Tulis Tangan Kiri

Cara Buat Teh Tarik Mamak Style

8 Comments

Minum teh tarik yang paling best in the world adalah di kedai-kedai mamak.Pekena teh tarik yang paling tak best sekali di seluruh alam semesta pulak adalah di kedai-kedai tomyam Siam.Try la order kat mana-mana kedai Siam…mesti dapat teh tarik yang cair, rasa susu terlebih dan tak sedap.Harga tetap sama.

Mahu buat teh tarik sama sedap macam teh tarik kedai mamak? Mahu minum teh tarik yang sama handal air tangan mamak?

Ambik resipi ni:-

Bahan-bahan:

  • Tapis teh (jenis kain) putih (sama macam yang mamak guna kat kedai)
  • Serbuk Teh Tarik Boh (Boleh juga guna lain brand atau sebarang serbuk teh )
  • Air panas (yang masih mendidih)
  • Susu pekat manis F & N/Cap Teko (jangan guna brand lain sebab tak umpph )
  •  2 Sudu teh
  • Garam
  • Gelas
  • cawan/teko (untuk tarik teh tinggi-tinggi)

CARA BANCUH:

Step awal:-

  1. Sediakan 1 gelas berisi air garam (tuang air panas + sedikit garam).
  2. Masukkan 1 sudu teh di dalam gelas air garam dan biarkan di situ untuk sementara.
Step 1:-
  1. Ambil 1 sudu serbuk teh (gunakan sudu teh lain) dan tuang ke dalam tapis teh (jenis kain).
  2. Rendamkan tapis dan serbuk teh tersebut ke dalam cawan selama 1 minit atau air telah menjadi hitam.
  3. Angkat tapis.
  4. Tuang 3-4 sudu susu ke dalam cawan.Gunakan sudu teh di dalam gelas air garam (refer step awal) untuk proses ini.
  5. Kacau rata (dengan gunakan sudu air garam di atas)
  6. Tarik tinggi-tinggi 2-3 kali (pastikan cawan/teko di bawah lebih besar supaya air tak tumpah)
  7. Siap.
Memasukkan garam ke dalam teh tarik adalah rahsia mengapa teh tarik kedai mamak lebih cempien dan sedap rasanya.Gabungan asimilisasi garam + susu+ teh itulah yang membuatkan ia sedap.Kalau anda selalu minum di kedai mamak, perhatikan tools pembuat teh tarik.Pasti ada 1 gelas air garam dan sudu yang dicelup ke dalam gelas tersebut.
Oooo..buat teh tarik tu kena buat dengan kasih sayang secukup rasa.Barulah menjadik!
So, anda boleh cuba sendiri di rumah…Prektis make perfek ok!
PS: Tarik teh tinggi-tinggi cecah atap, menari-nari samba atau buat aksi balik kuang (somersault) semasa membuat teh tarik tak menjaminkan teh tarik anda sedap.Itu semua kosmetik dan gula-gula untuk masuk TV.Mana ada mamak-mamak buat macam tu bila kastemer order teh tarik pagi-pagi ? Mana ada?
banner bab468x60

8 thoughts on “Cara Buat Teh Tarik Mamak Style

  1. susu cair tak masuk sekali ke? biasanya mamak ada guna sedikit susu cair supaya ada rasa berlemak…

  2. tak sedap punnnnn……

  3. Ada tak cuba jual air kembang semangkuk?

  4. Boleh cuba buat air teh arab.

  5. kata org ada yg taruh ajinomoto…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s