Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Katakanlah kelengkapan atau peralatan untuk kita mula berniaga semua dah cukup. Motivasi dan semangat juang nak berbisnes pun di level tertinggi. Memang kita dah tak sabar-sabar nak mencuba menjadi usahawan kecil-kecilan.Jadi kita pun laju-laju pergi try minta tapak berniaga pasar malam di taman berhampiran. AJK pasar malam tu pula laju-laju je cakap tapak pasar malam semua penuh. Keciwa, betul?

Tapi kita tak putus harapan lagi,semangat kita masih kuat. Balik rumah online internet terjumpa pula iklan tapak berniaga di Karnival/ekspo dari sekecil-kecil ekspo sampailah ke segergasi karnival.Penganjur pula promosi dan janjikan pengunjung datang hingga ribu-ribu malah juta-juta orang.Wow!…kaya beb!Trafik tinggi gitu mau untung pun juta-juta
juga,kan…

Sanggup tak kita bayar tapak karnival tu dengan harga 3 angka dan selalunya cecah 4 angka sedangkan ini first try yang pertama kita dalam berniaga?

Kanopi yang baru beli pun belum pernah buka lagi. Elok je berbungkus dan tersandar di dinding atau stor rumah.Kalau berani,get ready to terima hakikat yang kemungkinan besar untung berniaga di situ nak cover modal pun tak lepas…Banyak sebab berniaga karnival/ekspo ni sebenarnya rugi.Tapi itu cerita lain.

Cara lebih selamat masih ada.

Khas untuk newbie dan bakal peniaga. Kita boleh cuba berniaga di karnival/hari sukan sekolah sekitar daerah.Yuran tapak biasanya tak mahal. Ada yang paling murah RM60 (luar bandar). Di bandar dalam RM100-150. Hari/karnival sukan sekolah di Malaysia ni selalunya dalam bulan mei-Jul (Sila cek website sekolah untuk tau lanjut).Maybe tahun depan lebih awal.Jadi start januari 2013, dah boleh reki bila event bakal diadakan.

Kelebihan berniaga di hari sukan sekolah ialah trafik pelajar dan penonton, dif-dif jemputan yang dahaga dan lapar adalah sangat tinggi.Peniaga pula tak terlalu ramai.Kadang-kadang cikgu dan pelajar pun ada yang buka gerai.Memang boleh buat duit.Bayangkan dalam satu sekolah berapa ramai pelajar. Semua wajib datang time sukan untuk meriahkan suasana.Pelajar berpeluh berlari menang medal, kita berpeluh tak menang tangan layan pembeli.

Sesetengah sekolah time hari/karnival sukan tak iklankan tapak berniaga pada peniaga luar.Maybe sebab polisi sekolah tu dah macam tu.Tapi bebudak yang menjerit-jerit sokong kawan-kawan mereka yang bertanding pasti sangat dahaga dan lapar.Setakat air sirap di sponsor oleh sekolah tak menggiurkan sangat. Last-last cari juga air lain. Pelajar pun teringin juga nak minum air soya masa cuaca panas-panas.

Jadi berniaga saja di luar pagar sekolah di mana pelajar-pelajar mudah nampak kedudukan gerai kita. Asalkan tak kacau lalu lintas dan ketenteraman awam, tiada sebab pengetua, guru besar, guru penolong kanan, cikgu-cikgi, pakcik jaga, tukang kebun atau  anggota Rela untuk halang kita berniaga. biasanya time sukan tu, guru-guru ni hatta cikgu disiplin yang paling garang misai melintang pun agak sporting. Melainkan guru tersebut memang sejak azali muka ketat memanjang dan sepupu sepapat kepada Adolf Hilter.

Belum tahu nak niaga apa di event hari sukan sekolah? klik sini.

Bateri Kereta Terpakai Untuk Niaga Pasar Malam

Mana nak beli bateri kereta seken/terpakai ni?

Bengkel kereta pun ada jual tapi mahal sikit. Mahal melampau pun ada kalau kita tak hati-hati dan pergi main beli saja di bengkel-bengkel yang kita tak kenal. Untuk lagi mudah, elok beli direct di kedai yang khusus menjual bateri kereta.Maknanya di kedai itu dia jual bateri sahaja. Tak ada jual spot rim, spare part atau belacan.

Di Kajang ada satu kedai bateri kereta terpakai yang reasonable. Kedai tu berhadapan dengan stesen minyak Esso (sekarang tengah renovate jadi Petron). Stesen minyak tu pulak sebelah KPJ Kajang Specialist Hospital…Kedai bateri tu kecil saja. Signboard bateri kereta Century boleh nampak atas kedai. Tokey kedai (cina) ni memang pengedar bateri jenama Century.Tapi bateri kereta terpakai lain-lain pun banyak. Bersusun-susun dalam kedai.

Harga  bateri terpakai paling latest (disember 2012) yang aku tau di kedai ini ialah RM60-RM70 tak kira apa brand sekali pun.Yang RM70 tu untuk bateri saiz besar. Dulu-dulu murah sikit sekitar RM50-RM60. Tokey kedai ni servis pun bagus. Kalau bateri kereta terpakai yang kita beli tu ada problem, power tak berapa nak ada ke….boleh return semula dan tukar yang lain tanpa banyak soal.

Preview Semi Final AFF Suzuki Cup 2012: Harimau Malaya vs Gajah Perang

Semua orang dah tahu Harimau Malaya bakal lawan Gajah Perang masa semi AFF Suzuki Cup nanti. Lawan Gajah Perang Thailand ni kita tak boleh samakan lawan dengan gajah-gajah di sarkas…atau di zoo.Gajah-gajah jinak mana reti main bola. Apakah team Malaysia dah ready nak beraksi garang?

Melihat kepada prestasi semasa team harimau malaya yang kena tapau dgn Singapura 0-3, menang bergaya 4-1 dengan Laos dan menyingkirkan indon 2-0, tak bermakna kita dah bangkit dan ready kalahkan team Siam. Masih ada ruang dan kelemahan yang ketara di beberapa posisi yang sempat aku snap menggunakan teknologi tinggi kamera AES.

Penjaga gol

Farizal Marlias adalah pilihan yang tepat untuk jaga gawang kali ini. Pestasi dia ok.  Apek terpaksa diketepikan dulu. Tugas Apek di bangku simpanan ketika ini hafal betul-betul nama Leuniey ya. Prektis banyak-banyak kali.Nanti tersasul masa akad nikah. Aku nak tulis nama tunang dia pun terpaksa refer google.Berbelit nak tulis,nak sebut apatah lagi.

 Pertahanan: Aidil, Mahali, Fadhli,Zubir

Aidil perlu lebih bertenang sikit. Nak tackle player pun agak-agak la. Aidil  main sedikit robust dan berbahaya. Boleh mendatangkan kecederaan pada pihak lawan dan diri sendiri.Kalau pihak lawan yang cedera kita suka, tapi kalau aidil yang injured siapa pemain simpanan yang mampu ganti tempat dia?

Mahali so far amat bagus. Nampak serasi dan ada persefahaman yang jitu dengan Wan Zack.Masa tengah menyerang,Mahali banyak support dan buka ruang.Dribble bola juga fantastik.Cuma bila dia selalu naik dan menyerang pertahanan kanan agak longgar.Satu counter attack yang pantas dari Thai di sebelah kanan Malaysia boleh mendatangkan bahaya.Solution-Mahali perlu turun balik laju-laju untuk cover tempat dia. So far dia memang laju!

Fadhli Sas beraksi di pertahanan tengah dengan steady.Goodjob! Zubir Azmi bermain bagus di kiri. Lebih baik berbanding Azmi Muslim sebenarnya.Cuma kurang buat larian solo bantu serangan.

Tengah

Safiq Rahim

Dah lama aku perhatikan. Hantaran pendek Safiq Rahim selalu tak tepat. Meliar je passing. Bila dah terlepas,slow pulak nak rampas balik bola.Hantaran cantik pada striker juga kurang.Safiq Rahim kegemaran dia main satu-dua…gaya EPL. Semua bola dia nak sentuh cuma sekali, pastu passing kat kawan-kawan. Patutnya dia sebagai playmaker kena cari dan buka ruang. Baru la main tu tak sempit dan padat. Safiq Rahim pada aku adalah pemain yang tau main bola tapi hanya ada satu skill sahaja yang dia ada iaitu freekick yang power.Tapi kalau langsung tak dapat freekick macam game dengan Indon tu, camne nak skor?

Shakir Shaari,Gary dan Amar Rohidan

Shakir Shaari adalah pemain yang sesuai untuk cover kelemahan bahagian tengah terutamanya kelemahan Safiq Rahim yang kerap terlepas bola lepas tu malas nak kejar semula. Hantaran ke striker dan winger juga kemas.Masalahnya dia injured.Maybe tak dapat main.Jadi yang tinggal cuma Gary Steven Robbat.Player defensive midfielder yang ada semangat main seperti harimau. Amar Rohidan jangan kasi main.Suruh dia bela kucing.

Wing kanan dan kiri

Wan Zack, Kunanlan, Alex

Harap Wan Zack tak injured dan boleh main.Kali ni dia menyinar. Selama ni aku tak nampak potensi sebenar dia masa main. Ada game yang dulu-dulu, asal dribble je gerenti tak lepas. Asal tak lepas je dia injured.So this time permainan Wan Zack lebih terpuji dan awesome.Mungkin dia dah dapat taufik dan hidayah dalam erti kata bolasepak sebenar.

Sama juga dengan Kunanlan.Dia begitu bertenaga di sayap kiri. Stamina pun power dan rajin bergotong royong menolong pertahanan ketika kita diserang.Tapi kalau dia pun injured, dengan berat hati aku izinkan Alex main.Sebab dah tak ada orang lain. Tak mungkin nak bagi posisi tu pada Fakri Saarani yang handal bermain bola sehingga ada club Portugal entah divisyen berapa terpikat. Pada aku Alex lebih sesuai main sebagai stiker seperti posisi asal di Pahang.

Striker: Safee Sali, Mat Yo, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani

Safee Sali dan Mat Yo akan main untuk Johor musim depan.Ini berita terkini.Tapi kali ni Safee Sali seolah-olah bukan lagi striker yang digeruni seperti satu ketika dahulu.Tiada lagi rembatan berbahaya, rembatan meliar yang paling banyak.Jarang-jarang nampak dia berjaya dribble pertahanan lawan.Jadi kena perbaiki tang ni.Kalau tak sia-sia Johor bayar gaji mahal-mahal musim depan.

Mat Yo masih boleh diharap.Larian pantas tepi line tu dah jadi trademark Mat Yo. Assist bola pada Safee Sali pun banyak. Cuma Safee Sali saja yang kurang menjadi.Teruskan bermain dan try rembat jauh pula.Mana tau gol.

Kalau Khyril Muhymeen fit aku prefer dia main ganti Safee Sali. Biar Safee Sali main simpanan dulu pun takpe. Nampak Khyril lebih yakin,sharp, tenang dan tajam cari ruang untuk jaringkan gol.Dia juga boleh kontrol bola dengan baik, movement menarik dan ada speeding yang diperlukan sebagai striker untuk menjahanamkan barisan pertahanan lawan.

Fakri Saarani jangan main langsung please….

Selamat bermain bola!