulan burn macam tu saja.Tapi itu cerita dulu. Saya rasa kali ni penganjur lain yang uruskan tapak. Harap-harap semuanya ok.

Nak Bisnes Air Balang di bulan puasa, klik sini!

banner bab300x250

Jangan Percaya Bulat-Bulat Cakap Penganjur Pasar Ramadan

Tahun lepas berlaku sedikit kontroversi. 2 bulan nak puasa satu banner besar dipasang di simpang 3. Selalunya di situlah segala banner dinaikkan. Dari hebahan majlis sunathon beramai-ramai, kenduri-kendara hinggalah ke pinjaman mampu pinjam tak mampu bayar along.

Kali ni banner yang naik adalah mengenai tapak bazar ramadan yang akan dibuka oleh pihak lain tak jauh dari tapak berniaga sedia ada sekarang. Semua orang tak setuju. Dah la tapak bazar baru yang dicadangkan tu masuk ke dalam sikit.Tak berapa strategik seperti tapak sediakala. Masing-masing enggan pindah ke situ. Saya pun sama. Rasa tak sedap hati tengok port yang dicadangkan tu.

banner bab728x90

Tapi saya call dulu penganjur dan bertanya dah berapa ramai peniaga yang daftar.Wakil penganjur pun explain berapa yuran sorang kena bayar dan masa saya call tu dah 5 orang hantar borang. Yang lain-lain tanya melalui telefon ramai tak terkata. Dia pesan pada saya register awal nanti penuh tak dapat masuk.

Akhirnya start awal puasa sampai habis ramadan, saya dan peniaga-peniaga lama di situ berniaga di tapak biasa.Tapak yang dah bertahun-tahun. Dan kali ini bertambah ramai peniaga.Tapak pasar ramadan baru tu langsung tak dibuka dari awal ramadan sampai hujung syawal. Maybe sebab sebenarnya tak ada orang yang nak berniaga di situ.

So kalaulah tahun ni tuan-tuan dan puan-puan baru nak berniaga, sila jangan percaya sepenuhnya cakap penganjur ni. Rugi bayar yuran, tapak bazar pulak tak best dan akan ada masalah nanti. Trust your heart dan kaji dulu tahun-tahun lepas ok ke tak tapak bazar di situ.

Klik di sini untuk beli ebook bisnes air balang di bazar ramadan! 

Bisnes Air mata kucing

Sebelum GST tiba, saya sempat beli sekilo buah mata kucing.Dah musim agaknya sebab selalu tu jarang nampak buah mata kucing tu dijual di pasaraya itu. Beli sekilo tak banyak mana pun, sekali hadap saja dah habis. Nasib baik buah longan tu manis letting.

Eh, buah mata kucing dan buah longan benda yang sama kan?

Dulu-dulu  saya tak tahu nak buat air mata kucing. Beli dan minum tu memanglah pandai. So dalam kepala memang terfikir nak jual air mata kucing ni. Sebab ia sedap dan saya suka minum. Terus pergi kedai beli buah mata kucing tu 2 kg. Balik rumah dengan konfiden kupas kulit buah mata kucing tu, asingkan isi buah dalam bekas dan buang biji. 2 kg buah mata kucing tak banyak mana jadi tak la lama kerja kupas mengupas buah.

banner bab300x250

Bila dah rebus air dan masak isi buah mata kucing tu, saya isi dalam cawan. Letak ais batu sikit untuk test power. Tapi tak sedap! Tak menjadi dan langsung tak sama dengan air mata kucing orang lain..Apa benda la yang betul ni? Apa la ramuan yang salah letak atau resipi sebenar air mata kucing tu?

Kecewa la jugak so  saya lupakan niat jual air mata kucing tu sementara. Tak kuasa nak susah-susah fikir. Jual je air biasa-biasa. Air bandung cincau pun saya pernah jual.

Masa berlalu..suatu hari saya berjaya buat air mata kucing yang sedap. Itu pun selepas puas belajar dan mengkaji. Barulah saya tahu buah mata kucing segar tak sesuai dibuat air. (pssst…jangan bagitau orang lain rahsia ni ya). Seperti eksperimen saya yang gagal dulu.

Sampai sekarang air mata kucing ni masih top ten dan laku time ramadan. Sebenarnya top three! Buat air mata kucing ni pun mudah. Tak perlu nak blend macam jus buah lain tu. 10 minit kerja dah selesai siapkan 1 balang air.

Untuk belajar buat dan jual air mata kucing yang laris di pasar ramadan, klik sini.