Tulis Tangan Kiri


4 Comments

Jus Roselle Homemade

roselle

Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya dan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, India dan Asia (termasuk Malaysia). merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.

 

 

Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga. Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek.

 
 

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

 
 

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

 
 

Kandungan vitamin C dan mineral esensial dipercayai mampu melawan radikal bebas yang mendorong kepada penyakit kanser selain kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang.

 

 

-Info di atas disalin daripada google-

 

Jus roselle ni saya pernah buat untuk minum sendiri. Bila rasa jus roselle homemade tersebut sedap dan terbaca ia banyak khasiat, saya cuba test market. Manalah tahu kan, jus roselle ni disukai ramai orang. Jadi dengan gigihnya saya mencari buah roselle di pasar, econsave dan pasar malam.Tapi buah roselle tu memang tak ada yang orang jual. Pasar borong Seri kembangan pun tak ada. Akhirnya saya jumpa buah roselle tu di pasaraya NSK.Nasib baik ada.Saya beli berkilo-kilo.

banner bab300x250

Cara membuat jus roselle mudah saja. Secara asasnya basuh- buang biji di dalam kelopak-kemudian rebus di dalam periuk besar. Oleh sebab saya ingin jual jus roselle tersebut di pasar tani maka gula tidak dicampurkan sekali sewaktu proses masak atau rebus. Setelah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk.Untuk dapatkan pati jus roselle yang pekat dan sukatannya cukup satu balang air standard pasar malam, saya gunakan berkilo-kilo buah roselle.Berapa kilo?….Saya ulang, berkilo-kilo.

Sambutan jualan  terhadap jus roselle di pasar tani bercampur-campur. Mana yang selalu atau pernah minum jus roselle akan beli tanpa ragu-ragu. Rasanya sedikit masam-masam manis. Senang cerita lebih kurang rasa air ribena. Ada yang tak pernah tau pun kewujudan buah roselle jadi setakat singgah untuk tengok keunikan buah roselle yang sengaja saya susun di depan balang sebagai display. Yang jeling-jeling sambil lalu-lalang sangat ramai. Ada yang ingat buah roselle itu sejenis sayur.

Rata-rata yang membeli dan minum jus roselle tersebut on the dot mengakui rasa jus roselle memang boleh tahan. Time panas-panas rasa nyaman je minum kat tekak tu.Walaupun jualan jus roselle tak mencapai sasaran (saya sasarkan jus roselle licin satu balang) tapi potensinya tetap ada. Jus roselle mempunyai penggemarnya tersendiri. Cuma ia akan ambil sedikit masa untuk orang ramai notice kesedapan jus roselle homemade.

Saya hampir-hampir  bercadang untuk membotolkan jus roselle homemade itu secara kecil-kecilan. Malah dah design pun sticker untuk jus yang bakal dibotolkan. Tapi takdir penentu segala. Bekalan buah roselle sangat susah dicari. Saya hanya sempat menyimpan stok buah roselle untuk 3 minggu. Maknanya dapat 3 kali atau 3 minggu saja sempat jual jus roselle homemade itu di pasar tani.

Pasaraya Nsk pun tak repeat order dah buah roselle tu. Maybe sebab tak laku(tak kanlah nak harapkan saya sorang saja yang beli buah roselle tu tiap-tiap minggu). Ada sekali tu sampai dah kecut-kecut. Jadi jodoh jus roselle bersama saya setakat itu saja. Saya move on dengan menjual air lain yang bekalan stoknya lebih mudah didapati. Hidup mesti terus, jual air biar sampai licin.


Leave a comment

Jus Delima Yang Gagal

Kata orang kalau nak beli buah banyak-banyak pergilah ke pasar Chow Kit. Boleh dapat harga murah-murah, harga borong kalau membeli di situ. So suatu hari tu aku terus ke pasar Chow Kit tanpa fikir panjang-panjang. Lama betul tak datang pasar basah paling top di Malaysia ni.Berpusing-pusing juga aku nak cari parking, nasib baik ada di celah-celah bangunan yang sempit, ada lot parking. Berbayar la tapinya kan.

Baru aku tau Pasar Chow Kit sekarang ni dah berubah. Ada lot kedai yang dipindahkan ke tempat lain. Pindah ke penempatan sementara atau selama-lamanya aku tak tau. Tujuan aku cuma nak beli buah. Beli buah delima sahaja. Nasib baik gerai buah masih tang tu jugak. So aku beli buah delima 5 biji. Saiz sederhana besar. Yang paling besar tak ada stok. Brader tu tak nak kasi diskaun pun. Tak apa.

Balik rumah aku mulakan kerja. Basuh buah delima tu dan keluarkan isi . Ada la teknik dia nak bagi isi buah delima tu bercerai elok dari kulit. Tak perlu guna kapak atau gergaji pun. Masalahnya tak manis pun buah delima tu. Brader yang jual tu cakap manis giler.Tapi yang ini masam sikit.

Then aku blend isi buah delima tu.Sekejap dah selesai.Tapi warna dia pelik sikit.Tak apa aku cuba minum.Bubuh ais dalam gelas, tuang pati delima tu tadi..tambah apa patut.Gulp….gulp..gulp…3 teguk je mampu aku minum.Sebab tak sedap.Masam, kelat semua ada. Sedap lagi minum ribena dari jus delima yang aku buat tu. So eksperimen  jus delima tersebut gagal. 4 biji buah delima yang ada lebih tu aku kupas dan makan begitu sahaja. Lagi enak dan berkhasiat.

Sampai sekarang aku masih gagal buat jus delima.

Klik sini untuk beli ebook jus air untuk berniaga di pasar ramadan 2015!