Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Berebut Tapak Pasar Malam

Mudah atau susah nak dapat tapak pasar malam? Dulu-dulu senang, sekarang agak susah. Kalau dapat pun tapak paling hujung yang crowd tak lalu. Jualan mesti slow. Lagipun sedar tak sedar pasar malam di Malaysia terutamanya sekitar daerah hulu langat ni bukan lagi berwajah dan berbudaya tempatan. Orang local dah terpinggir.Tapi makin ramai warga asing yang menyelit dan berniaga sama. Asalnya space dan tapak kecil lama-lama peniaga asing ni akan kuasai tapak pasar malam di situ. Orang kita berebut tapak pasar malam dengan orang asing.

Aku perhati di pasar malam minggu lepas,ada bangla jual ikan longgok, orang acheh jual buah, jual sayur, jual durian, bangla jual ayam daging, indon jual jagung rebus. Yang menjual bakso lagi meriah. Siap buka kerusi meja satu jakarta boleh datang makan. Sebab tu senario pasar malam sekarang ni kurang meriah. Tak berapa best untuk berniaga lagi.

Yang positifnya aku nampak ramai orang kita yang dah lari ke downtown atau uptown untuk bisnes. Dulu aku ingat downtown/uptown ni serupa saja dengan pasar malam.Tapi bila perhati betul-betul ada beza. So far berniaga di downtown/uptown lebih meriah dan untung.Paling penting kita tak perlu berebut tapak dan boleh berniaga dengan aman dan senyuman.


Leave a comment

Tiada Generator Pun Boleh Berniaga Pasar Malam

Masalah sampingan bila teringin berniaga pasar malam ialah kita perlu ada set generator untuk hidupkan lampu. Kalau tidak gerai kita akan malap, gelap dan tak ada orang yang sudi membeli walau sepower mana pun jualan kita.

Boleh guna lilin ke?Boleh, tapi langsung tak praktikal. Baik  pakai kelip-kelip banyak-banyak.

Harga set generator bukanlah murah. Modal tinggi untuk peniaga pasar malam first time .Tapi jangan khuatir, tiada generator pun masih boleh berniaga pasar malam.

Iyeeaa…sungguh ni! Gunakan bateri kereta terpakai. Sebiji bateri kereta terpakai tu boleh hidupkan lebih kurang 2 biji lampu.

banner bab300x250

Katakanlah mula guna lampu dari pukul 7.30pm hingga 9.30 pm, ada 2 jam. Bateri terpakai tu pula akan bertahan lebih kurang 4-5 hari power dia lepas tu wajib cas semula.Bawa saja bateri terpakai yang dah lemah itu ke mana-mana bengkel kereta dan minta tumpang cas.

Biasanya tokey bengkel kereta ni akan suruh kita bayar upah cas bateri tu dalam RM5 saja. So ulangi kaedah ini sehingga duit dah berkepuk-kepuk dan kita mampu beli set generator.

Teori yang menyatakan semua peniaga pasar malam kena ada gen set untuk berniaga tak berapa tepat. Kalau rajin berjalan-jalan ke pasar malam, masih ada peniaga pasar malam yang dah lama berniaga guna bateri kereta terpakai saja seperti peniaga cina yang jual aksesori handphone, baju kanak-kanak atau dvd cetak rompak original copy.


Leave a comment

Penyelamat Pantai

” Haa,kerja macam gini la yang aku nak!” laung Hafiz Kamal yang tadinya begitu kosentret baca ruangan iklan cari kerja di dalam akhbar. Dah 4 bulan dia menganggur sejak terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondo.Pontianak selalu mengusik dan berkeliaran bila dia kerja shift malam. Sampai demam-demam.

“Kerja apa? Gaji lebat tak?” Aku yang sibuk memasak meggi di dapur bertanya ringkas. Entah kenapa meggi sekarang dah tak sedap macam dulu. Aku kena hati-hati memasak dan jaga api supaya meggi tak terlebih kembang.

“Ni haaa…kerja penyelamat pantai!Gaji tak tahu berapa..tak ada tulis.tapi mesti bayar mahal kot..kerja ni kan mencabar dan aku seorang yang sukakan cabaran ala-ala fear factor.” Hafiz Kamal ubah posisi duduk kepada meniarap. Surat khabar dibentang atas lantai untuk dibaca dengan lebih selesa.

” Kau bayangkan kalau aku dapat kerja tu.Katakanlah kat Pantai Cenang,Langkawi. Kerja aku cuma duduk-duduk minum air kelapa muda cucuk payung kecik kat tepi dia, atas menara pengawal pantai sambil pantau sekeliling.Tiba-tiba ada kecemasan org lemas, speed bot rosak atau banana boat pancit masa kat laut,aku kena cepat bertindak dan tak akan teragak-agak terjun ke laut selamatkan diorang semua tu. Kerja penyelamat pantai ni bukan main-main”Dari tadi Hafiz Kamal tenung  iklan penyelamat pantai tu tak jemu-jemu. Di matanya terpancar sinar harapan.

” Ooo..Kau macam Pamela Anderson cerita Baywatch dulu-dulu la ye?” Api dapur aku tutup masa bertanya. Maggi aku dimasak ngam-ngam 5 minit. Aku pindahkan maggi berasap-asap ke dalam sebuah mangkuk arcopal yang aku beli secara kutu 12 bulan.

“Betul!Betul!” Hafiz Kamal tersengih–sengih nakal. Agaknya seronok aku gelar dia pelakon Baywatch . Atau seronok fikir pasal Pamela Anderson. Aku tak tahu.

“Tapi kau reti berenang ke?Mandi kolam renang pun pakai pelampung itik kanak-kanak…Penyelamat pantai konon!” soal aku sebelum maggi dislurpp panas-panas, berasap-asap dan laju-laju. Hafiz Kamal terus terkebil-kebil biji mata kerana rahsianya yang tak tahu berenang turut didengar tanpa sengaja oleh cicak tokek di balik langsir.