Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Jus Tembikai Susu

Pernah minum jus tembikai susu atau honey dew? Kalau belum, rugi….kena try bulan puasa nanti. Saya jamin jus tembikai susu lebih sedap dari tembikai biasa. Lebih manis daripada tembikai merah.Jus tembikai susu ni adalah air favourite saya ketika bulan puasa. Biasanya kalau tekak saya rasa air tu sedap, barulah lulus untuk dijual di gerai. Buat apa jual air yang kita sendiri pun tak lalu nak minum, tawar dan tak sedap? So untuk berniaga kena test dulu minum air tu power ke tidak. Jangan terus jual saja.

Jus tembikai susu adalah air yang paling cepat habis dijual pada bulan puasa. Sebab ada peminat dan pembeli tersendiri. Seorang regular customer (pangkat akak) juga di antara penggemar jus honey dew. Tiap-tiap hari dia akan beli 2 bungkus besar jus honey dew di gerai saya. Seawal jam 5 dia akan datang untuk ingatkan saya supaya simpan air jus honey dew untuk dia.

Dekat nak berbuka nanti baru dia datang semula untuk pick up 2 bungkus jus honey dew yang diorder. Kata akak tu 1 bungkus untuk minum sekeluarga waktu berbuka.Yang 1 bungkus lagi dia minum masa sahur!

banner bab468x60

‘Still ok rasa air jus honey dew tu…tak payah akak nak bancuh air lain masa sahur’

Lebih kurang begitulah kata-kata akak penggemar setia no.1 jus honey dew di gerai saya. Dia cakap jus tembikai susu yang saya jual tu memang sedap. Cara buat jus honey dew yang sedap saya tulis dalam ebook Rahsia Jus bazar Ramadhan.

Jadi kalau nak jual air yang paling hot di bazar ramadan klik sini ok.

Advertisements


Leave a comment

Resipi Air Mata Kucing

lo han kuo

Sebenarnya dulu-dulu saya tak tahu nak buat air mata kucing ni.Mana la ada orang senang-senang nak bagi resipi air mata kucing macam tu saja kan? Tapi saya suka minum-beli pada peniaga air di pasar malam. Kalau nak beli pada yang bukan islam tu susah sikit la kan. Rasa was-was mesti ada walau berbuih tokey mata sepet tu kata halal.

Oleh sebab saya suka minum air mata kucing, saya try buat sendiri. Resipi air mata kucing yang saya buat tu main agak-agak.Ikut kepala dan sesedap rasa saya.Tapi tak sedap pun.Kesilapan paling besar saya ialah buah longan tu saya beli yang timbang kilo.Kupas sebiji-biji dan letak dalam periuk berisi air. Naif giler? Susah juga bila nak try resipi air mata kucing bila tak ada guide. Memang failed!

Lagi satu sebab ingredient dalam air mata kucing tu tak cukup. Untuk bagi air mata kucing jadi warna hitam, kita tak bubuh sebarang pewarna.Ada ke pewarna hitam untuk minuman? Selidik punya selidik, baru tau peniaga cina guna buah Lo Han Kuo dalam resipi air mata kucing mereka. Buah yang macam dalam gambar atas sekali.

Buah Lo Han Kuo ni kalau tak letak, mesti resipi air mata kucing tak akan menjadi. Agak susah nak cari buah ni. Nampak saja tak lawa tapi datang dari luar Malaysia. Bulan puasa biasanya stok buah ni senang dapat. Itupun di kedai-kedai tertentu.

Berapa biji guna dalam resipi air mata kucing tu?

Apa lagi bahan-bahan lain yang perlu ada untuk hasilkan resipi air mata kucing yang sedap?

Klik sini kalau nak tahu!.

banner bab300x250


4 Comments

Cara Buat Air Soya Tahan lama

Boleh ke air soya ni tahan lama? Boleh je kalau kena cara…Memang betul dan selalu kita dengar air soya di bazar ramadan cepat basi.Itu maybe salah teknik. Cara buat air soya tahan lama yang tak kena.Biar saya cerita sikit ya….kerja-kerja memproses kacang soya jadi air soya ni memang ambil masa yang lama. Blend+masak atas api pun dah berjam-jam. Selalunya siap masak pukul 1.00 atau 2.00 pm.Mula kerja pukul 9.00 pagi lagi.

Siap awal-awal pun bukan boleh minum lagi kan?Ada lebih kurang 5 jam lagi sebelum berbuka puasa. Jadi kalau tak tahu cara simpan air soya ni elok-elok,air soya tak akan tahan lama. Mudah basi. Boleh ditongsampahkan ikut suka.Tapi masih ada cara supaya air soya tahan lama.

Saya dah tulis ebook air soya  ni tahun 2011 lagi. Dalam ebook tu ada saya tulis cara buat air soya tahan lama. Sekarang dah 2 tahun ebook air soya ni dijadikan ebook bonus dalam rahsia jus bazar ramadhan. Ebook tu masih percuma hingga ke saat ini.Dengan syarat kena la beli main ebook dulu. 

Klik sini kalau nak beli.

 banner bab468x60


Leave a comment

Siapa Cakap?

Kalau siapa-siapa yang rajin belek-belek post belakang, mesti kenal dengan Abang Farid. Sekali lagi ditegaskan tahun ni brader tu dah tak jual air kelapa. Atau air tebu. Dia dah pindah utara. Sebelum dia pindah ada gak nampak cubaan orang lain untuk ambil alih gerai pusaka dia tu.Tapi gagal!

Mungkin pewaris gerai dia tu (sedara mara maybe) tak ada masa nak teruskan legasi di situ. Apprentice beliau tak sekomited mana. Siapa cakap nak jual pisang goreng di tepi jalan kerja mudah?

Akhirnya sekarang ni kawasan tepi jalan tu didominasi oleh sorang brader berkopiah yang boleh tahan peramah. Dagangan utama pisang goreng dan kuih muih. Petang-petang ramai juga yang singgah. So far dia boleh survive. Meniaga fulltime. Siapa cakap nak jual goreng pisang di tepi jalan kerja susah?

Klik sini kalau nak jual air jus buah yang power di bulan puasa!