Bolasepak Malaysia Kalah Sebab…..??

Semua dah tahu malam tadi langkah team Malaysia tersekat setakat di situ saja. Sungguh pun kita seri 1-1 dengan Singapura, tapi secara aggregat Singapura 6-4 Malaysia.So, Singapura la yang layak ke peringkat seterusnya.

Apa pun jangan sedih-sedih..Langkah mesti terus. Tak guna meroyan atau terjun lombong pasal team bolasepak kita. Sekurang-kurangnya mereka dah cuba sedaya upaya dan kembalikan kepercayaan penyokong bolasepak tempatan. Mungkin perlu sedikit perubahan selepas ni. Coach Raja pasti tahu apa masalahnya dan boleh panggil player2 yang tengah top form. Panggil aku pun boleh jugak…bancuh air.

Tapi tadi  dapat emel dari kengkawan satu dunia..Semua sokong Malaysia!

Meh kita tengok komen kawan-kawan saya yang baik hati ni..chaiyokkk!

So, camne best tak game malam tadi Petr Cech?

     Petr Cech-Penjaga Gol Chelsea

Ko plak Speilberg, sokong Singapura ke Malaysia malam tadi?

 Penerbit filem Blockbuster Hollywood-Steven Spielberg

U ni Megan Fox, mesti peminat team M’sia kan?..

Megan Fox-Bekas Pelakon Transformers

Pernah rasai perit lawan Malaysia kan John, so ape citer? 

John Terry

Abang Pierluigi Collina!..lama sungguh tak jumpa. Rasa-rasa game malam tadi adil tak?

My friend….Ronaldo, boleh pergi jauh ke team Malaysia  ni pada masa depan?

Rasa-rasa Pakcik la, nape team bolasepak Malaysia kalah? 


Air Soya!Air Soya!Air Soya…../The Return

Mengapa sejak akhir-akhir ni post di blog buruk aku cenderung cerita pasal air?..Saje jerr..Kalau aku post cerita-cerita air tebu, jus buah dan air soya masa bulan puasa nanti, confirm ada yang terliur. Termasuklah aku sendiri. Jadi langkah selamat, aku buka cerita awal-awal–korang tergoda,dahaga atau terliur ke tak ada masalah…Pergila beli kat kedai..hihi.

Post kali ni aku masih nak buka cerita pasal air soya. Pada aku air soya ni sungguh misteri dan penuh daya tarikan. Walaupun warnanya putih camtu saja, tak seperti air lain yang amat colourful tapi bulan puasa orang ramai akan tetap cari air soya..tak pun air tebu…tak pun air soya…pusing-pusing 2 jenis air tu juga yang jadi pujaan..Why?Why?Why?

Menambah lagi ‘kemisterian’ air soya, jualannya cukup laris di bulan puasa. Bulan tak puasa tak pula macam tu. Biasa-biasa saja. Kalau di bazar ramadan, gerai penjual soya paling sikit pun ada 4 gerai. Demand daripada pengunjung bazar ramadan memang cukup tinggi. Semuanya akan sold out!..Kecualilah peniaga tersebut jual air soya dalam kotak (Yeo’s, Drinho dll).

Tapi yang bagusnya wujud persaingan yang sihat di kalangan penjual-penjual air soya. Semuanya berusaha hasilkan air soya yang berkualiti, sedap, pekat dan mantopp. Boleh tak anda yang bijaksana ni bezakan yang mana jual sedap dan yang mana jual tapi tak sedap-sedap?Kena rasa la kan kalau nak tahu…mana boleh teka-teka.

Untuk elakkan anda menyesal beli air soya yang cair dan tak best, saya akan perturunkan  jurus mengenal air soya di sini. Tak kisahlah air soya tu dibuat menggunakan blender atau pun mesin soya yang riban-riban, warna air soya tersebut yang betul-betul pekat  dan sedap sedikit kekuningan (Klik sini kalau nak tahu buat air soya yang pekat). Bukanlah warna putih suci mulus. Ingat tu ya!

Sebab apa?Why?Why?…

Sebab ia misteri!…Pergi tanya pada orang yang jual air soya tu..Kalau dia tak tahu, barulah datang ke blog ni semula ya..hehe.

Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadhan Part 2

Masalah pertama selesai…Perniagaan berjalan lancar.. Pekerja sementara yang saya upah ditugaskan mengupas kulit tebu. Saya pula mesinkan tebu-tebu yang dikupas tu. Krew-krew lain membungkus air tebu dan melayan pelanggan. Semuanya berjalan baik. Pelanggan pun agak ramai.Walaupun di pasar ramadan tersebut terdapat 4 gerai air tebu(termasuk otai yang guna lori), gerai kami tetap menerima pelanggan. Sekejap saja 6 ikat tebu dimesin dan dapat dijual kepada pelanggan..

Tiba-tiba…..

(bersambung di Part 2…Ini bukan novel atau telenovela bersiri..cuma dah penat menaip..sambung lain kali la ye..hehe)

cerita full klik sini https://mixzan.wordpress.com/2011/07/08/untung-jual-air-tebu-di-pasar-ramadan-part-1/

Tiba-tiba mesin tebu berhenti berfungsi. Awalnya sekadar semput-semput dan keluarkan banyak asap kemudiannya terus mati. Saya cuba hidupkan semula enjin mesin tebu tersebut malangnya tak berjaya.

Apehal lak ni?..Takkan la baru beli dah rosak?..Bila periksa paras minyak petrol masih banyak. Yang spare dalam botol tu pun belum sentuh lagi. Plug jenama Yamaha tu pun masih baru. Atau pun tokey kedai yang jual mesin tebu dah tipu saya?

15 minit saya dalam keadaan bingung. Kawan-kawan lagi la tak tau apa-apa.Walaupun ada yang cuba belek-belek macam mekanik profesional, semua itu berlakon saja yang lebih. Sama saja seperti saya 2 X 5 tak tahu apa-apa pasal mesin.

banner bab300x250

Ada pelanggan yang dah mula beredar  ke gerai lain bila tengok mesin tebu gagal dihidupkan semula. Masing-masing dah gelabah…Kecuali budak yang saya upah tu.Seronok la dia..relaks dan tersengih..tak penat kupas kulit tebu.Gaji jalan jugak tu.

Masa nak berbuka masih panjang. Nampak gayanya jangkaan keuntungan berniaga akan meleset..Silap-silap tak balik modal.

Ketika hati makin sayu memikirkan kerugian yang bakal ditanggung pada hari pertama berniaga di bulan puasa, ternyata masih ada rezeki dan keuntungan pada hari tersebut. 1 balang besar air soya panas yang dijual RM2 sebungkus telah pun sold out!

Air soya tersebut menjadi penyelamat dunia.Sebabnya di atas meja hanya ada 2 balang air iaitu satu untuk air tebu dan satu lagi untuk air soya. Air-air lain?…Tak ada.Tak dijual sebab sangkaan awal saya dengan air tebu saja dah boleh untung banyak.

Dan hari pertama itu juga gerai kami ditutup paling awal…6.30 pm semua dah siap kemas!  Pak haji di gerai sebelah nampak happy kami tutup awal. Barulah dengan senang hati dia boleh berniaga. Kalau tak, menjeling juga dia bila dengar bunyi bising mesin tebu tu…Sorry pak haji, masalah teknikal.

 Mujur masih ada sedikit untung daripada hasil jualan air tebu (sebelum mesin rosak) dan air soya panas. Terubat juga penat lelah berniaga walaupun separuh jalan. Tapi itu semua pengajaran.

Yang pastinya esok hari mesin tebu ni wajib dihantar semula ke kedai asal untuk buat medical check up. Atau pun esok perlu tukar strategi berniaga jika mesin tebu masih belum sihat.

Apa pula nak jual nanti? Air soya sahaja 2 atau 3 balang? Atau pun kena tambah air-air lain pula?..Hmmm, fikir kemudian la..Tunggu ilham daripada langit!…The End.

ps: Esoknya pagi-pagi lagi saya hantar mesin tebu tersebut ke kedai dan ceritakan kepada tokey kedai tersebut apa masalah yang terjadi semalam. Tokey cina tu masih relaks dan selamba. Sedikit pun tak goyang bila tahu mesin tebu brand new yang dijual, dah rosak. Ada harapan boleh dapat refund duit semula ni….

“Abang, u aaaa masa mula-mula isi petrol dalam enjin  aaaa, ada ka campur itu minyak hitam?Kena campur itu minyak sikit wooo baru mesin ngam tarak mati wooo! Nanti saya tunjuk aaaa.” Kata tokey kedai tu sambil masukkan minyak hitam ke dalam enjin mesin tebu. Dan mesin tebu tersebut kembali berfungsi dengan lancarnya..Tak ada semput-semput, asap pun kurang mencemarkan alam.. bunyi pun dah perlahan.

Saya buat-buat pandang awan nano…tak tahu pula nak kena letak minyak hitam dulu, ingatkan main pakai macam tu aje…hehe

    

Resepi Air Soya dan Taufufah Original …Panduan A-Z- Percuma!/Cara buat Air Soya dan Tau fu fah

Makin ramai yang tanya bila la saya nak post resepi air taufu fah pula…Resepi air soya dah bagi dulu.Dah lama dah. Hmmm, dalam youtube dan internet rasanya dah ramai yang bagi resepi taufu fah tu..download dan copy lah di sana.

Tapi masih ada berita baik…Sambungan resepi air soya dan tau fu fah yang saya janjikan dulu sebenarnya dah pun siap ditulis. Selama ni pun resepi tersebut dah ada cuma masih dalam bentuk tulisan cakar ayam dan bahasa sanskrit lama. Hanya saya seorang saja yang faham!

Jadi setelah diupgrade dan dimake up cantik-cantik, akhirnya ia menjadi ebook 27 muka surat. Ringkas tetapi  padat dan step by step bergambar dari awal hingga habis. Ebook tersebut bertajuk Panduan A-Z Air Soya dan Taufufah Original Resepi. Ia diberikan PERCUMA hanya untuk pembeli Ebook Rahsia Jus Bazar Ramadhan! Ini bonus kedua dan terakhir yang saya berikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pembeli..

Jadi sesiapa yang nak tahu cara buat air soya dan taufufah yang sedap, pekat dan confirm tak basi…dapatkan Ebook utama dengan harga rm50 tu dulu ya. Maklumat lanjut Klik sini .

Di antara kandungannya:-

Ketahui 5 kesilapan besar  semasa membuat air soya…
Teknik elakkan air soya daripada hangit dan cepat basi…
Apakah sukatan dan bahan-bahan yang terbaik untuk hasilkan tau fu fah yang berkilat
dan tekstur yang lembut…
Tip dan panduan untuk menjual air soya di bazar ramadhan…

 Bagaimana hanya dengan modal RM3 (1kg kacang soya) anda mampu untung lebih RM100?

preview ebook bonus Panduan A-Z Air Soya dan Taufufah Original Resepi:-

Buat air soya ni guna blender di rumah saja. Kena rajin dan kuat semangat la kalau buat ala-ala tradisional camni…Bayangkan lah 30 hari ramadhan buat rutin sama. Kematu juga tapak tangan dok blend kacang soya hari-hari. Penat dan dahaga tu tak payah ceritalah. Tapi untung punya pasal…apa ada hal, betul tak?   Nak senang kerja beli terus mesin air soya. Dalam ebook tu pun ada dibagitau berapa harga dan di mana boleh beli mesin soya.

So, jangan tunggu lama-lama…Maklumat lanjut Klik sini .



Tak Cukup…

Sejak Sabtu baru-baru ni aku mula perasan perubahan kosmetik yang berlaku di tepi jalan..Terutamanya di kawasan simpang tiga dan traffic light. Dah makin banyak banner dipasang memaklumkan permohonan tapak bazar ramadhan telah mula dibuka. Terselindung sikit iklan along, ceti haram dan ubat tenaga batin yang bersepah-sepah ditampal selama ini.

Oh ya…di daerah kajang  memang begini tiap-tiap tahun. Slow dan steady..Bila dah dekat puasa macam sekarang barulah muncul banner-banner  tu. Tapi biasanya kalau tempat-tempat bazar yang hot, sekejap saja dah full permohonan tapak tu nanti. Di kajang,  bazar ramadhan yang luas dan besar boleh dikira dengan jari. Tapi kalau bazar ramadhan yang bersaiz “m” dan “s” ada di banyak kawasan perumahan.

Tahun ni port yang dah confirm untuk aku berniaga adalah di tepi jalan. Sama port macam tahun lepas. Yang lagi satu tengah kaji bazar taman mesra atau pun area cheras jaya. 2 port ni boleh tahan dan jaraknya tak jauh dari rumah aku. Tak la penat berulang alik macam tahun lepas. Jimatla ron95 nanti!

Tapi tahun ni plan aku sedikit berbeza. Ada transformasi dan sedikit anjakan paradigma yang bakal aku buat. Selain daripada nak kena setup 2 gerai tu, kemungkinan besar aku akan supply ‘produk makanan bertemakan bulan puasa’ ke 2 gerai lain. Produk makanan tersebut akan turut dijual di gerai underground-tepi jalan rumah aku. Maknanya bulan puasa ni aku kena kerja extravaganza dan lebih kuat.

Untuk merealisasikan pelan tersebut modal yang diperlukan pun agak banyak…Tapi tak sampai la 1 juta..Ribu-ribu pun tak sampai rasanya. Mujurlah aku masih ada tabung ayam! Bila dicampur dengan duit syiling dalam poket seluar dan di bawah karpet….rasanya aku mampu membeli sebuah kapal selam!…

Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadan Part 1

Makin dekat nak puasa, makin banyak stall air tebu muncul di tepi jalan. Hari ni saya perasan 2 stall air tebu dah beroperasi. Perkara biasa saja tu…Tak pelik pun. Biasanya masa yang masih ada ini, peniaga-peniaga air tebu akan warm up dulu. Dah tiba puasa, senang pelanggan nak datang.

Kalau anda jejak kaki ke pasar ramadan pula, pasti dapat lihat penjual air tebu sibuk layan pelanggan. Mana yang dah otai tu siap bawa tebu satu lori untuk dijual. Pekerja pula 2-3 orang akan marathon berganti-ganti memesin tebu dari jam 3.00 petang. Bising bunyi mesin tebu tu jangan ceritalah…kuat giler!

Dulu-dulu saya pernah cuba menjadi seorang penjual air tebu. Tengok orang-orang lama untung banyak, siapa yang tak tergoda..kan? Jadi perkara utama yang perlu dibuat beli mesin tebu. Sebab nak cepat, saya bertanya kepada yang pakar iatu Encik Google. So, dalam masa yang singkat saja dah jumpa kedai mana nak  beli mesin tebu. Campur tolak darab bahagi..saya belanja hampir 2k untuk beli mesin tebu tu!

banner bab300x250

Tak pela…apa ada hal.Untung nanti boleh cover la modal mesin tu. … ayat nak sedapkan hati bila duit 2k tu bertukar tangan.

Jadi bila dah dapat kenalah test power mesin tebu tu dulu. Tak boleh main terjah-terjah. Di rumah, ramai yang sukarela nak cuba. Ada yang nak kupas kulit tebu..Ada pula yang sukarela nak tengok dan minum air tebu saja..Eksperimen pertama menjadi!…Air tebu yang saya dan krew-krew mesinkan, rasanya sama macam air tebu orang lain! Manis-manis tebu…Nasib baik tak rasa durian..So mission accomplished.

Hari pertama puasa dugaan datang bertalu-talu. Van yang patutnya angkut mesin tebu tu ke pasar ramadan berpura-pura pengsan! Start enjin banyak kali pun tak nak hidup. Van kawan saya tu cuma batuk-batuk macam kena penyakit batuk kering. ..jawabnya nak kena hantar I.C.U la tu..Dah uzur dan patut pencen pun van tu sebenarnya..

Dalam keadaan begitu, otak tetap kena jalan. Stok tebu dah beli 10 ikat. Modal mesin tebu campur barang-barang niaga lain..gedebak gedebuk dah 3k lebih habis! Mana boleh mengalah macam tu aje..Alternatif lain-saya boleh beli van atau lori baru.Tapi dalam poket cuma tinggal duit syiling…

Akhirnya sebab masa pun dah tak ada, saya dan krew-krew terpaksa buka skrew mesin tebu dan pisahkan bahagian mesin dengan mejanya. Dua-dua komponen tu berat macam anak gajah..besi padu.Terpaksa disumbat dalam kereta saja. Sampai di pasar ramadan nanti pasang semula skrew dan mesin tebu. Banyak kerja tapi itu saja pilihan yang ada.

Masalah pertama selesai…Perniagaan berjalan lancar.. Pekerja sementara yang saya upah ditugaskan mengupas kulit tebu. Saya pula mesinkan tebu-tebu yang dikupas tu. Krew-krew lain membungkus air tebu dan melayan pelanggan. Semuanya berjalan baik. Pelanggan pun agak ramai.Walaupun di pasar ramadan tersebut terdapat 4 gerai air tebu(termasuk otai yang guna lori), gerai kami tetap menerima pelanggan. Sekejap saja 6 ikat tebu dimesin dan dapat dijual kepada pelanggan..

Tiba-tiba…..

(bersambung di Part 2…Ini bukan novel atau telenovela bersiri..cuma dah penat menaip..sambung lain kali la ye..hehe)

Jual Jus Tepi Jalan Di Bulan Ramadhan/ Untung Kecil-kecilan di Bulan Puasa

Tahun 2010,

Tarikh: tak ingat tapi awal ramadhan

Location: Tepi jalan utama, Taman Su*er* Kajang

Asalnya cuma ada satu gerai saja di sini..Abang Farid (orang utara) jual air tebu dan air kelapa.Kalau sebelum puasa dia dan isteri jual keropok dan pisang goreng panas.Hari pertama puasa gerainya diserbu pelanggan. Stok tebu yang bertimbun di belakang gerainya cepat saja habis dimesin. Berpeluh-peluh dia…penat woo mesin tebu ni. Saya tahu betapa penat dan siksanya memesin tebu. Keluar peluh jantan dan betina satu badan.

Bila tiba bulan puasa..Landskap tepi jalan ni turut berubah.Tiba-tiba wujud 4 lagi gerai di kiri dan kanan gerai abang Farid.Ada gerai roti John, kuih muih, murtabak dan gerai jus buah (Saya punya la tu!). Abang Farid tak kisah. Tak ada hasad dengki atau tunjuk muka masam apabila makin ramai berniaga di sebelahnya.

“Tak apa, lagi ramai lagi meriah.”

Kata-kata Abang Farid mengalu-alukan kehadiran kami.Lagipun kami semua bukannya orang asing atau alien di situ. Masing-masing menetap di kawasan tersebut. Sama seperti Abang Farid.Hari pertama puasa masing-masing sibuk melayan customer.Terutamanya di waktu puncak. Hanya sempat senyum gitu-gitu aje..tak sempat beramah mesra sesama sendiri.

2 jam berdiri sejak dari pukul 5pm tak terasa pun lenguh di kaki.Jam 6.45 petang, cikgu yang meniaga roti john dah pun kemas gerai.Kalaulah ini pertandingan jualan siapa yang paling pantas habis…’Cikgu roti john’ ni gondol pingat emas. Senyum cikgu yang gitu-gitu aje tadi dah berubah 360 degree..Dia dah senyum lebar cecah telinga!Rezeki dia murah betul hari tu..

Saya pula tak mungkin jadi pemenang kedua! Di sebelah saya Abang Farid lebih berhak dicalonkan pingat perak.Dia dan isteri sedang mengira hasil jualan. Tin biskut marie a.k.a bekas duit penuh dengan duit kertas.

Sungguh pun 2 balang jus buah dan air soya dah licin, masih ada balang jus buah yang belum habis. Ini standard…tak mungkin semuanya boleh habis jika setakat menjual di tepi jalan begini. Tetapi saya tak kisah pun..Saya ada srategi tertentu dan cuba bereksperimen dengan teori ciptaan sendiri.Risiko rugi adalah adat dalam perniagaan.Ibarat makan sambal belacan yang kurang rasa
belacan..semua itu harus ditelan!

Ketika 5 minit lagi azan berkumandang tanda waktu berbuka puasa..Barulah saya dapat melabuhkan punggung di kerusi. Van pekerja kilang berhampiran baru saja beredar. Di dalam van tersebut ada 9 orang pekerja kilang yang baru saja memborong jus buah di gerai saya…

Alhamdulillah…syukur atas rezeki-Nya!

banner bab300x250

Cukup Ke Untung RM30 Berniaga di Bazar Ramadhan?

Berniaga di bazar ramadhan, untungnya seperti biskut chipsmore. Hari ini boleh dapat untung tinggi, hari esok, lusa, minggu seterusnya mungkin anda terpaksa berbuka dengan biskut chipsmore itu saja..rugi dan untung tak seberapa.

Situasi berkenaan biasa terjadi kepada peniaga newbie. Keghairahan memikirkan untung besar membuatkan ramai yang terlupa risiko kerugian. Saya juga pernah dijangkiti sindrom seperti ini suatu masa dulu. Berniaga penat2,tapi makin penat bila hasil jualan bersih hanya dapat RM30!Rasa putus asa dan kecewa.Bayangkanlah, persediaan dan kerja-kerja semuanya telah dibuat dari awal pagi lagi.Nak cover modal pun tak lepas!

Tetapi sebagai peniaga newbie, kadangkala kita terlupa kelemahan diri sendiri. Apabila terlalu menaruh harapan, sangat sukar untuk kita terima kegagalan. Kalau boleh nak yang manis-manis saja. Sedangkan dalam bisnes, ada pasang surut dan turun naik keuntungan.

Jadi bersedialah terima kenyataan.