Tulis Tangan Kiri


1 Comment

Ais Kiub Banyak-Banyak Mana Nak Simpan?

pic google

Cooler Box (pic google)

Stok ais kiub boleh simpan di dalam bekas di atas.Cooler box atau  ice box ini paling sesuai digunakan jika nak berniaga air di pasar ramadan atau pun pasar malam.Itu pun kalau anda berhajat untuk menyimpan sendiri stok ais kiub. Kadang-kadang lori ais ni cover delivery banyak tempat. Semua tempat yang ada orang jual air brader lori tu sampai.Kemain besar tanggungjawab dan peranan brader ais dalam kehidupan kita. Jadi tak boleh bergantung sepenuhnya kepada abang-abang lori ais untuk deliver ais kiub bila time kritikal atau ais habis.

Cooler box ada saiz kecil, sedang dan paling besar. Jangan susah-susah cari jenama mahal macam ‘coleman’ tu.Gunakan cooler box pesen ni pun dah cukup bagus, tahan lasak..dan lebih murah. Harganya lebih kurang 100-120RM (saiz sederhana 50 liter). Atau pun anda beli sahaja yang saiz sedikit kecil (35 liter) daripada di atas, dengan harga RM80-90.(Tapi ini harga tahun lepas…tahun ni punya harga sila cek di kedai paling dekat dengan anda).

 Ais yang diletak di dalam box ini juga sangat lambat cair dan boleh tahan sehingga 5 jam.. Power, bukan?

banner bab300x250


Leave a comment

Umur Panjang

‘Tak sedap betul tekak bila hisap rokok daun ni…rasa pahit’ ujar seorang tua yang tiba-tiba muncul di sebelah aku. Di tangannya ada segulung rokok daun yang masih belum bernyala dan sekotak mancis.

‘Nah, ambil rokok Dunhill saya ni pakcik, tapi sebatang je la’ Offer aku yang cepat faham niat sebenar di hati pakcik tua itu sinonim dengan pantun glamer ‘ayam berkokok di atas batang, bak mai rokok sebatang’.

Aku hembus asap rokok bulat-bulat ke udara sambil hulur kotak rokok yang masih penuh berisi.Pakcik itu aku pandang sipi-sipi saja.Selalunya bukan setakat bentuk bulat yang mampu aku buat. Aku juga boleh pergi jauh dan berkebolehan mereka bentuk burung swan sedang mandi, kapal terbang pejuang bertempur di angkasa, anak platypus  bermain di tepi kali dan juga mermaid liar memakan kolagen.Semuanya guna teknik asap rokok. Gaya asap paling sempurna pernah aku buat adalah ‘rusa minum’.Teknik yang paling sukar itu memerlukan aku kosentret hembus asap ikut lubang hidung.Nafas perlu ditarik serentak selama 6 saat.Kalau lebih, rusa bertukar jadi hamster.Kalau terkurang sesaat pula, tanduk rusa tak akan menjadi. Itu teknik paling masterpiece. Aku malas tunjuk skill lebih-lebih. Bimbang pakcik tu iri hati.

‘Syukur pada Tuhan!…biasanya saya ada rokok, tapi pagi ni dah habis pulak,’ Ayat Pakcik tua kurus melidi cuba cover line.

‘Tadi doktor ambik darah saya..Nasib baik keputusan ujian darah semuanya ok..Tapi itu la, tak larat juga bila selalu kena ambik darah.’ Sembang pakcik tua itu membuka bicara. Di back handnya ada beberapa kesan lama dicucuk jarum. Di lengannya juga ada banyak kesan hitam tusukan jarum sampai ke paras siku.. Aku angguk-angguk tanda caring.Kesian!Pakcik ni aku syak doktor diagnosis dia sebagai suspek denggi.

‘Sekarang ubat dah macam-macam.Tak macam dulu.Makin moden, doktor makin pandai. Kalau ikutkan 6 tahun lepas doktor ramal saya ni dah mati!Tapi sekarang umur dah 67,saya steady lagi.Umur saya masih panjang….Saya tak pernah lupa makan ubat yang doktor bagi..Syukur pada Tuhan!’ Tutur pakcik tua makin panjang. Dia seperti termengah-mengah ketika bercakap.Di tepi bibirnya keluar sedikit air liur yang berbuih-buih kecil.

‘Pakcik sakit apa?’ tanya aku hairan.Puntung rokok yang sudah tinggal bara aku jentik laju-laju ke jalan besar.Sebuah lori simen yang bergerak laju melenyek-lenyek puntung rokok tanpa belas kasihan.Serta merta riwayat puntung rokok itu terpadam.

‘HIV AIDS!…Syukur pada Tuhan!’ kata pakcik itu perlahan-lahan.

Dia duduk mencangkung. Matanya yang cengkung merenung jauh. Mungkin terkenang kisah dan dosa lampau. Air liur di bibir yang makin kerap keluar tiap kali dia bercakap, dilap dengan sehelai sapu tangan. Sesekali dia batuk kuat-kuat.Batuk melengking.

Dan aku terus beredar pergi dari situ serta merta kerana baru teringat kuda padi di rumah belum dibelikan sarapan pagi lagi. Aku sempat perhatikan pakcik itu terus menerus ligat bersembang. Kali ini sorang-sorang!


Leave a comment

Bercakap Dengan Bangla 2

‘Abang, ini semalam tada sign..tada cop.’

Umar tunjuk pada ruang atas borang. Pagi ni Umar hantar akhbar lewat 15 minit .

‘Iye ke…semalam saya cuti. Saya kena cek dulu,sekejap.’

Aku perhati atas meja bulat.Sah!Ada 6 jenis suratkhabar semalam.Nst,the star, B.Harian,
Utusan,Kosmo dan metro.Semuanya akhbar mainstream.

‘Okay semua ada…apsal semalam u tak minta kawan saya sign?,’Tanya aku. Selalunya Umar ni laju betul bab sign menyain ni.Tak mungkin dia lupa.

‘Tak tau…saya pun cuti,semalam…Itu paper semalam Amir Khan hantar.’ jelas Umar merujuk pada rakan 1bangsa 1negaranya.

‘Owwh…cuti pergi mana?Jalan-jalan?’

Soal aku sambil renung mata Umar dalam-dalam.Umar kelip mata dulu.Dia kalah game lawan mata ini.Sama seperti gadis-gadis sunti yang tewas dan biasanya malu-malu bila bertentang mata aku yang redup dan sangat romantis.

‘Duduk rumah saja..rehat, masak,’Umar senyum nipis.

‘Laaa…boring betul life macam gitu..Pergilah melancong!’

Kempen cuti-cuti malaysia aku percuma.Paling tidak pun Umar patut pergi Jalan silang,kolompo. Situ ramai kawan-kawan 1asia berkumpul. Ada yang makan sireh.

‘Cuti 3 kali saja 1 bulan…lain hari kirja 12 jam..hari-hari itu macam. Tada masa la mau jalan-jalan abang….Letih.’

Umar bernada sayu sebelum berlalu pergi membawa hatinya yang lara dan tiba-tiba tacing. Hari ini hormon lelaki Umar pula tak begitu stabil.


Leave a comment

Cerita Tentang Air Tebu

Ramadan 2012…

Setelah bertahun-tahun berniaga air tebu tanpa pesaing, kali ini status quo Abang Farid selaku penjual air tebu otai sedikit tergugat. Muncul 3 orang belia yang penuh bersemangat membuka gerai air tebu tak jauh dari situ. Jarak 5 buah gerai saja.Tapi Abang Farid tak kisah.Malah dia sendiri yang ajar budak-budak tu tentang air tebu.Dari cara guna mesin sampailah ke demo kupas tebu. Semuanya Abang Farid tunjukkan dengan senang hati dan ikhlas. Tolong kawan-kawan…kata Abang Farid.

3-4 hari berniaga, air tebu belia bertiga tersebut cepat habis. Lambat datang memang tak merasa. Gerai Abang Farid pula sudah tak jual air tebu lagi.Mesin air tebu tiba-tiba rosak dan kos baiki terlalu tinggi.Jadi Abang Farid tukar strategi dengan tumpukan kepada air kelapa sebagai jualan utama. Rugi pada Abang Farid tapi untung memihak pada 3 belia itu walaupun baru pertama kali berniaga tahun ini.

Malangnya mereka bertiga pun tak dapat bergembira lama-lama. Seminggu kemudian, mereka juga terpaksa berhenti menjual air tebu. Stok tebu dah habis dan supplier malas nak hantar tebu kalau order tak banyak.Sebagai alternatif mereka menjual karipap dan kuih muih lain sampai habis puasa.Kool juga bila belia jual karipap, kan?

Jadi jika anda bercadang berniaga air tebu tahun ini, plan betul-betul.Masalah tak ada stok tebu bila tengah sedap berniaga ni  selalu sangat aku dengar. Yang tak terjejas cuma peniaga air tebu yang one man show. Dia lah penjual air tebu, dia juga yang tanam tebu.Kalau rasa susah nak dapat stok tebu, tahun ini jangan jual air tebu…Jual mercun bola, okayy.Habis cerita.

 


Leave a comment

Bercakap Dengan Bangla 1

‘Dah makan pagi?’ soal aku pada Umar.

Tiap-tiap pagi rutin Umar adalah hantar akhbar ke ofis aku.Kadang-kadang kawan senegara dia yang take over dan buat delivery.Sepanjang 6 tahun kerja, hari ini dalam sejarah aku bertanya dan prihatin tentang makan minum pemuda berasal dari Bangladesh itu.Maybe hormon aku tak begitu stabil.

‘Sudah..sudah..’jawab Umar pendek dan sedikit terpinga-pinga.Dia tegak berdiri di depan meja.Umar senyum sambil tunggu aku cop dan sign dokumen terima penghantaran.

‘Makan apa…tosai ke?’hormon prihatin aku makin meluap-luap.Makin banyak soal tanpa ada niat pun nak minta Umar belanja aku makanan kegemarannya.

‘Tada la bos…nasi juga..nasi campur kari..sindiri masak’ balas Umar tepat-tepat 10 patah perkataan.Itu pun dah boleh diiktiraf perbualan terpanjang dari Umar. Dia berjimat cermat mengeluarkan bicara.

‘Ooo.. bawa bekal la ye pagi-pagi.Tengahari nanti mesti makan kat kantin kan?’Teka aku dengan bijak. Mana lagi nak makan tengahari di sini kalau bukan di kantin, walau pun pusing-pusing lauk yang serupa.

‘Tengahari makan nasi kari juga…hari-hari sama’ jelas Umar lagi.

Umar ucap terima kasih dan beritahu aku, dia mahu hantar akhbar ke jabatan lain pula.Dengan gaya bos-bos besar aku benarkan dia pergi. Terlupa pula nak tanya dia paling gemar kari babas, alagapas atau pun adabi.Tak teringat langsung nak soal Umar mengapa bau kari selalu melekat kuat pada tangan lepas makan.Aku yakin Umar ada penjelasan yang saintifik dan analitik.

Hari ni aku tau Umar dan kari tak dapat dipisahkan.Esok aku akan tanya dia perkara lain pula.Mungkin tentang isu keamanan dunia seperti pesan tanpa jemu ratu cantik dunia atau kempen lestarikan bumi.Kalau isu tu Umar rasa berat dan tak boleh pergi sangat,aku akan tanya Umar siapa penyanyi kegemaran dia. Aku harap dia jawab Shila amzah patah seribu hatiku…