Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Derma

Lelaki berkulit gelap yang memakai kemeja putih kusam itu semakin dekat. Dia memakai ketayap dan kain pelikat hijau cap gajah berbaring meniarap. Langkahnya tidak seimbang kerana menggunakan tongkat. Sebelah kaki yang kudung terjuntai-juntai setiap kali dia melangkah.

” Mau apa?” Soal saya. Dia berdiri dengan satu kaki. Tongkat disandarkan pada meja.

Dia menunjukkan cawan plastik yang dipegang. Di dalam cawan berisi beberapa keping duit seringgit dan syiling. Dia sengih. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada mulut dia. Orang Myanmar mungkin.

” Ooo..derma tarak. Air mau? ” Tawar saya pada dia. Ikhlas. Mungkin dia haus. Beri air percuma juga saya satu derma. Tak semestinya perlu bagi duit. Saya rasa.

“Tak apa la abanggg. Air saya sudda minum. Nasi pun sudda ada, sudda kenyang. Saya mau duit.” dia menjawab sebelum beredar ke gerai sebelah. Sambung meminta-minta.

Dia selalu ke sini. Malah di mana-mana pasar malam pun muka dia ini familiar. Nanti selepas habis satu pusingan pasar malam dia meminta-minta, dia akan beredar. Atau biasanya akan ada pusingan kedua dan ketiga meminta derma sampai tutup pasar malam.

Selagi ada yang memberi, selagi itu dia dan profesionnya terus kekal hingga infiniti.

Advertisements


Leave a comment

Jurnal Pasar Tani part 2

22 Feb 2014, Sabtu- Kuala Lumpur

7.00 pagi

Adat berniaga di tempat baru dan serba asing, saya datang awal. Kanopi urusetia di sebelah peniaga anak-anak pokok. Tiada sesiapa di situ melainkan dacing penimbang di atas meja. Abang peniaga anak-anak pokok dengan ramah maklumkan pada saya incas yang jaga pasar tani tengah setup gerai dia sekejap. Tanpa lengah saya terus ke gerai yang dimaksudkan itu.

7.10 pagi

Surat kebenaran berniaga di tapak promosi telah berada di tangan abang urusetia. Tak ada masalah kata dia. Cuma tunggu dia dapatkan kanopi promosi yang kosong. 5 minit kemudian saya ditunjukkan gerai promosi yang bakal saya gunakan hari ini. Terima kasih brader! Cekap dan pantas berdesup buat kerja.

7.45 pagi

Okay semua dah setel. Meja dah dibuka, ais batu pun dah ada. So dah boleh mula berniaga ni! Sebelum itu ada peniaga yang tumpang letak barang jualan sebentar di gerai saya. Tikar getah upin ipin dan macam-macam jenis tikar trend terkini. Dia juga tunggu tapak promosi yang kosong untuk berniaga (Saya agak dia booking tapak gerai ni awal-awal lagi). Malangnya dia tak ada surat kebenaran berniaga dari fama. Jadi abang urusetia dengan profesional larang dia berniaga hari itu. Tapak promosi telah penuh.

8.30 pagi

Saya perasan juga perkara ini. Rata-rata pembeli atau yang saja-saja datang ke pasar tani ramai yang datang pada waktu sekarang sampai pukul 10.30 pagi nanti. Gerai jus saya hari ini diapit oleh gerai peniaga ikan di sebelah kiri. Di sebelah kanan seorang pakcik berniaga pelbagai jenis akar kayu. Angin agak kuat. Banner yang saya ikat di sebelah atas saja melayang-layang setiap kali angin bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa.

10.00 pagi

Customer ramai datang singgah dan membeli. Seperti biasa jus kedondong asam boi menjadi tumpuan. Sales 2 jenis jus lagi iaitu pink guava dan jus roselle pun boleh tahan. Lebih laju daripada berniaga di pasar tani minggu lepas. Betul kata orang, berniaga apa pun jika lokasi tak cantik memang susah nak dapat untung. Hari ini saya sedikit beruntung!

11.30 pagi

Pengunjung ke pasar tani makin kurang. Biasalah tu, hari makin panas. Sebab itu ramai yang membeli awal pagi seperti yang saya katakan sebelum ini. Cuma hari ini rasa jus roselle homemade saya tune sedikit lari dan kureng. Minggu lepas dah sedap nak mampus. Dengan masam manis yang cukup power. Dah rasa seakan-akan air ribena. Saya rasa saya tahu apa yang tak kena dan akan perbaiki minggu hadapan. Masalah kecil saja. Anak pakcik penjual akar kayu hulur botol mineral 1.5 liter yang kosong. Dia minta refill jus kedondong asam boi ke dalam botol mineral itu sampai penuh tapi harga tak nak penuh. Saya bagi diskaun murah-murah.

12.10 tgh

Balik rumah. Duit untung hari ini belum kira. Tapi ada banyak peningkatan. Bulan depan saya akan kembali berniaga di sini.

klik sini untuk beli ebook jus.


Leave a comment

Jurnal Pasar Tani Part 1

Sabtu 15 Feb 2014.

6.50 pagi..

Saya dah terpacak di pasar tani. Pagi masih gelap. Peniaga-peniaga pasar tani sibuk setup gerai masing-masing. Susun dan kemas barang jualan cantik-cantik atas meja. Kebanyakan yang berniaga di sini peniaga lama pasar tani. Muka-muka otai sedang mencari rezeki.

7.10 pagi..

Kaki dah mula lenguh berdiri. Penat sebenarnya menanti orang macam tu. Buang masa satu hal. Tapi terpaksa. Kalau saya tak tunggu, tiada harapan untuk berniaga pagi ini. Hari dah terang sikit. Rata-rata peniaga pasar tani dah ready untuk berbisnes. Saya? jangankan tapak niaga, kanopi pun belum ada.

7.15 pagi..

Tak boleh jadi. Saya pusing dan tawaf 3 kali kawasan pasar tani. Manalah tau abang urusetia duduk melepak atau menyelit di gerai orang lain. Mungkin dia pergi beli nasi lemak dulu kot. Sebab tu agaknya dari awal-awal saya datang tadi di kanopi urusetia yang ada di situ cuma meja dan kerusi. Berniaga di sini perlu melalui abang urusetia.Tapi di mana dia?

7.30 pagi..

Pengunjung pasar tani mulai datang. Apa yang saya nampak, tapak-tapak niaga di sini dah mulai penuh. Saya tak tahu di mana saya akan diletakkan untuk berniaga. Hujung sana pun pack. Sebelah sini juga sama. Eh..eh..Abang urusetia rupanya baru datang. Atau saya yang terlebih awal.

7.40 pagi..

Abang urusetia minta saya tunggu sebentar. Dia akan uruskan sekejap lagi. Uruskan tapak saya dan lagi 5 orang yang masih belum ada tapak berniaga. Kata abang urusetia kanopi tak cukup. Tapak pun dah full.Tapi dia akan cuba adjustkan. ” Meniaga rambo, gini lah..tiap-tiap minggu kena tunggu ” Abang apam balik di sebelah saya berbisik. Kami perlu terus menunggu..dan menunggu.

7.50 pagi..

Saya berborak dengan abang apam balik. Banyak benda yang dibualkan dalam masa yang makin terbuang itu.Tentang masalah merambo tapak pasar malam tapi peniaga indon sudah take over tapak. Bila ditanya tapak yang kosong di sebelah, mesti mereka jawab dah ada orang. Sebenarnya tapak itu telah di reserve kan awal-awal untuk sedara mara indon berniaga. Abang apam balik juga menyuruh saya membeli sebuah van untuk memudahkan berniaga bila saya maklumkan datang ke sini dengan kereta. Beli van terpakai pun jadilah.Tapi beli van terpakai juga menggunakan duit yang banyak. Kalau abang apam balik hulur barang seketul dua duit RM50 atau seratus pada saya, mungkin saya boleh mula menyimpan untuk membeli van.Tapi in your dreams lah.

8.00 pagi..

Abang apam balik sudah dapat tapak. Yang lain-lain juga sudah boleh susun barang niaga. Tinggal saya, peniaga penghalau serangga, kuih bakar dan penjual itik panggang. Kata abang urusetia dah tak boleh selit di tapak utama lagi.Sudah terlalu penuh. hari ini semua peniaga pasar tani datang berniaga. Pilihan terakhir, kami diletakkan di barisan baru. Di barisan belakang yang tidak strategik dan bukan laluan utama pengunjung pasar tani. Di depan gerai kami pula disempitkan pula dengan motorsikal yang parking di situ.Berniaga tetap diteruskan.Terpaksa.

8.05 pagi

Meja baru dibuka. Tinggal lagi meletak balang air serta menyusun apa yang patut.Tinggal lagi mengangkut barang-barang dari dalam bonet kereta.Tiba-tiba sekumpulan orang yang berpakaian kemas mengekori VIP muncul di gerai itik panggang. Di sebelah gerai saya. VIP yang berpangkat timbalan menteri (saya teka) bertanya itu ini pada peniaga itik panggang.VIP tersebut hanya lalu di depan meja gerai saya tanpa singgah. Belum siap lagi,belum boleh bagi VIP rasa jus-jus yang saya promosi dan jual.Tapi salah seorang escort VIP sempat menghadiahkan saguhati pada setiap gerai dan pada saya juga. Suratkhabar percuma!Bagus juga.. walaupun selalunya saya hanya baca akhbar itu di bahagian sukan sahaja. Abang urusetia turut tersengih-sengih mengiringi VIP dari satu gerai ke satu gerai. Jangan lupa selfie nanti dengan VIP!

10.00 pagi

Peniaga di gerai sebelah kiri saya sudah berkemas. Sales amat slowww hari ini berbanding biasa. Mood dah hilang untuk terus berniaga sampai tengahari. Untuk cover duit tapak pun belum lepas. Kata mereka. Saya tetap bertahan walaupun nasib lebih kurang serupa. Slow.

12.00 tgh

Secara rasminya pasar tani untuk hari ni dah tamat. Dah ramai yang mengemas dan licin jualan. Brader jual air balang banyak-banyak di barisan tengah tengah kira duit. Semua air dia jual dah habis. Musim kemarau bukan takat emapangan je kering.Manusia pun kering kontang dan cepat dahaga.Tapi brader ni lain macam sikit peel dia. Pagi tadi saya minta nombor driver lori ais pada brader ni. Dia bagi la nombor tu.

Tapi bila cakap saya jual jus, muka dia berubah. Muka ketat. Saya tak jual air yang sama macam brader la..Jangan takut. Rezeki masing-masing. Hari ini sales saya setakat balik modal walaupun feedback dari kastemer yang datang beli jus, semua kata ok dan sedap. Repeat buyers pun ada. Peniaga-peniaga di situ jugak. Air atau jus eksperimen 2014 saya ini memang boleh jual dan ada market. Bad luck saya hari ini adalah lokasi tapak promosi yang tak kena.  Laluan mati. Tak mengapa, ada beberapa tapak pasar tani lagi area selangor dan kl yang saya akan masuk. Dah dapat tapak pun. Minggu depan saya story lagi.

klik sini jika nak berniaga jus balang besar.


Leave a comment

Berniaga di Pasar Tani

Esok saya akan berniaga di pasar tani. Jual air macam selalu. Yang specialnya air atau jus  ini belum ramai yang berani jual. Market tu ada.Tapi tak ada yang nak mencuba. Maybe takut rugi bila orang tak beli. Sebetulnya minggu ini saya akan berada di 3 tapak pasar tani yang berbeza. Buat promosi sampai lebam! Minggu depan dan seterusnya saya dah rangka jadual road show promosi di lain-lain pasar tani pula. Itu pun kalau dapat tapak.Kalau ada rezeki.

Saya akan menulis dan kongsi bagaimana cara untuk dapat tapak pasar tani secara tersusun. Mengikut kronologi dan prosedur. Susah sebenarnya mintak tapak pasar tani ni bila tak kena cara. Saya akan tulis nanti.Bila tu belum tau.Tunggu saya free sikit hari lagi.


Leave a comment

Offer Tapak Pasar Ramadan 2014 Tapi Puasa Lambat lagi

” Puasa nanti masuk Pasar Ramadan abang la, sini meriah,”

Brader penganjur pasar ramadan yang ligat bekerja itu buat tawaran pada aku. Baru bulan January 2014 tapi dia dah sembang event Jun-Julai 2014. Ada 5 bulan lebih lagi. Jauh betul pandangan brader ni.

” Tengok dulu la bang… PARAM kat sini jauh dari rumah saya.Tak larat nak handle nanti.” balas saya. Kalau ada robot atau klon lain cerita. Boleh suruh klon diri sendiri itu jaga gerai di mana-mana pasar ramadan serentak.

” Apa kau takut…orang datang sini punyalah ramai. Tapak nanti abang boleh bagi punya. ” Bukan la bagi free gitu saja. Bayar tapak tetap harga sama. Cuma brader ni boleh adjust and reserve awal-awal tapak yang hot sikit bila nak berniaga nanti. Dapat sebelah kambing bakar pun best. Bau wangi asap kambing bakar menusuk sampai berbuka.

” Hmmm…nanti kalau saya nak saya cari abang. Sekarang belum terfikir pun “

Saya terus balik rumah. Brader tu teruskan kerja dia. Puasa kan lambat lagi.

Klik sini kalau nak niaga jus yang sedap-sedap bulan puasa nanti. 


Leave a comment

Air Kelapa Laut Pasar Malam

Masa mula-mula saya terjun ke dunia berniaga air ada juga bercadang nak niaga air kelapa laut. Sebab salah satu syarat penganjur event masa tu berniaga boleh tapi mesti jual menu berbeza dari peniaga lain. Kalau dah ada sorang jual nasi lemak, orang lain tak boleh masuk. Kalau kakak tu jual bihun sup utara, jangan harap boleh jual bihun sup Kedah. Jual ice blended pun gitu. Cuma 2 gerai saja dibenarkan jual air jenis kisar-kisar dengan ais tu.

Peniaga air balang pula di offer untuk  4-5 tapak saja. Tapi tak boleh jual air yang sama. Dalam banyak-banyak jenis air masa tu air kelapa laut masih baru di pasaran. Tak ramai yang jual di sekitar pasar malam. Jadi saya dapt grab 1 tapak sebab saya cakap dengan penganjur nak jual air tebu, soya, 1 jenis air balang cukup korum dan air kelapa laut. Lega la jugak bila dah ada tapak niaga.

banner bab300x250

Masalahnya datang sebelum hari berniaga lagi. Punya la susah nak dapatkan stok kelapa laut tu. Merata-rata tempat saya cari.Tapi tak ada. Last-last cancel jual air kelapa laut. Ganti dengan air biasa-biasa saja. Air apa-apa ntah. Nasib baik penganjur terima juga saya berniaga .

Sales masa tu tak meletup sangat. Even kalau saya jual air kelapa laut sekalipun untung tak banyak mana. Event tak ramai orang datang. Bolehla…itupun bergantung pada sales air soya. Air tebu slow. Sales air-air balang cukupkan korum pun perlahan. Jual jus seperti dalam ebook ini juga yang best!


Leave a comment

Penjual Air Tebu Makin Pupus

Kalau perasan, bilangan penjual air tebu dah makin kurang.Tak ramai yang jual air tebu di pasar malam, tepi jalan atau pun pasar tani. Kadang-kadang nak jumpa satu gerai air tebu pun susah. Cuaca panas terik macam sekarang ni mesti laku kalau jual air tebu. Tapi dah susah nak jumpa. Peniaga air tebu makin pupus. Atau mungkin mereka simpan elok-elok mesin tebu dalam stor. Tunggu bulan puasa. Baru bisnes rancak.

Setakat ni di Kajang dan bangi yang konsisten jual air tebu warga indonesia laki bini. Pergi pasar malam sini muka dia, pergi pasar malam situ pun muka dia lagi. Pergi pasar kajang beli ikan pun dia steady terpacak kat sana dengan motor roda tiga. Gigih dan kuat cari rejeki. Bagus.

Jadi untuk yang baru nak test market pasar malam, tunda dulu kalau cadang nak jual air tebu. Susah sebenarnya jual air tebu ni. Sebab tu peniaga air tebu tempatan sorang-sorang berhenti niaga. Minum air tebu yang dah ready tu kerja senang. Yang rumit proses kerja untuk siapkan air tebu. Senang lagi buat dan jual ice blended. Atau air balang. Jangan buat kerja susah-susah. Nak resipi air balang klik sini.