Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Hujan dan Berniaga

Berniaga pasar malam atau downtown atau uptown sekarang ni tak berapa ok.Hujan kerap turun, tak boleh dijangka cuaca akan kembali cerah dalam masa terdekat. Dah nak masuk musim monsun tengkujuh mungkin.Tapi tu la masalahnya berniaga di bawah langit terbuka tanpa bumbung seperti di pasar malam. Kanopi mungkin setakat mampu lindungi kita daripada basah terkena tempias hujan.Kastemer pula berlindung dalam rumah masing-masing.Tarik selimut. Pasar malam sunyi sepi sekejap.

Fasa mendung dan hujan sekarang ini memang boleh beri kesan pada jualan kita. Kawan saya yang berniaga nasi ayam madu pun terjejas sama. Banyak juga bungkusan nasi ayam yang tak habis.Dia sedekah pada kawan-kawan peniaga dan selebihnya let it go macam tu je pada jiran-jiran sebelah rumah.Mana boleh buang makanan macam tu je.Membazir.
Apa yang dia boleh buat adalah bertahan. Minggu depan berniaga kurangkan sedikit nasi ayam. Asal dapat cover modal dan untung sikit pun jadilah.

Jual air?

Tak payah tanya banyak. Slow tapi kena steady la brader.Bertahan brader-brader semua…Bertahan.


Leave a comment

selepas raya

Sekejap dah habis raya.Sekarang masa yang paling sesuai untuk teruskan jual air.Atau nak tunggu berniaga bulan puasa tahun depan?lambat lagi tu…Untuk yang nak masuk pasar malam, minggu ni dah patut survey mana ada tapak kosong.kalau ada, terus masuk saja.sebelum minggu depan dan seterusnya tapak tu penuh.dah tak ada peluang nak rambo.

Tapi sehari dua ni hujan la pulak kan..