Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Bisnes Air Buah Naga

Dalam emel ada yang tanya saya mengenai air buah naga ni.Biasanya yang tanya soalan tentang jus buah naga memang tujuan dia untuk buat berniaga.Selalunya semakin dekat bulan puasa, semakin banyak soalan bagaimana nak buat air buah naga.Siap ada yang cakap berapa saja harga ebook yang tuan jual, saya tak kisah…saya akan beli.Tapi sehingga hari ini saya tak tulis dan masukkan resipi jus buah naga ni dalam mana-mana ebook.

Sebabnya base on pengalaman saya berniaga, air buah naga tak berapa nak sold out. Setengah balang pun susah nak habis. Saya pernah jual jus buah naga tu di bulan puasa cuma bertahan 2 atau 3 hari.Hari ke 4 tukar air lain yang lebih laku.Jadi tak adil untuk saya tulis resipi jus buah naga dan masukkan dalam ebook dan kata ianya air yang hot stuff!

Lagipun buah naga susah nak jumpa di pasaran terbuka. Pergilah pasar cari kalau ada, balik-balik buah nanas dengan betik.Atau buah epal. Kalau ada pun buah naga tu ia agak mahal bila di luar musim. Buah naga yang local yang mahal, kalau dari Vietnam tu murah sikit. Tapi pengalaman saya mungkin berbeza dengan orang lain.

Semalam saya masuk Kampung Baru, terpandang ada satu stall jual hanya jus buah naga dan sejenis air buah lagi yang saya tak ingat apa nama dia.So kalau brader ni boleh jual jus buah naga,maknanya lain tempat lain demand. Maybe kawasan urban gitu, jus buah naga boleh jual dengan jayanya. Kawasan lain pula orang lebih suka minum air biasa-biasa saja…Air tongkat Ali dan Kopi Jantan, maybe?

Jadi kalau nak bisnes air, ikut demand.Bukan ikut selera tekak sendiri.

Klik sini untuk belajar resipi bisnes air balang!  

banner bab300x250


Leave a comment

Bisnes Burger

Tiap-tiap hari makan nasi mamak atau tomyam siam pun bosan jugak kan?Jadi kena tukar selera sekali sekala.Makanan yang paling ringkas,mudah disediakan dan mengenyangkan dah tentu burger.Sebab itu gerai burger jalanan sentiasa dikerumuni pelanggan menjelang senja.Untung orang buat bisnes burger.Waktu tu memang paling afdal nak beli burger sebab kebanyakannya baru balik kerja.Lapar.Termasuklah saya.

Boleh dikatakan dalam seminggu mesti 1 atau 2 kali saya singgah di gerai burger.Dulu owner gerai burger atau pemilik bisnes burger ni siap bagi membership kad. Beli sekali pekerja dia cop kad tu 1 kali.Cukup 5 atau maybe 6(tak berapa ingat) pelanggan setia (sayalah tu!) akan dapat free burger 1 bijik! Siapa tak nak barang percuma kan…pandai tokey gerai burger ni buat bisnes burger.Gerai pun terletak di lokasi yang sesuai.Betul-betul di depan kedai runcit orang Acheh dan kedai mamak.Mesti dia dah kowtim dengan owner kedai Acheh untuk beri kebenaran berniaga di situ.Tapi itu tak pelik sangat, tokey gerai burger tu pun orang Acheh.Diorang ni bab berniaga memang bantu membantu.Bisnes burger yang kecik macam tu jangan pandang sebelah mata.

Saya selalu perhatikan masa pekerja gerai burger ni sibuk masak burger.Atas kuali mesti tak kurang 6 keping daging burger sedang dimasak.Maksudnya buka-buka gerai saja dah ramai yang order.Kalau saya sekali order 2-3 biji burger, orang lain ada yang lebih lagi.Saya sekali bayar banyak tu hampir RM10 juga,orang lain mesti lebih berganda-ganda.Bisnes burger nampak saja macam biasa-biasa.Tapi berapa banyak income tokey jual burger ni dapat satu malam? Banyak brader-brader.Banyak sangat.

Gerai burger brader Acheh ni bukan ada satu saja di kawasan tu.Sebenarnya dalam radius dan jarak tak sampai 1km ada 5 gerai burger tepi jalan.4 lagi tu orang Malaysia yang punya.Tapi buka gerai jarang-jarang, tutup tu selalu. Gerai burger abang Acheh ni buka setiap hari.Termasuk hari Ahad.Dan rasanya sekitar Kajang ni saya pernah nampak 3 gerai burger sama macam tokey burger acheh ni.Maybe itu pun dia punya atau dia buat francais sesama dia.Di tempat-tempat lain tu pun sama pekerjanya budak-budak Acheh. Time bulan puasa tak jual burger, jual roti john pulak.Masyuk sebenarnya bisnes burger ni.

Kita pun boleh buat bisnes burger kalau tau caranya.Untuk yang nak buat bisnes burger klik bawah ni:-

http://