Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Clever Girl

“ Abah!Bosan laaa…Jom main apa-apa nak?”  tiba-tiba Uqasha Senrose lompat atas badan Harris yang sedang sedap berbaring.Perut six pack Harris senak sekejap.Mata Harris yang hampir terpejam terus terbuka luas.

“Main apa?Qasha pergilah main games dalam Tab tu.Tak pun pergi tengok Disney Junior.Agaknya ada Sofia The First episode baru.”Harris cuba alih perhatian Qasha.

Dia tau Qasha sangat minat dengan Puteri Sofia dan kawan-kawannya. Pernah sempena harijadi, Qasha minta Harris hadiahkan gaun ungu dan mahkota sama sebijik apa yang dipakai oleh Sofia.Tapi sebagai bapa yang mencintai keamanan dunia,Harris belikan baju spiderman .

“Bosan!Bosan!Abah kena main dengan Qasha jugak.Tak kira!”  Qasha buat muncung panjang.Merajuk.

“Okla….kita main soal-soal.Siapa yang dapat jawab dia menang,orait?” Harris mengalah.Tapi Harris sedar dia sendiri memang handal dalam acara teka-teki,soal jawab,dam ular dan pantun 2 kerat dengan anaknya.

“Yeaah!Okeh…Abah soal Qasha dulu.” Qasha bersedia dalam posing menongkat dagu.

“Soalan matematik ya…5 tambah 4, jawapan dia berapa?”Harris uji Qasha dengan soalan matematik yang mudah.

“Sembilan!” jawab Qasha dengan 9 jari ditunjukkan betul-betul ke muka Harris.

“Clever girl!..Betul.Turn Qasha pulak.” Harris ready.Apa sangat lah soalan matematik budak darjah 1.Add math masa exam SPM pun dia boleh jawab sambil pejam mata.Untuk ambil feel, Harris pejamkan mata dan bayangkan dia sedang berjemur di pantai Maldives.

“10 darab 2…..”Qasha memulakan soalan.Harris senyum.Kacang is peanut je ni.

“10 darab 2 x 30000+0 x 99999 bahagi 6 – 123456789 darab lagi 52143 darab lagi…….”

Uqasha Seanrose terus bertanya soalan matematik tanpa henti sambil jejari runcingnya lincah menekan kalkulator .

Tak aci.Harris tidur betul-betul.

Advertisements


Leave a comment

Kerja Sekolah

“Kerja sekolah dah siap?” Tanya Harris pada Uqasha Seanrose yang sedang leka main masak-masak secara solo.Tangan kecilnya  cekap mengendalikan kitchen dan oven set mainan yang Harris beli di kedai RM2. Kali ini nampaknya menu Uqasha adalah  pizza dan donut imaginasi.Semalam dah masak burger ayam cheese tak nak cheese.

“Siap!Abah tau, Cikgu Rozi bagi kerja rumah banyak sangat…Lenguh tangan Qasha nak warna tau.”Jawab Uqasha lancar macam air mengalir.  Harris duduk di sebelah anak  perempuan tunggalnya  yang baru darjah 1.

“Eh, cepatnya Qasha buat?” Harris kagum dan hairan serentak.Biasanya Qasha bertungkus lumus dan tekun menyiapkan kerja sekolah sampai lupa nak mandi.

“Mestilah cepat, abah….Qasha kaler  satu muka surat je.Yang lain semua mama buat!”Uqasha jawab jujur  dan bersahaja sambil paksa Harris makan donut imaginasi yang overcook sampai habis.


3 Comments

Bayaran Tapak Bazar Ramadan 2016

Saya baru saja pergi ambil borang tapak bazar ramadan di Majlis Daerah beberapa hari lepas.Minggu depan hari Jumaat kena hantar semula borang tu.Selepas siap isi detail semua yang diminta. Untuk tapak bazar ramadan 10 x 10 , saya perlu bayar rm255.Lokasi bazar ramadan tersebut bukan berada di kawasan bandar yang terletak di luar bandar. Senang cerita, luar KL dan Selangor. Mahal atau murah?

Pada saya tak mahal pun.Kalau dicongak, ia ibarat kita bayar sewa tapak niaga bazar ramadan tersebut hanya RM8.50 sehari.Murah la tu kan?

Apa pun jika ingin dibandingkan dengan kawasan bandar, saya ambil contoh (Kajang) tahun 2015 bayaran tapak bazar ramadan boleh pergi hingga RM700.Tapi jika lokasi bazar tersebut hot, pejam mata bayar saja lah.Tahun ni belum tau lagi kena berapa.

Untuk yang first time nak berniaga jangan berkira sangat tentang bayaran tapak tu.200 hinggit ke 700 hinggit ke, sales sehari saja pun dah boleh cover bayaran tapak bazar ramadan tu.Insyaallah.

 

klik sini untuk belajar resipi air buah:-

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11533_59

 


Leave a comment

BORANG BAZAR RAMADAN 2016!

Ya, puasa lagi 2 bulan..Lebih kurang.Di putrajaya dah lama closed permohonan tapak bazar ramadan.Lain-lain tempat macam di Klang, ada yang baru buka dan nak edar borang tapak bazar ramadan.Dengor kabor di Klang pakai sistem undi…tapi tak bermakna hantar je borang confirm dapat berniaga.Tak tahu kenapa.

Mungkin nak limit peniaga banyak mana, senang nak pantau atau saja-saja nak menyusahkan orang nak cari rezeki di bulan ramadan.Prosedur dan syarat-syarat nak berniaga di bulan puasa di sesetengah tempat kadang-kadang terlalu ketat…dan pelik.Kalau syarat-syarat yang biasa tu aku faham. Maybe Pbt ni ingat sales sehari boleh dapat 1 juta RM.Atau peniaga bazar ramadan pakai kereta paling cikai BMW.

Jadi peniaga kecil begini lah nasib badan.Tak apa.Penuhkan dan turuti saja mereka.

 

banner bab300x250