Tulis Tangan Kiri


1 Comment

Jual Jus Durian Belanda Homemade

Kalau dikira bab jual air, sebut apa jenis air yang belum pernah aku jual. Dari air biasa-biasa main bancuh gitu aje macam air bandung cincau, laici, oren sampai la ke jual air kelapa dan air tebu. Kerja senang main tuang pati atau kordial terus masuk balang.Tapi sales biasa-biasa je.

Bila dah mula jual jus, kerja senang-senang gitu aku tinggalkan. Kena susah payah la sikit nak blend buah dekat rumah lepas tu baru bawa niaga. Ada orang sarankan pada aku baik jual ice blended terus di pasar malam. Sama juga nak kena blend bagai. Tapi aku tak nak. Sebab kena beli generator. Mahal. Kena beli blender heavy duty lagi. Pun mahal juga. Sebenarnya aku lagi selesa berniaga ikut style sendiri. Kalau boleh guna blender murah, buat apa beli yang lagi mahal?Sales berniaga so far so good.

Sabtu lepas aku menerai jual jus yang belum pernah aku jual iaitu jus durian belanda. Aku nak uji taste pembeli sedap ke tak jus durian belanda homemade yang aku buat tu. Of course la aku dah test rasa sendiri sebelum jual. Dah minum masa blend kat rumah dan  jus durian belanda tu actually sedap! Memang best pekena minum jus durian belanda dalam keadaan cuaca yang panas dan kering begini. Patutla ramai yang beratur beli jus durian belanda ni di pasar malam. Cuma tak tau apa reaksi orang lain pada jus homemade terbaru dari aku ni.

Lokasi pasar malam tempat aku berniaga di kawasan luar bandar. Bukan pasar malam area lembah klang. Aku ni ibarat orang nomad bila berniaga pasar malam. Main redah mana-mana pasar malam yang aku nak. Aku jual 1 cup jus durian belanda tu RM2. Tak main singgit-singgit ni. Tak padan harga singgit tu dengan jus durian belanda yang katanya banyak khasiat. Tak percaya try google. Jus durian belanda homemade aku laris! Laku sangat-sangat dan tiada seorang pun yang komplen jus tu mahal. Yang paling penting tak ada yang komplen tak sedap, kurang durian ke, kurang belanda ke. Semuanya ok secukup rasa!

So moral of the story ( eh, sejak bila ada cerita moral dalam blog aku ni?), kalau rasa ada produk baru nak dipromosikan, jual saja. Jangan takut try and error. Jangan takut rugi. Berapa sen sangat la kerugian tu berbanding untung yang akan kau dapat kalau ia laris? Take a risk bro..

Klik sini kalau nak pandai buat 9 jus paling laku di pasar ramadhan & pasar malam!

Advertisements


1 Comment

Jual Roti, Pizza & Pau Homemade Pasar Malam

Pernah test makan roti homemade di pasar malam? Pernah makan pizza homemade pasar malam? Rugi la kalau tak pernah rasa. Dah la pizza dia sedap. Tak kedekut isi. Roti dan pau pulak gebu dan lembut semacam. Harga pun murah.Ye la…tiada cukai atau GST bagai.

Sebenarnya jual roti, pizza dan pau homemade pasar malam lebih bagus dan untung  berbanding berniaga pelbagai  jenis makanan lain. Selalunya cuma ada seorang jual roti, pizza & pau homemade atau paling ramai pun 2 orang. Kalau nasi ayam…nasi beriani….ayam goreng atau bihun sup ada dekat 4-5 orang sekali berniaga. Ramai.

Jadi penjual roti, pizza dan pau homemade senang-senang je tarik pelanggan. Kuasai pasaran pasar malam. Dia tak ada pesaing lain. Untung. Tapi kena buat sedap-sedap. Tak pandai boleh belajar. Tak semestinya perlu kursus bayar mahal-mahal untuk pandai buat bun, pizza & pau homemade tu. Kat sini pun boleh pandai kalau follow step by step. 

Ada sekali tu saya datang nak beli pau kacang merah kat sorang brader ni tapi dah habis. Baru pukul 7.50 pm tapi dia dah nak kemas barang.Inti kacang merah brader ni banyak. Melimpah ruah. Pau lembut dan gebu sangat. Itu yang selalu cepat habis. Lagi best kalau kita sendiri yang pergi  jual roti, pizza & pau homemade pasar malam.

So kalau tak pandai masak nasi ayam atau masakan lain tapi masih nak niaga pasar malam tak apa. Jual roti, pizza & pau homemade pun boleh untung. Boleh sold out!

 


Leave a comment

Air Tebu Dalam Botol

Lately makin banyak emel dan komen supplier tebu masuk dalam blog ni. Semuanya nak cari market dan buyers untuk bulan puasa nanti. Bagus la tu dan teruskan promosi servis tebu anda di sini. bukan kena bayar apa-apa pun. Cuma untuk makluman semua, saya tak jual air tebu. Dah lama dah.

Tapi saya ingin berkongsi, sebenarnya jual air tebu masih ada cara mudah. Tak semestinya perlu bawa mesin tebu yang berat setiap kali berniaga. Sekarang dah boleh jual air tebu dalam botol mineral. 500 ml dan 250 ml kalau tak silap. Saya baru jumpa seorang peniaga air tebu yang pasarkan air tebu dia di dalam botol mineral baru-baru ini. Bila minum, rasanya masih fresh dan sama seperti air tebu orang lain. Saya dah rasa. Air tebu itu perlu diletakkan di dalam bekas ais kiub untuk rasa yang segar. Tanpa pengawet.

Kekurangan menjual air tebu di dalam botol mineral ini tetap ada. Selalunya mereka tak ada banner, gambar, poster atau apa-apa tulisan yang mempromosikan air tebu dalam botol berkenaan. So macam mana orang nak tau di situ ada jual air tebu?  Orang tak perasan. Buat banner tak sampai RM50 saja bang. Buat banner besar lori treler pun tak apa. Jangan kedekut.

Klik sini untuk belajar buat  8 balang jus pasar malam.