Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Kerja Pejabat 2

” Handsome, hari ni u tau kan ada 2 orang budak praktikal lapor diri di department u? ” Awal pagi lagi Miss Jessica dah call aku. Walaupun dia boss tapi bila communicate dengan aku, mesti dia bahasakan diri aku ni ‘ handsome ‘. Aku tak marah dan langsung tak melarang. Mungkin dia terpesona dengan gaya rambut mohawk Cristiano Ronaldo aku ini. Sentiasa kemas dan rapi dengan gel yang pekat melekat.

” Of course la saya tau..Miss Jessica dah brief pada kami pasal diorang tu masa meeting minggu lepas,” aku jawab telefon tu sambil duduk atas meja dan kaki berjuntai ke bawah. Bila di posisi begitu aku rasa selesa dan terasa seperti ofis itu abah aku yang punya.

” So sebab u senior, i nak u ajar diorang tu everything…. Make them cepat catch up dengan kerja-kerja kita. I nak dalam 2 weeks budak-budak praktikal tu dah mahir dengan kerja dan boleh take over kerja u after that, boleh kan handsome? ” demand Miss Jessica panjang. Tapi dia memang boleh harapkan aku.

*************

Pagi tu aku menerima kedatangan 2 pelajar prempuan dari IPT awam untuk berpraktikal di sini dengan senyum lebar dan tangan terbuka. Selepas selesai sesi suai kenal lebih kurang dengan semua ofis mate yang ada di jabatan, aku mengarahkan mereka duduk tak jauh daripada kubikel aku. Ada 2 meja kosong yang lengkap dengan komputer untuk bekerja di situ. Borang dan kerja-kerja memasukkan data yang semalam disusun setinggi  Burj Khalifa di atas meja aku agihkan sama rata kepada 2 orang budak praktikal yang comel itu. Aku tak tolong dan cuma pantau mana yang patut.

Aku yakin dekat-dekat tengahari nanti, budak berdua ni akan pandai buat kerja dan boleh take over kerja aku seperti mana yang Miss Jessica harapkan. Paling penting meja aku akan kembali lapang seperti padang pasir yang tandus dan boleh goyang kaki 2 bulan. Seronok juga bila jadi mandur.

Advertisements


Leave a comment

Kerja Pejabat

Jari jemari runcing aku leka menari-nari di atas papan kekunci. Butang huruf konsonan, huruf vokal dan sesekali butang nombor aku tekan dengan lincah dan saksama.  Kerja-kerja memasukkan data ke dalam sistem komputer bukanlah satu kerja yang boleh diambil mudah. Tiada masa sesaat pun untuk aku berkhayal tentang hot ke tidak  Nur Jannah dalam drama Teduhan Kasih. Kena fokus lebih. Pengalaman sekali ambil terus lulus Ujian Menaip untuk pekerja gomen dengan kederasan paling rendah 35 p.s.m suatu ketika dulu aku jadikan inspirasi dan motivasi pagi. Ujian menaip tu aku lulus cemerlang dan laju. Sikit lagi kamera AES nak dapat tangkap speed menaip aku yang berdesup.

Menjelang sejam, tinggi borang yang belum siap semakin rendah. Hanya tinggal suku lagi kerja-kerja memasukkan data ini akan selesai sepenuhnya. Aku menghela nafas lega. Komited dan padu juga aku dalam buat kerja. Lepas ni aku boleh goyang kaki semula.Tiba-tiba telefon ofis berbunyi.

“Dah siap?” Tanya Ms. Jessica tanpa ucap hello di awal perbualan telefon. Amoi  Melaka ni la yang supervise aku. Amoi yang incharge department kitorang ni ofis dia berada di level 15 . Aras bos-bos besar setiap jabatan. Kerja-kerja yang banyak ni pun dia yang serah kat aku. Kata beliau benda ni nak urgent. Semua benda pun dia cakap urgent, sebenarnya.

“Almost done, Ms. Jessica…tinggal lagi suku je. Setengah jam lagi siap la.” jawab aku konfiden.

“Good!  Nanti i ask Rahim pick up mana yang dah siap tu. U tak perlu hantar sendiri… I tau, u mesti penat,kan..  ” suara Ms. Jessica terdengar lembut di corong telefon. Nasib baik, Aku pun tak kuasa nak pergi ke level 15 tu sangat. Receptionist yang seksi dan bergetah di situ selalu cuba menggoda aku. Setakat kenyit mata tu memang selalu. Ajak aku teman dia makan pun pernah. Masalahnya, dia pondan.

“Ok! Datang la nanti. …Tak ada hal.” Ayat terakhir aku sebelum gagang telefon diletak. Aku sambung kembali kerja yang tertangguh dengan menyanyi perlahan bait lagu suci dalam debu. Sampai ke bahagian korus aku terlupa lirik.

45 minit kemudian Rahim datang ke meja aku. Rahim ambil semua borang yang Miss Jessica mahu. Seketika itu aku terasa tenang dan lapang kerana meja aku kembali kosong seperti padang pasir yang tandus. Kerja sudah beres. Aku seperti mahu menyanyi lagu kosong,kosong Najwa Latif tapi lagu tu pun aku tak tahu lirik.

Kedamaian di hati aku diragut 3 saat kemudian apabila Rahim tersengih-sengih menyusun borang-borang baru di atas meja aku menyamai tinggi bangunan Burj Khalifa. Meja aku kembali padat dan sesak dengan borang-borang yang tak pandai-pandai memasukkan data-datanya sendiri ke dalam sistem. Lemah betul kehidupan sehelai borang.Terselit di celah borang paling atas nota ringkas bertulisan tangan Miss Jessica yang berbunyi “Urgent ya,handsome!”.


Leave a comment

Pekerja

Aku tekun menatap skrin monitor. Hari ni kerja bertimbun-timbun.  Ada beratus-ratus borang perlu dimasukkan data ke dalam sistem. Aku susun borang-borang setinggi KLCC tersebut di atas meja. Semuanya nak kena siap  seberapa segera yang boleh.Selaku kuli bawahan yang tidak boleh membantah arahan tegas dari pihak atasan, aku akur dan menurut perintah. Semuanya akan aku siapkan selepas aku selesai membaca  online gossip-gossip murahan artis, menengok status facebook entah apa kebenda kawan-kawan, usyar perkembangan saham wall street sikit-sikit, google sungguh-sungguh pasal reaktor berpandu nuklear Korea Utara dan selepas aku kenyang makan tengahari di restoran yang sedap. Aku tak mahu perut aku dijangkiti gastrik bila makan lambat sangat.


Leave a comment

Duit Berjuta

*******

Good Day

My name is Mr.Steven Wyer, A banker by Profession and Currently the Director of Finance, Auditing and Accounting Unit in my Bank, which i will reveal to you later for security reasons.

I got your name and address in my search for a reputable and reliable person to help me claim the sum of USD$15.6 MILLION UNITED STATES DOLLARS, Deposited in our bank by one of our customer who died with his wife and two children on the 21st day of April 2001 in car clash along Tema express road.

Since his death no one has come up as his next of kin and all our efforts to locate any member of his immediate family was to no avail that is why I decided to see if I can get anybody who has the same surname or last name with him via Internet preferably some one of the same nationality with him which I believe you have all the qualities we need.

Why i am contacting you is to present you to our bank as the next of Kin to the deceased customer. Also because you have the same surname/last name with him. So it will be more acceptable and wiser to present you through paper work to the Bank for claim of the total fund.

I will give you all the necessary requirements that the bank may request from you and follow up the transfer of the fund into your account as an Insider. It will interest you to know that I and my partners has been keeping the account dormant to enable our plans for the funds to come through and this is the time and we are happy to locate you for the perfection of the transfer of the Fund into your nominated Bank Account.

As soon as I get your positive response. I will update you about the mode of disbursement and we will also need to know about investing in your Country as a way of helping your people who are the original owners of this Fund

Looking forward to your urgent response by updating me with your direct Telephone and Fax number for easy communication.

Best Regards

*********

Dear Steven Wyer,

Kau ni penyamun tarbus internet…bukan siapa-siapa pun.

tq