Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Katering Air Balang

 

IMG-20160803-WA0073

20160803_112223-120160803_112259-120160803_14541620160803_112357

 

Puasa pun belum, dah nak sembang pasal hari raya?

Tapi ni story last year.Throwback Jamuan Aidilifitri 2016..Elok saja bazar ramadan berakhir, trend jamuan hari raya di opis-opis pula.Jadi Air balang JuicyLicious pun tak duduk diam.Kami bersama-sama memeriahkan majlis jamuan sempena aidilifitri di Putrajaya.

Menu air buah yang direquest adalah jus durian belanda,tembikai dan mango.Pilihan yang bijak untuk sejukkan tekak dengan jus buah yang 100% pure.

Well…seperti dijangka air rare iaitu jus durian belanda habis dulu!

Nak booking katering air balang JuicyLicious awal-awal untuk jamuan korang lepas raya nanti boleh whatsapp or pm tepi.

Atau kalau nak belajar buat resipi air balang sepower abang pun boleh, klik laju-laju link di bawah.

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php…


Leave a comment

Apabila Badai Bertemu Awan.

Exif_JPEG_420

Angin bayu waktu sepoi-sepoi bahasa membelai pipi memang sedap dan mengasyikkan.Kalau kau berambut rebonding, boleh nampak rambut kau terbuai-buai beralun.Macam iklan syampu.

Tapi apabila badai bertemu awan hujan dan bertiup dengan kuasa penuh,silap-silap semuanya akan terbang dan binasa.Macam kanopi ini.

Kuat mana kanopi tersebut dipasak,diikat atau disokong ia tetap rebah dilanda angin.Just like that..Jadi kain kanopi yang dah koyak rabak kena tolak tepi.Total lost.

Tapi besi dan tiang kanopi yang belum patah riuk masih ada gunanya.Dismantle mana yang boleh diselamatkan dan simpan untuk hari akan datang.(Atau kalau kau biarkan macam tu saja,tak sampai 5 minit bangla besi buruk akan kutip).

 

At least bila badai mengganas lagi,back up besi dan tiang kanopi dah ready dan bisnes air balang anda tidak tergendala.Tak semestinya kena beli kanopi tiap kali rosak.Tak sempat kot nak berkejar ke kedai hardware lagi bila anda sedang sedap berniaga di bazar ramadan tu.

Oh ya!

Kalau takut dilanda angin,jangan berniaga air balang! Kikiki..

 

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11533_59

 


Leave a comment

Bisnes Air Kopi RM5 Di Bulan Ramadan

IMG-20160905-WA0000

Cuba kau buka mata luas-luas, ada berapa kanopi atau stall kopi hipster tepi jalan yang masih dibuka hingga sekarang?

Kalau dulu satu kawasan kejiranan yang sekangkang semut pun akan ada 3 stall kopi tepi jalan. Atau lagi hebat sampai 5 stall selang 50 meter. Tiba-tiba bisnes begini jadi trend dan tular.Semua orang mahu bergelar usahawan kopi ais.

Sekarang trend tersebut hampir mati. Setuju?

Sebab itu ada pembeli Ebook Bisnes Air Balang terdiri daripada ex-usahawan kopi ais. Apabila perniagaan kopi jalanan mulai merosot,akhirnya mereka terpaksa beralih kepada bisnes air balang.Mana yang masih kental saja akan terus bertahan.

Boleh tak modified atau gabungkan bisnes air kopi kepada air balang?

Sudah tentu boleh!Daripada kau tak tahu nak buat apa dengan stok serbuk kopi yang masih tinggi bukit dalam stor ada baiknya digunakan.

 

 

 

Beli balang air 2-3 unit. Jangan kedekut sangat nak keluar modal beli balang air yang tak sampai 500 hinggit tu.(Korang spend 1-5K untuk beli peralatan dan modal bisnes air kopi lagi banyak, ye dak?).

Kemudian bancuhlah dalam balang green tea,kopi,coklat dan segala bagai perisa kopi korang tu.Packaging pula terpulang nak bungkus ikat mati, tepi atau gunakan packaging ala bisnes air kopi dulu.Sekurang-kurangnya stokdan packaging air kopi tersebut akan habis separuh bila ramadan berakhir.

Mungkin tak semua air kopi (dalam balang) akan laku kalau korang masih jual RM5 sebungkus. Kaji balik harga tu sesuai ke tidak.Ikut harga market air balang.Dan untuk hasil yang lebih hebat,gabungkan dengan resipi air balang yang lebih hot daripada orang lain jual.