Hilang

Tadi aku ada buat entry baru.Dekat setengah jam juga la menaip.Bila dah siap aku tekan publish.Tapi tak keluar pun.Post tu hilang.Ke aku salah tekan?

Dear new post yang tadi tu.

Aku harap kau muncul semula.Dalam draft pun tak ada.Penat la aku nak taip balik.Menjelmalah!

Ebook Jus Kedondong Asam Boi Dan Jus Durian Belanda 2015

Ebook Jus Kedondong Asam Boi dan Jus Durian Belanda kini sudah boleh dibeli.

Beli  ebook yang telah dikemaskini hingga Januari 2015 sekarang.  Harga diskaun adalah RM30 sahaja dan tawaran harga diskaun ini akan tamat bila-bila sahaja! Confirm punya akan naik harga!

Untuk beli ebook Jus kedondong asam boi dan jus durian belanda 2015, sila emel ke mizzan11@gmail.com untuk maklumat pembayaran selanjutnya.

Mengapa perlu jual 2 jenis jus di atas bulan puasa nanti? Baca entry saya sebelum-sebelum ni untuk tau. Sepanjang 2014-2015 saya dah menjual di banyak tempat dan 2 jus tersebut sentiasa sold out. Saya pasti ramadan 2015 nanti ia akan Booom dan laris!

Antara kandungan ebook tersebut adalah:

*Resepi jus kedondong asam boi (panduan step by step bergambar)

-berapa kilo kedondong, berapa paket asam boi digunakan untuk hasilkan jus yang sedap dan digilai ramai.Buat segelas jus kedondong asam boi memang mudah, tapi kalau satu balang pasar malam tu berapa sukatan perlu digunakan? 

-Di mana nak beli semua bahan resepi jus tu? Buah kedondong susah nak nak jumpa di pasaran.Tapi saya akan bagitau lubuk bekalan buah kedondong yang selalu beli. Anda start enjin kereta terus pergi ke tempat yang saya maksudkan itu dengan mudah.

-Tip dan petua hasilkan kedondong yang sedap..Terlepas baca bab ni anda akan tersalah buat jus kedondong asam boi.Jus yang anda jual akan jadi tak sedap, kelat gila dan bergetah! Siapa yang nak beli kalau jus tak sedap gitu? Baik minum air sirap.

-Peralatan..Untuk menjamin jus kedondong asam boi anda sedap, anda perlukan satu peralatan rahsia yang sangat penting dan Wajib ada. Peralatan tersebut murah saja, harga tak sampai RM5 pun.Hanya bakal pembeli ebook saja tau rahsia ini.

 

UPDATE 2016:Untuk beli ebook kedondong klik di bawah.

banner bab300x250  

Berniaga Di Pasar Tani Lagi Best Dari Pasar Malam

Ya betul.

Banyak sebenarnya kelebihan berniaga di pasar tani kalau nak dibuat perbandingan dengan pasar malam. Kalau diberi peluang oleh FAMA, anytime anywhere saya sanggup pergi berniaga pasar tani. Ceruk kampung atau sehulu mana pun pasar tani tu tak kisah (heh,…harap-harap orang FAMA baca blog ni dan bagi tapak kekal terus-amin). Sebab jual di pasar tani much more worth it. Masyuk.

Bayangkanlah di pasar tani putrajaya, berapa ramai yang jual air.Berbelas-belas balang.Tapi air special saya tetap habis. Pasar tani Putrajaya ni beza sikit dengan tempat lain. Kalau tempat lain pukul 4-5 pun orang dah ramai datang,Putrajaya bila dah nak malam, start senja masuk maghrib dan waktu selepas itu barulah orang ramai serbu.

2015 belum start menjelajah pasar tani lagi.Tak ada masa nak ke FAMA Shah Alam uruskan birokrasi mohon tapak. Minta tapak pasar tani promosi pun leceh sebenarnya ya tuan-tuan..(Ekceli benda yang mudah tapi disusah-susahkan). Belum tentu lagi kita datang jauh-jauh boleh dapat tapak pasar tani. Kena reject balik macam tu je la kau. Tapi feeling bila dah dapat tapak yang diminta tu happy tak terkata. Rasa macam baru lulus akad nikah depan kadi…Pheww!

Nantilah…bila ada masa lagi saya sambung.

Babai.

Jual jus macam ni, anyone?