Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Jus Delima Dan Durian Belanda Pasar Malam

Aku tak pernah minum jus delima. Makan buah delima pun jarang-jarang. Sebabnya buah delima tu susah nak jumpa di pasaran. Kalau terjumpa pun masa tu tak rasa nak beli buah delima.Tekak nak makan buah anggur pula. Sama juga durian belanda. Buah ni jenis eksotik. Atau mahal.

Baru-baru ni aku jumpa peniaga pasar malam jual jus delima dan durian belanda. Yang buat aku tertarik ialah peniaga berkenaan  cuma jual 2 jenis jus itu saja dalam balang pasar malam saiz standard. Tak perlu berderet-deret susun balang atas meja. Sebab selang 5 tapak dah ada seorang peniaga air yang dah lama jual air dalam balang kaca banyak-banyak. Makan 2-3 tapak pasar malam. Monopoli.

Tapi peniaga jus delima dan durian belanda ni still boleh survive dan jualan dia laku. Walaupun 1 cup jus dia jual RM2 tapi orang yang suka jus delima dan durian belanda tetap beli tanpa komplen. Dia tak perlu susah payah bersaing dengan penjual air lain. Orang ramai pun ada lebih pilihan masa nak beli air. Win-win situation gitu…

So pada yang bercadang nak niaga pasar malam tapi tak tahu jual apa, boleh cuba tiru macam peniaga jus di atas. Yang penting kena belajar buat jus delima dan durian belanda tu sedap-sedap.Terai jangan tak terai!

*Jus delima ini bukan yang diMLM kan dan dijual di dalam botol beratus-ratus ringgit…Khasiat buah delima tu sama saja tak kira minum yang murah atau mahal.


Leave a comment

Tragedi Oktober

Kawasan perumahan Kelompok Serindit AU3, Kolumpo.

Ahad..2pm,Bulan Oktober.

Ninja Ex5 aku sendawa kenyang. Baru sekejap tadi aku belanja motorsikal kesayangan aku itu minum di petrol pump Petronas.Ninja Ex5 aku tak reti memilih sangat. Dari lahir sampai sekarang dia cuma minum Ron 95 yang kata orang telah disubsidikan oleh kerajaan.Tak pernah lagi Ninja Ex5 aku buat hal dan mintak minum coca-cola, air paip bertapis teknologi nano atau jus acai beri. Dia takut mabuk dan sembelit kalau minum bukan-bukan. Jadi aku belanja dia minum 5 ringgit ron 95, kenyang boleh pergi seminggu juga.

Aku memecut dari stesen minyak itu dengan kelajuan yang perlahan.Tiada apa yang perlu dikejarkan sangat. Balik rumah masa-masa begini yang sedap cuma tidur. Atau menengok artis mana pulak kali ni kawin dalam program nona di tv. Seorang apek di laluan sikal berkeringat satu badan mengayuh basikal berkuasa bateri.Berjimat cermat betul apek itu.Cas bateri pun berkira. Ninja ex5 aku tak kasi can lalu memotong dengan garang apek dan basikal bateri  beliau makan asap 6 tiang.

Aku melepasi roundabout dan masuk ke jalan lurus dalam mood santai. Selepas hujung selekoh depan sana sampai la aku ke rumah. Di sebelah hala jalan satu lagi beberapa orang budak sekolah menengah sedang merempit tak tentu hala. Ekzos motor besar dan bunyi memekak berdesup melawan arah. Sekejap buat wheelie sekejap buat wikang lepas tu sorak ramai-ramai..tak ada wawasan dan teladan belia 4B contoh langsung. Pesen merempit runcit-runcit dengan motor abah masing-masing ni aku cukup tak berkenan. Emak-emak orang yang sedang berlonggok di situ juga menjeling tajam ke arah mereka dengan hati yang bara.

Aku teruskan perjalanan tanpa pedulikan aksi tiga suku kesemua mat rempit junior itu. Tiba-tiba motor aku hilang kawalan ketika membelok di selekoh. Cilakak betul! Ada pasir atas jalan ngam-ngam di selekoh situ. Ninja ex5 bergelimpangan di aspal jalan. Nyaris-nyaris aku dihempap Ninja Ex5 semasa cuba membalencingkan dia dan brek mengejut. Nasib baik aku pandai elak dan sempat beraksi lasak dengan berguling-guling di atas tar.Lutut dan siku aku juga luka-luka dan berdarah. Aku duduk memegang lutut yang tersagat dan pedih.Bila aku cuba berdiri, rasa gelap dan nampak bintang.Macam nak pitam. Aku duduk kembali atas jalan.

Emak-emak orang yang sedang berlonggok tadi berlari-lari datang dekat lalu bergilir-gilir memberi komen dan cakap main ikut sedap mulut mereka.Tanpa usul periksa.

“Rasakannnn! “

“Padan muka kau! “

“Merempit la lagi! Biar patah riuk! “

“Bila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata! “

Aku terus baring sambil buat-buat pengsan atas pasir jalanraya yang bersikap lepas tangan dan tak mahu bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa aku di bulan oktober ini.


Leave a comment

Bahagia

Jam 8.00 Pagi,Ahad…

Taman Tasik Titiwangsa makin dipenuhi pengunjung.Ramai yang datang bersenam dan melakukan aktiviti riadah di sini.Mana yang datang bersama anak-anak kelihatan ketawa gembira.Ikan tilapia, kura-kura dan tuntung di dalam tasik juga bergembira bersarapan pagi roti gardenia yang banyak dicampakkan oleh pengunjung.

Aku telah selesai berlari.Hari ini aku berjogging 5 pusingan penuh keliling tasik.Terasa mengah di dalam dada. Aku sesakkan lagi dada dan pernafasan dengan menyedut rokok Dunhill yang sekarang ini terpaksa aku beli sebatang demi sebatang.Bukan main sedap dan berkhasiat lagi rasa rokok ni sejak harga rokok sekotak naik.Kerajaan memang bijak.

“Air mineral untuk u” Jessica datang dan hulur sebotol air mineral.aku ambil dan minum seteguk.

Sebentar tadi Jessica ke gerai minuman.Dahaga sangat katanya.Berjogging pun cuma 1 pusingan. Tak larat. Pipi Jessica kemerahan menahan letih.

“Seronok jogging? ” soal aku.

“Emm..best!Last time Jess jogging masa di U dulu..Tapi kaki  Jess tired sikit la,” adu Jessica manja.

“Next Sunday Jess nak follow u jogging lagi… boleh kan?” Jessica tiba-tiba bertanya.

Aku angguk. Rasa bahagia berlumba-lumba menyesakkan dada.


Leave a comment

Sewangi Strawberi

Sabtu malam Ahad…

Kolumpo mana pernah sunyi. Bandar yang tak reti tidur.Malam minggu begini penghuni kota sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tujuan. Rakan-rakan serumah aku juga sama. Selepas solat maghrib, semuanya sudah keluar berjimba-jimba. Spesies tak tengok buletin utama jam 8. Apa lagi nak ambil tahu ramalan kaji cuaca setempat. Aku pula malas untuk pergi ke mana-mana. Aku hanya mahu minum nescafe dan makan maggi kari sambil menonton siaran langsung bola sepak JDT vs Kelantan di peti televisyen.Aku cuma mahu membuang masa untuk diri sendiri sahaja.

Game Piala Malaysia Watson malam ini agak laju. Menarik juga. Cuma ada ketikanya dua-dua pasukan yang ramai pemain kebangsaan itu bermain seperti badut dan  tidak tahu bermain bola sepak. Seorang pemain tanduk clearkan bola tinggi, pihak lawan akan balas balik dengan tanduk bola lagi tinggi. Akhirnya bola melantun-lantun keluar padang. Kalau aku jadi coach, player-player yang skillnya tanduk bola tak tentu hala ni, aku paksa mereka bertukar profesion menjadi pemain catur atau dam aji. Tapi setakat separuh masa pertama, game agak best untuk aku layan. Lebih senonoh untuk ditengok berbanding konsert AF13 yang terkinja-kinja.

Trutt….trutt….truutt….Telefon Cokia 3310 di atas meja makan berbunyi.Tertera nombor yang aku tidak kenal.

“Hello…..” aku buat-buat suara semacho Hasbullah Awang untuk kelirukan pemanggil.

“Hello…err…sori, ini Rayyan kan? ” suara halus itu bertanya. Suara perempuan. Macam biasa dengar tapi tak mungkinlah dia yang call aku malam-malam. Orang lain agaknya.

“My god! So happy i tak salah nombor…U boleh tolong Jess tak?Please! Please!” Dia berkata dalam tutur yang sedikit cemas. Sahih Miss.Jessica yang call. Apa mimpi dia call aku malam-malam?

“Tolong apa Miss.Jessica? U kat mana ni? Suara u tak berapa clear laa” suara Jessica tenggelam timbul dengan bunyi hiruk pikuk kenderaan.Bunyi lori, motor dan kereta lalu lalang.Bunyi ungka pun ada.

“MRR2…tepi jalan after petrol pump yang ada mcD tu.”

“Tayar kereta Jess pancit ni … I dah call kawan for help tapi dia belum sampai. I takut sorang-sorang.” Jelas Jessica yang sedang panik.

“Tunggu situ… 5 minit lagi saya sampai” Aku tekan button letak pada handset. Terus capai helmet dan kunci grill pintu. Aku keluar rumah dengan laju dan tanpa toleh belakang.

5 minit  kemudian aku tiba di lokasi yang Jessica maksudkan kerana kelajuan motor ‘ninja’ ex5 aku boleh pergi berdesup hingga tahap Super Saiya. Jessy keluar dari keretanya bila nampak aku. Sebelah tayar belakang volkswagen golfnya kempis.

“Tools dengan tayar spare ada?” Tanya aku dengan gaya abang-abang pomen tanpa buang banyak masa. Jessica angguk dan buka bonet .Dia senyum. Mungkin lega dan rasa sedikit selamat dengan kehadiran aku di sini sekarang.

Dengan tangkas aku melonggarkan nat pada tayar yang pancit itu. Setelah 30 minit bertungkus lumus dan berpeluh-peluh, kerja menukar tayar kereta Jessica selesai dengan cemerlang. Kawan Jessica masih belum sampai.

“Thanks ….nah tisu! lap peluh u tu dulu….emmm,sori i susahkan u malam ni..soo sorry !” Sesal Jessica. Dia senyum tawar ketika hulurkan tisu.

“Tak ada hal la…rumah saya memang tak jauh pun dari sini.Kebetulan saya memang ada kat rumah.”

Kami berborak di tepi jalan seketika. 2-3 biji kereta membunyikan hon tanda cemburu melihat aku bersembang dengan amoi yang cantik  itu.Cahaya daripada lampu neon membantu aku melihat Jessica yang santai dengan jeans denim biru dan t-shirt putih sendat menampakkan susuk badannya yang langsing.Tubuhnya berbau wangi strawberi. Harum. Kata Jessica dia baru pulang dari parti harijadi anak buahnya di Taman Melati. Tak sangka pula kereta pancit di sini.

Jessica ajak aku minum di mana-mana gerai atau restoran mamak berhampiran.Dia bersungguh benar mahu belanja sebagai tanda terima kasih.Tapi aku tolak sopan.Mungkin lain kali.Aku sudah kotor dan berminyak-minyak.  Jessica mengalah dan akur.Dia beredar dari situ ketika hujan mulai rintik dengan senyuman paling manis dan mempersona.

Aku terus tercegat di situ lebih kurang 10 minit. Sengaja aku biarkan dia pergi dulu sampai betul-betul hilang dari pandangan mata.Sehingga wangi semerbak strawberi Jessica hilang di bawa angin. Kemudian barulah pelan-pelan aku redah hujan yang makin lebat sambil tercungap-cungap penat tolak motor ninja ex5 aku dari situ sampai ke rumah. Aku lupa isi minyak motor full tank! Dah kering kontang…. Dompet pun langsung tak ingat nak bawa semasa over excited dan meluru laju ketika keluar dari rumah awal-awal tadi.