Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Makwe Peniaga Air Pasar Malam

Petang semalam aku ke pasar malam Taman Impian Ehsan.First time aku datang ke situ.Pasar malam di sana  meriah dengan peniaga dan orang ramai.Tak heran la…Area taman perumahan yang padat dengan penduduk.Flat dan apartment pun banyak.Bangladesh pun ramai.

Cuma di pasar malam di sini ramai peniaga yang jual barang-barang dapur, sayur-sayuran, ayam,ikan dan daging.Baju bundle pun ada.Tapi tak ramai yang menjual makanan dan minuman.Mungkin salah satu sebab ialah petak berniaga makanan di pasar malam tersebut agak terhad.Tapi yang dapat berniaga makanan dan minuman di situ memang heaven.Tak menang tangan layan customer.

Bila dah pusing habis satu pasar malam,aku singgah di gerai air.Dahaga! Owner gerai air ni memang muka familiar berniaga di pasar malam.Pergi mana-mana saja mesti muka dia.Bukan setakat gerai air saja, gerai nasi ayam di sebelah pun owner tersebut yang punya.2 petak pasar malam sekaligus owner tu kongker.Kalau peniaga nasi ayam lain datang dengan kereta atau van, dia datang pasar malam dengan lori.Jangan main-main!

“Air jagung satu….kurang ais ye..Tak ada ais langsung pun takpe,” Order aku pada salah seorang pekerja.Makwe muda pakai tudung.Aku memang tak berapa gemar ais banyak-banyak.Nak order air jagung panas, konfem tak ada dalam menu.

Makwe muda bertudung itu mencebik.Makin tak lawa! Aku tahu dia buat muka gitu sebab dia malas nak cedok air baru.Kalau boleh dia nak bagi air yang dia dah siap cedok awal-awal atas balang air.Dah ready dan dia tak banyak kerja.Tapi aku tak nak.Aku nak yang kurang ais.Customer is King.Reti?


Leave a comment

Lelaki Dari Planet Lain

Aku duduk port biasa.Dunhill merah kotak besar dan lighter cricket aku keluarkan dari poket seluar.Takut renyuk kalau tak keluarkan.Aku letak atas meja dulu.Ketagih nikotin belum datang lagi.Lebih nikmat berasap lepas pekena breakfast.Lebih berinspirasi kata orang.Seorang mamak cepat-cepat datang ambil order.

“Minum?”soal mamak itu.

“Nescafe tarik”Jawab aku pendek.

“Minum neskopi tarik oney…ok..ok…makan?” tanya mamak itu lagi sambil geleng-geleng kepala.Trademark mamak senusantara.

“Roti kosong satu.Itu je…”order aku simple.

2 minit kemudian beliau datang kembali ke meja aku membawa order yang diminta.Tapi yang sampai ialah 1 cawan teh tarik gelas kecik,1 gelas air kosong dan  3 set roti bakar.Kemudian dia berlalu pergi dengan konfiden dan tanpa rasa bersalah.

Gagal la mamak sorang ni! Sah baru semalam datang dari Tamil Nadu.Tak faham cakap bahasa melayu KBSM!


Leave a comment

Borang Dan Lesen Pt 2

I’m lucky number one today! Orang lain yang nak berurusan di kaunter belum ada lagi.Petugas kaunter pun tak nampak muka lagi walaupun jam dah pukul 8.10 pagi.

” Ye encik, ada apa? ” Tanya gadis kaunter 4 yang muncul tiba-tiba.Macam penat berlari naik tangga.Harap-harap dia sempat punch kad tadi.

“Saya nak borang untuk apply lesen premis perniagaan.” tutur aku pendek.

“Ok…”jawab dia lagi pendek.

Satu borang dikeluarkan dan dia pun menanda sesuatu di ruangan checklist.

“Ok…Encik tulis maklumat perniagaan encik atas kertas ni.Saya nak keluarkan surat bomba dulu.”

Aku akur dan menurut perintah dia. Kemudian aku diminta duduk dan tunggu sebentar.Tak lama.Tak sampai pun 2 minit.Cepat macam masak meggi mee.Serius!

“Surat bomba ni encik bagi pejabat bomba seperti di alamat.Bila bomba dah cop,bawa semula ke pejabat ni.Bawa sekali borang lesen dan dokumen-dokumen yang dah complete…Itu saja.Terima kasih.” Kata wanita di kaunter tersebut.

Aku dengan birokrasi sememangnya boring dan tak ngam! Kejadah apa premis untuk dilesenkan di Kajang, tapi bila melibatkan hal ehwal bomba-bomba ni…Ianya di bawah zon pentadbiran bomba KL? Mengapa tak letak bawah kuasa bomba Gua Musang Kelantan? Lagi dekat, ye dok?


Leave a comment

Borang dan Lesen

Dah lama aku tak singgah ke bangunan Majlis. Kali akhir aku jejak kaki ke situ semasa aku pergi ke jabatan perlesenan untuk ambik borang. Tingkat berapa jabatan perlesenan ni aku tak ingat.Tapi di aras yang ada kaunter sama macam kaunter pejabat pos atau lain-lain.Orang ramai yang berurusan di situ tak ramai sangat.Kaunter pun ada 3-4..kalau tak silap la.

Tapi kadang-kadang sempat la janggut tu beruban menunggu giliran nombor dipanggil.Pernah ada sorang nyonya tu bertekak dengan staff yang jaga kaunter pasal reject lesen permohonan dia nak bela anjing bulldog.Isi borang tak lengkap,camne nak lulus?Merepek-repek nyonya tu membebel dekat kaunter hampir 45 minit la jugak…Sayang sungguh dia dengan anjing bulldog tu.

Birokrasi sememangnya boring dan tak ngam.Benda yang mudah tapi disusah-susahkan.Dalam web majlis perbandaran semua borang dah ada.Boleh download ikut suka hati.Itu sudah bagusss…Tapi borang tu setakat kita boleh tengok dalam web saja, nak submit nanti perlu jugak ambik borang asli di kaunter majlis.Tak boleh guna borang dalam web.Sebab itu percuma.Borang original kena bayar RM5.Faham?

Tapi sehari dua lagi aku perlu jejak kaki ke sana sekali lagi.Birokrasi or not aku kena hadap juga.Kali ni nak mohon lesen premis perniagaan pulak..Step pertama, kena ambik borang la dulu kan? Harap-harap nyonya yang aku cakap dulu dah gembira berkejar-kejaran dengan anjing bulldog dia di rumah.Frame kan sekali lesen anjing tu kat dinding.Jangan sibuk-sibuk datang opis majlis time aku ada urusan ni.Tolong ye,nyonya!


8 Comments

Cara Buat Teh Tarik Mamak Style

Minum teh tarik yang paling best in the world adalah di kedai-kedai mamak.Pekena teh tarik yang paling tak best sekali di seluruh alam semesta pulak adalah di kedai-kedai tomyam Siam.Try la order kat mana-mana kedai Siam…mesti dapat teh tarik yang cair, rasa susu terlebih dan tak sedap.Harga tetap sama.

Mahu buat teh tarik sama sedap macam teh tarik kedai mamak? Mahu minum teh tarik yang sama handal air tangan mamak?

Ambik resipi ni:-

Bahan-bahan:

  • Tapis teh (jenis kain) putih (sama macam yang mamak guna kat kedai)
  • Serbuk Teh Tarik Boh (Boleh juga guna lain brand atau sebarang serbuk teh )
  • Air panas (yang masih mendidih)
  • Susu pekat manis F & N/Cap Teko (jangan guna brand lain sebab tak umpph )
  •  2 Sudu teh
  • Garam
  • Gelas
  • cawan/teko (untuk tarik teh tinggi-tinggi)

CARA BANCUH:

Step awal:-

  1. Sediakan 1 gelas berisi air garam (tuang air panas + sedikit garam).
  2. Masukkan 1 sudu teh di dalam gelas air garam dan biarkan di situ untuk sementara.
Step 1:-
  1. Ambil 1 sudu serbuk teh (gunakan sudu teh lain) dan tuang ke dalam tapis teh (jenis kain).
  2. Rendamkan tapis dan serbuk teh tersebut ke dalam cawan selama 1 minit atau air telah menjadi hitam.
  3. Angkat tapis.
  4. Tuang 3-4 sudu susu ke dalam cawan.Gunakan sudu teh di dalam gelas air garam (refer step awal) untuk proses ini.
  5. Kacau rata (dengan gunakan sudu air garam di atas)
  6. Tarik tinggi-tinggi 2-3 kali (pastikan cawan/teko di bawah lebih besar supaya air tak tumpah)
  7. Siap.
Memasukkan garam ke dalam teh tarik adalah rahsia mengapa teh tarik kedai mamak lebih cempien dan sedap rasanya.Gabungan asimilisasi garam + susu+ teh itulah yang membuatkan ia sedap.Kalau anda selalu minum di kedai mamak, perhatikan tools pembuat teh tarik.Pasti ada 1 gelas air garam dan sudu yang dicelup ke dalam gelas tersebut.
Oooo..buat teh tarik tu kena buat dengan kasih sayang secukup rasa.Barulah menjadik!
So, anda boleh cuba sendiri di rumah…Prektis make perfek ok!
PS: Tarik teh tinggi-tinggi cecah atap, menari-nari samba atau buat aksi balik kuang (somersault) semasa membuat teh tarik tak menjaminkan teh tarik anda sedap.Itu semua kosmetik dan gula-gula untuk masuk TV.Mana ada mamak-mamak buat macam tu bila kastemer order teh tarik pagi-pagi ? Mana ada?
banner bab468x60