Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Jogging Bakar Kalori

Berapa kali korang jogging seminggu?

3 kali? 4 kali? 7 kali seminggu?…Bagus,bagus! Pandai korang jaga kesihatan.

Aku pulak setakat tahun  2012 ni baru 1 kali saja pergi jogging.Kira ok sikit statistik itu daripada tahun sebelumnya – zero,langung tak pernah! Walau berlari-lari anak sekali pun aku tak pernah buat.Lompat bintang?Jangan mimpi…Berbahagialah lemak-lemak terkumpul dalam body aku selama ni.

Kata orang aktiviti berjogging bagus sebab kita banyak keluar peluh. Kata aku pulak, setakat nak bagi keluar peluh mudah saja – duduk sejam dua dalam kereta masa cuaca panas terik, aircond jangan on…tingkap pun jangan bukak.Insyaallah, lagi menitis banyak peluh…sauna semulajadi berkuasa solar.

Port yang best untuk aku jogging adalah di Tasik Cempaka Bandar Baru Baru Bangi.Koordinatnya di belakang bangunan PKNS. Kat tasik ni juga port yang paling syahdu untuk kaum muda berpacaran, mengenal hati budi  dan belajar anatomy body pasangan masing-masing. Apa kes di khalayak ramai cenggini,si lelaki selamba baring atas peha gilfrend dia? Yang pompuan lak dengan girang merelakan peha gebus beliau jadi bantal dunlopilo? Nak manja-manja giteww, eh?

Trek jogging kat sini agak unik. Biasanya aku mula berlari slow n steady bermula dari trek sebelah padang bola.Dulu di padang bola ini cuma dijadikan tempat main bola (nama pun padang bola ) tapi sekarang dah digunakan dengan multipurporse.Dah ada aktiviti tunggang kuda (berbayar) untuk orang ramai.Mau jadi koboi?Silakan…

Di sebelah belakang gol pula sekumpulan pemain bolasepak bertaraf antarabangsa (vietnam + myanmar + Bangladesh + Nepal) bermain sepak bola…Dengan tidak memakai but dan ada juga yang berkemeja lengan panjang.See that?Bolasepak  menyatupadukan ummah. Tak siapa peduli jika kau cantik bergaya dengan jersi Chelsea original Uptown di sini. Selagi kau masih berpakaian.

Laluan trek jogging di situ dibuat mengelilingi kedua-dua tebing tasik. Ia agak panjang dan trek tersebut tidak membosankan. Kadang-kadang ada laluan mendaki dan turun. Jadi tidak la trek tersebut mendatar dan lurus saja. Amat mencabar untuk mereka yang berjogging setahun sekali seperti aku. Mau terjelir juga lidah bila sampai ke seberang sana iaitu di trek hujung dan kemudiannya patah balik. Biasanya aku mengelat, lari setakat di jambatan saja…tak sempat habiskan larian hingga ke pangkal jalan.Semput.

Efek abis jogging setahun sekali macam aku- lutut rasa nak tercabut,dahaga toksah cakap la.Betis, peha dan badan semua habis lenguh dan sakit-sakit.

Hmmm…aku perlukan terapi dan kesaktian cakar harimau seorang isteri.

Advertisements


10 Comments

Panduan Cari Tapak Pasar Tani : Berniaga Pasar Tani

Halangan utama dalam kamus seorang usahawan kecil-kecilan atau peniaga baru adalah  ketika mencari tapak berniaga. Biar menarik atau sesedap mana pun produk yang dijual tapi jika lokasi  tu tak cantik dan tak ramai orang, anda mungkin bungkus awal. Sebaliknya kalau bijak memilih tapak niaga yang meriah dan ramai pengunjung macam di pasar tani, anda boleh menari shuffle sambil kira duit hasil jualan.

Tapi bro, susah la nak masuk pasar tani nih… banyak prosedur dan birokrasi…leceh.

Ya…tak dapat dinafikan fatwa di atas. Boleh cuba try test call atau datang sendiri ke pejabat FAMA berdekatan. Aku yakin korang tak akan dapat berniaga di pasar tani serta merta. Maklumat di internet juga sangat terbatas. Tak ramai peniaga pasar tani atau blogger yang huraikan cara cari tapak di pasar tani.

Apasal hah? Maklumat sulit?Rahsia besar? Misteri X-Files?

Usah pening-pening fikir. Biar aku jadi sumber wikileaks  dan dedahkan pengalaman aku untuk korang…

Lokasi: Pasar Tani  FAMA Putrajaya ( Hari Jumaat)

Tarikh: 2011(date sebenar tak ingat)

Aku berjalan menuju ke khemah urusetia. Kaki melangkah selangkah demi selangkah penuh gaya seorang lelaki maskulin yang tulen.Jalan teratur dan sopan di khalayak umum itu penting, supaya  berbeza laku dengan jantan bukan ori. Jangan jalan kepit seperti lelaki auwww.

Daripada jauh pun dah boleh cam khemah urusetia pasar tani FAMA. Kedudukannya terpinggir sedikit daripada khemah para peniaga pasar tani yang berniaga di situ. Di tepi-tepi kali gitu..errk, senang cerita betul-betul di bawah kanopi kuning sebaris dengan tapak pasar tani promosi. Ada 2 buah meja yang dicantumkan menjadi kaunter urusetia atau pendaftaran. Di atas meja terhimpun borang-borang yang ditindih dengan buku resit dan 2 batang pen biru. Ada dakwat atau tidak pen biru tersebut, aku tak tahu…

Meja kaunter urusetia tersebut dijaga oleh 2 orang perempuan. Aku yakin 2 orang perempuan tersebut adalah urusetia pasar tani yang sahih, sebab pakaiannya lain macam sikit. Mereka pakai jaket yang tertulis besar-besar ‘FAMA’. Maksudnya AJK Pasar Tani FAMA ori la tu, kann? Menguatkan lagi hipotesis aku- 4 orang lelaki turut memakai jaket yang sama sedang rancak berborak dengan 2 orang wanita berkenaan.Tak mungkin mereka semua ni team kompang atau boria, betul?

“Assalamualaikum cik..Ini khemah urusetia pasar tani kan? Boleh tanya sikit? ” Sapa aku penuh islamik dan berbudi bahasa.

“Waalaikumusalam…” Jawab salah seorang urusetia wanita tersebut yang  agak cubby. Pendek dan perlahan saja suaranya macam pengantin baru dalam kelambu. Atau mungkin juga tak suka diganggu ketika sedang rancak berborak-borak dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan lain.

” Saya nak tanya sikit…Camne nak berniaga kat pasar tani nih?Kena isi borang apa, ya? ” soal aku.

Urusetia perempuan tu tergamam. Dia pandang aku  dengan muka hairan dari atas ke bawah. Rasanya zip seluar aku dah katup awal-awal kat rumah tadi. Tapi apa sebab dia tenung begitu. Aku silap soalan ke?

” Kalau nak berniaga kat pasar tani ni, prosedurnya camne cik? ” Aku ulang soalan semula supaya dia faham.

” Pergi pejabat Fama Shah Alam. Isi borang…kalau dah lulus nanti baru boleh berniaga kat sini. ” jawab dia acuh tak acuh. Langsung tak pandang muka aku yang hensem ni.

” Nak masuk berniaga kat tapak promosi pulak camne step dia? ” Aku yang masih tak puas hati dengan penjelasan separuh masak dia terus cuba bertanya. Sebab setakat jawapan macam tu, aku boleh call sendiri FAMA. Tak perlu aku buang masa walk-in tanya di kaunter urusetia pasar tani tersebut.

” Sama je…pergi tanya ofis FAMA laa..diorang boleh explain panjang lebar. ” Jawab dia lagi lalu terus sambung berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain.

Aku terus beredar dari situ sebab buang masa aku yang sangat berharga.Kalau tadi aku beratur beli KopieSatu lagi bagus daripada melayan orang yang tak layan kita.Got it?

Takpe, aku akan tanya di pasar tani tempat lain sampai dapat jawapan.Never say never…

BERSAMBUNG PART 2…


17 Comments

Jual Air Tebu:-Tip Bisnes Air Tebu

Suka minum air tebu?Aku agak mesti ramai yang suka benor minum air tebu terutama masa cuaca panas. Kalau pergi pasar malam, gerai air tebu biasanya tak banyak. Kadang-kadang cuma ada sorang dua penjual air tebu.

Pembeli setia pulak ramai.Penuh gerai dengan pelanggan. Sebab tu la peniaga air tebu tak tergugat dengan saingan maha dahsyat daripada penjual-penjual air biasa.

Kalau air tebu di pasar malam popular tahap dewa cenggitu, untung jual air tebu mestilah banyak, kan?

Kalau untung jual air tebu sangat-sangat lebat,mengapa pula tak ramai yang jual air tebu?

Tak seramai orang jual air soya?Ice blended?Air balang?

Untuk sesiapa yang bercadang-cadang nak niaga air tebu bulan puasa tahun ni, take note ya..hope this entry boleh la bagi guide kat korang.Biar aku tolong jelaskan okeh…

Mesin Air Tebu Mahal Gilos!

Mesin air tebu di Malaysia sangat mahal macam beli berlian dan intan permata. Rate harga mesin tebu lebih kurang 1.5k-2k..Harga sekarang tak pasti (Minta tolong dengan Google utk maklumat harga).

Dengan harga membunuh macam tu, tak hairan la ramai yang fikir banyak kali untuk beli mesin air tebu dan bergelar usahawan air tebu. Baik beli balang air kaca pasar malam tu banyak-banyak dan jual air biasa-biasa je kan?

banner bab728x90

Zero Knowledge Tentang Mesin Air tebu dan Keselamatan
Jangan ingat bila korang beli mesin air tebu, manual atau buku panduan tentang cara-cara guna mesin air tebu dengan betul disertakan sekali.Tarak okeh…Ini langsung tak sama dengan korang beli mesin basuh panasonic auto.
Jadi bila dah beli, kena berani try operate mesin tersebut.Tokey yang jual mesin air tebu tu pun kadang-kadang tak reti guna.”Saya jual mesin maa,bukan jual air tebu”..ayat biasa diorang.
Diwajibkan cuba berkali-berkali sebelum mula berniaga.Biasakan diri dengan mesin tu.Bila dah start niaga terutamanya di pasar ramadan, korang akan busy gilos sebab pelanggan ramai.
Tengah suasana kelam kabut tu, tiba-tiba la kann hampas tebu sangkut kat pemerah.Mesin tak jalan. Stop tiba-tiba..Hilang jari n boleh hancur tangan korang kalau main jolok macam tu saja.Safety kena jaga!Mesin air tebu memang agak bahaya untuk yang zero knowledge.
Transport Untuk Angkut Mesin Air Tebu
Cuma ada 3 kenderaan saja yang sesuai untuk angkut mesin tebu iaitu lori, van dan motor roda tiga. Mesin yang berat dan sebesar anak gajah begitu tak muat dalam bonet kereta.Memang tak sesuai.Nak angkat dan pikul sendiri?Boleh,boleh-kalau anda seorang Badang atau kuat macam Popeye.
Bekalan Tebu
Paling tak best dan susah ialah nak cari bekalan tebu.Setakat nak niaga sekejap-sekejap tak ada hal.Tapi untuk 1 bulan puasa memang bermasalah.Pembekal tebu biasanya dapatkan tebu dari ladang di Jelebu.
Mereka ni akan pajak ladang tebu tokey cina dan akan hantar bekalan tebu ikut order dari pelanggan.Kena order banyak sekaligus,berikat-ikat tebu. Barulah depa nak layan dan sanggup hantar tebu ke rumah kita.
Kalau tak, mereka akan bagi alasan lori rosak, tak ada pekerja nak potong tebu laaa..Harga tebu pun tak tetap.Sekejap saja murah,mahal memanjang time puasa. Tension jugak la.
Alteratif lain tak nak bagi kena main dengan drakula-drakula tebu ni, cari tebu di kawasan kampung.Murah sikit..Tapi kena potong tebu tu sendiri kalau tuan tebu busy.
Kupas Kulit Tebu Tak Semudah Kupas Kulit Bawang
Ya tuan-tuan…Kudrat anda sekuat seladang bunting?Jadi pasti tak ada masalah nak kupas kulit tebu semua tu.Setakat 15-20 ikat tebu nak kena kupas dalam cuaca terik,tekak kering sebab dahaga dan perut berbunyi sebab lapar berpuasa, apa ada hal, ye tak?
So itulah di antara masalah dan cabaran menjadi peniaga air tebu. Lain-lain masalah aku ada cite kat sini.
Kalau dapat lepas halangan ni semua, gerenti korang boleh untung besar penuh tamak haloba.heh..
Gud Luck!
 banner bab300x250