Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Tips Beli Buah Harga Diskaun Di Pasar Malam

 

Kisah seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga di pasar malam:-

 

Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”
Peniaga : “RM7!”

Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”

Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”
Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”

Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”
Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”
Peniaga : “?Huh…


Leave a comment

Nasi Goreng Minang

Di warung kecil itu tak ada apa-apa yang istimewa pun. Lokasinya juga agak tersorok dan terkebelakang. Di depannya ada warung kecil lain yang turut menjual makanan.Berlapis-lapis dan  susah untuk dikesan hatta guna Google Map atau satelit sekali pun.Tak ada dalam peta. Apa lagi nak di trace guna kanta pembesar. Tapi warung kecil tersebut miliki auranya tersendiri. Banyak  jasa pada aku. Mungkin juga berjasa terhadap orang lain.

Makanan yang dijual di situ cuma nasi goreng, mee goreng dan apa saja yang boleh digoreng. Tak banyak pilihan.Uniknya setiap petang di warung kecil akan dikerumuni oleh pelanggan. Kena beratur dan tunggu giliran dengan sabar. Biasanya aku dan kawan-kawan akan tapau saja. Menu utama yang menjadi pilihan pastinya nasi goreng Minang.Itu yang spesel sepanjang zaman.

Dengan harga RM2, aku boleh beli full set ‘nasi goreng minang’. Ada telur dadar, daging dan sayur dalam nasi yang digoreng.Cukup puas hati.Bila makan konfirm kenyang sampai ke esok pagi.Nasinya banyak dan tinggi macam busut belakang rumah aku di kampung.Tapi biasanya aku tak mampu nak habiskan sorang-sorang. Aku kurus saja waktu itu. Jadi aku akan berkongsi dengan lelaki ‘Y’. Dia juga kurus seperti aku.Makan sorang separuh,bayar juga separuh-separuh..

Majoriti pelanggan tetap atau penggemar nasi goreng minang tegar ini adalah pelajar IPT yang tinggal di hostel berdekatan.Sebab itu pakcik nasi goreng minang dikerumun seperti seorang selebriti. Itu tandanya elaun dan duit pinjaman belum masuk.lelaki -lelaki IPT terakhir sedang kelaparan. Jika gerainya kosong, maknanya pelajar-pelajar IPT sedang berpesta makanan di tempat lain. Mungkin makan chicken chop atau KFC.

Oh ya..lokasi dan kedai nasi goreng minang itu di Kampung Baru, K.L. Tak jauh dari flat tinggi di kampung baru.Dekat saja dengan Warung perasan. Tapi itu cerita 10-11 tahun yang lepas. Hari ini tak pasti semua itu ada lagi atau tinggal kenangan.Apakah flat tinggi itu masih lagi tinggi seperti dulu?Apakah Warung Perasan terus perasan?.

Aku tak tahu…


Leave a comment

Pasar Malam…Jimat Berbelanja

Siapa tak pernah pergi pasar malam, angkat tangan kanan tinggi-tinggi! Ok…majoriti kita di Malaysia semuanya pernah pergi pasar malam, kan? Pasar Lambak, pekan sari  atau apa nama sekali pun yang kita panggil adalah benda yang sama.DNA tetap serupa.Fenomena baru sekarang ini, muncul  midnight-bazaar, downtown atau uptown. Itu juga bau-bau bacang pasar malam.. Di copy n paste. Konsep saja yang berubah dan dimodified secukup rasa.

Berbelanja di pasar malam menjadi pilihan orang ramai kerana harganya lebih murah. Bolehlah kita berjimat sikit…Makanan, pakaian,sayur-sayuran atau bahan mentah semuanya boleh kita beli di sini. Tak perlu pergi jauh-jauh ke pasaraya besar kecuali rumah anda memang di sebelah pasaraya tersebut. Produk di pasar malam biasanya masih segar dan hanya yang terbaik dari ladang saja dijual kepada orang ramai.

Tetapi kadang-kadang berbelanja di pasar malam di pasar malam hanya buat kita boros. Cuba perhatikan apa yang anda selalu beli di pasar malam. Katakanlah niat asal anda singgah di pasar malam cuma untuk beli sebungkus nasi ayam.Harganya baru rm3.50..Tiba-tiba hidung anda bau aroma wangi sate di gerai sebelah.Macam best je kan?..Dah tambah beli sate pula.

Itu belum lagi tergoda dengan murtabak, kebab, apam balik atau air cendol. Semuanya nampak menggiurkan dan sedap di mata anda. Semuanya anda nak beli..Penjaja pasar malam juga yang suka hati. Kalau anda bawa anak-anak kecil ke pasar malam lagi masalah. Pantang nampak belon,mesti suruh beli. kalau tak beli meraung-raung dan menjerit-jerit depan orang ramai. Belum lagi anak anda tengok macam-macam mainan yang ada. Ben 10, pistol n pedang mainan, keretapi, anak patung barbie atau Dora The Explorer.So, akhirnya kena keluar duit juga kan?

Tak apa lah, sekali-sekali beli mainan untuk anak…

Ok..dah cukup.Dah banyak yang anda beli hari itu.Anda pusing dan ingin balik rumah. Ternampak pula seorang apek promosi pisau 10 in 1..Potong apa saja dengan pantas. Sekali zasss saja ..tajam!Anda pun beli satu kerana mungkin berguna satu hari nanti.Lagipun apek tu cakap hari ni last day promosi kat situ . Siapa lambat beli tak dapat.Rugi!Rugi!

Bila dah balik dan buat post mortem, barulah teringat niat asal nak beli nasi ayam saja. Tapi dah melencong ke benda-benda lain.Terbang RM50 untuk belanja di pasar malam pada hari itu! Makanan banyak tak habis sebab dah kenyang.Pisau baru pula anda simpan di dalam laci bersama-sama pisau-pisau yang lain yang tak pernah digunakan.

Kalau nak jimat, ikut macam Azizi Ali dalam entry I Shop Only In Europe..Petua Jimat Berbelanja.


1 Comment

I Shop Only In Europe…Petua Jimat Berbelanja

Kalau nak jimat berbelanja masa shopping, pergi la ke negara- negara Eropah. Itu pesan Azizi Ali ya…bukan kenyataan ikhlas dari aku. Azizi Ali bolehla nak pergi shopping sampai luar negara, duit dia banyak. Aset pun berlambak-lambak.Tapi jauh giler nak pergi shopping sampai ke sana.Tiket kapal terbang saja dah berapa nak kena bayar.Bukannya boleh naik rakit atau berenang kupu-kupu untuk jejak kaki di negara Eropah tu.  So, macam mana lak boleh jimat?

Betull….Tak Tipu…Kata Azizi Ali la.

Semasa dia jadi pilot banyak negara Eropah yang dia pernah singgah. Kalau dah singgah tu mestila nak ber shopping kan? Tapi malangnya di Eropah,  tak ada benda sangat yang boleh  dibeli di situ.  Nak beli baju tak muat, saiz orang eropah besar-besar.Dia pula badan kecil molek saja…Nak makan nasi kerabu atau mengidam makan asam pedas, mana nak cari? Jadi  dia tak keluar duit pun untuk acara membeli belah ni. Just Window Shopping..

Itulah petua berjimat cermat cara bijak Azizi Ali. Sebenarnya point yang dia nak jelaskan adalah ‘berbelanja apabila perlu saja’. Barulah kita tak membazir duit bila shoping. Petua tu aku kutip dari bab ‘I Shop only In Europe’ di muka surat 66 dalam bukunya yang bertajuk Millionaire Chronicles. Buku dah lama tahun 2005 tapi petua tu ‘evergreen’. Pergi la cari kat kedai kalau nak baca. Tak rugi beli sebab Azizi Ali seorang penulis dan pakar kewangan  yang berpengalaman. Baca free kat dalam kedai pun tak pe..

 

 

Cara kita berbelanja pula bagaimana ya? Pendedahan eksklusif dari aku dalam post akan datang..Tunggu.


Leave a comment

Resepi Air Soya Basi

Usin dan saya bukanlah kawan rapat. Kami kenal pun sebab pernah bekerja di satu jabatan yang sama. Itu dulu punya cerita la. Satu hari ketika sedang berniaga di pasar malam (part time), Usin tiba-tiba muncul di depan gerai saya. Bersama-sama dua orang anak dan isterinya. Kami berborak sekejap. Rupa-rupanya dia juga kini turut menjadi usahawan kecil-kecilan seperti saya. Tapi  produk jualannya adalah kuih muih. Saya pula menjual air dalam balang. Macam-macam jenis air ada.Prinsip saya menjual air mudah.Asalkan modal kecil tapi untung Bombastik..saya rembat.Yang pastinya untung jualan sentiasa tinggi kerugian pula tahap minima. Continue reading


Leave a comment

Nasib Mangsa Renjatan Kabel Elektrik

Niat asalnya hanya ingin cari rezeki halal.Tapi malang tak boleh nak diduga. Ketika sedang mengait buah kelapa sawit pada 26 November 2011, renjatan kabel elektrik voltan tinggi mengubah nasib dan hidup pemuda malang itu. 50 % kulit badan Hairuman Miskon melecur teruk. Lebih malang ,  kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya terpaksa dipotong kerana tak boleh diselamatkan lagi.

Amy Search sempat melawat Hairuman pada 24 Jan 2011 yang lalu. Beliau turut menghiburkan pemuda itu apabila menyanyikan dua lagu berjudul Fantasia Bulan Madu dan Isabella. Sekurang-kurangnya Amy prihatin dan kesiankan peminatnya. Continue reading