Jus Kedondong Asam Boi

 Kalau ikutkan jus yang paling laju habis ramadan 2012 adalah jus kedondong asam boi. Jus ni sebenarnya tak ada dalam list pun masa nak jual. Kebetulan semasa tengah  cari stok buah, terpandang buah kedondong yang telah dipek di sebuah pasaraya. So saya beli dan balik rumah cuba buat jus. Blend sendiri. Bila minum jus kedondong asam boi tu tak sedap.Rasa kelat semacam. Apa yang tak kena ni?

Then try buat jus kedondong asam boi tu kali ke 2 (hari lain)… boleh minum la…tapi saya rasa belum sempurna. Rasa biasa-biasa saja. Kali ke 3 try baru menjadi!Masam kedondong +asam boi+ manis gula berjaya diseimbangkan.Hasilnya sedap!Ikut piawai tekak saya sendiri dan orang-orang terdekat.

Dan bila hari pertama jus kedondong asam boi dijual, ramai yang suka!Orang perempuan suka minum yang ada masam + manis kan?Lambat datang habis licin. Tinggal ais kiub yang dah mencair pun customer tu minta juga bungkuskan. Dia tengah mengandung.Mengidam la kot..So kena sengetkan balang dan try harder menceduk tu…Tapi saya kasi free la kat dia..Takpe.

banner bab728x90

Resipi dan jus kedondong asam boi ni tak ada dalam ebook yang saya tulis.Menulis ebook ni kerja susah.Nak kena ambil gambar/video then edit pun makan masa panjang. Harga ebook pun konfem dinaikkan kalau ada jus kedondong asam boi ni. So biar saya simpan untuk diri sendiri saja ya. Berapa biji buah kedondong untuk satu balang besar tu-saya simpan dalam buku nota saja.

So siapa yang nak berniaga tahun ni boleh cuba jual jus kedondong asam boi.Try la banyak kali.Cuba sendiri.Try harder!

Klik sini untuk resipi jus buah bazar ramadan versi 2014.

Emel Rambang

Bero ,

Apsal aaa ramai sangat nak menerai meniaga time bulan posa ni? Kalo sedap takpe la jugek..ini hancuss. Pernah saya beli nasi ayam kat bazar ramadan tahun lepas, nasik tak rasa nasik..ayam keras kejung macam batang paip.Kecik lak tu…Kedekut! Baik tak payah jual kalau tak reti masak….buwekkkk!

Penchenta Sunyi.

*******************************

Bero Penchenta Sunyi,

Emel Bero Penchenta Sunyi ni sesat kot…Camne la kau boleh tanya aku hal ehwal dalaman nasi ayam. Bila pulak aku jadi duta pak…pakk..bukan sekadar nasi ayam ni? Takpe la aku layan je.

Nama pun menerai…eksperimentasi, testing one two three. Sebulan ramadhan tu tak lama. Cuma time bulan puasa je boleh terai bagai. Masa ni nak berniaga senang. Mintak permit tapak bazar ramadan jadi semudah kau order roti canai telur kat restoran mamak.Campur tolak bahagi darab mamak tu geleng-geleng kepala masa ambik order,tebar roti atas kuali,pecahkan sebiji telur tapi ada secebis dua kulit telur yang ‘ter’ masuk jugak dalam roti canai yang kau order-tak sampai 3 minit kemudian kau dah boleh makan roti campur kulit telur tu dengan nyaman dan tenang…Servis dia cepat.

Sama la jugak time puasa.Cukup syarat semua kau dah boleh dapat permit niaga.Tak banyak tanya dah PBT ni. Bayar duit tapak…selesai!Servis dia tiba-tiba jadi cepat.Terai kau mintak nak berniaga time bukan bulan puasa, 4-5 kali gerai kena angkut dengan PBT pun belum tentu dapat.Main kejar-kejar dengan PBT ni leceh! Kau bukan Watson Nyambek.

Bero Penchenta Sunyi….Kau ni kenapa?dah nampak ayam tu kecik, jangan la beli.Banyak lagi haiwan-haiwan yang berbadan besar boleh dimakan semasa berbuka puasa.Burung ostritch misalnya.Aku syak kau beli jugak pada penjual nasi ayam ni walaupun tak sedap sebab yang menjual tu awek hot vas gedevass! Betul kan?

Perihal ayam tu keras kejung seperti batang paip bak kata kau, i don’t blame on u bero…Tapi aku tak pernah gigit batang paip so tak tau camne keras dia. Kau pernah la, ya?Serpih tak gigi depan time gigit tu?Takpe,sekarang gigi palsu polident tengah naik.Boleh cuba.

Bero Penchenta Sunyi….kalau kau makan nasik dah tak rasa nasik, itu dah tahap kritikal.Jadi aku syorkan kau ubah citarasa sikit tanpa ketepikan elemen-elemen nasi ayam dalam menu berbuka kau.Terai makan dedak ayam ye bero…Hari tu aku tengok kat reban, ayam makan dedak ralit sungguh.Takde komplen.Ibu mertua lalu pun tak perasan.

Dah ye Bero Penchenta Sunyi…jangan emel aku lagi.

Mixzan.

Tapak Pasar Ramadan Kajang 2013 Dah Boleh Mohon

12 hari lagi untuk berpuasa. Sekejap saja tu. Di Kajang ni start minggu lepas dah nampak banyak banner pasar ramadan yang bakal dibuka oleh penganjur. Dah mohon ke?Jangan jadi slow ye tuan-tuan. Sekarang bukan lagi masa untuk fikir ramadan nanti nak jual apa. Bab produk jualan tu patutnya sebulan lepas lagi dah tau. Dah muktamad dulu-dulu..Not now.

Untuk yang first time nak berniaga di area Kajang, meh aku kasi satu tip. Memandangkan di daerah hulu langat ni luas, pilihan lokasi nak berniaga tu banyak. Tempat-tempat glamer seperti pasar ramadan PKNS Bangi, Semenyih atau Prima Saujana  Kajang  tu, jangan pilih ok! Aku tau situ paling ramai orang. Paling meriah.Tapi better avoid pasar-pasar ramadan yang besar-besar begini. Di situ sepak terajang derasnya lain macam. Kau perlu jadi sekuat Superman yang sekarang dah pandai pakai seluar kecik sebelah dalam untuk terus bertahan.

Sebabnya simple.Modal newbie ni biasanya kecil.Bajet tu cukup-cukup saja.Tak terlawan dengan peniaga-peniaga lama.Yang ada modal tinggi gunung. So untuk lebih selamat, pilih pasar ramadan yang tak besar sangat.Cari pasar ramadan yang tiap-tiap tahun memang dah wujud.Selalu orang datang. Jangan tamak dan over expectation. Pelan-pelan kayuh, sampai juga kan?

Klik sini untuk Tip & Pemilihan lokasi pasar ramadan yang lebih detail.

Goodbye Abang Farid

Pagi tadi masa sedang enak membeli nasi lemak, aku dapat tau satu berita gempak. Akak kelate yang meniaga di situ yang cakap. Abang Farid dah tak ada!…Patutla aku perati gerai goreng pisang & air kelapa Abang Farid dah berbulan-bulan terbiar. Kanopi dah lama tak nampak. Sampai satu tahap yang tinggal cuma meja. Itu pun dah senget dan nak roboh.Tunggu masa je.

Ramadan 2 minggu lebih lagi,kali ini ia tak akan sama.Tiada lagi keletah anak kecil abang Farid main lari-lari di belakang gerai.Kelibat isteri Abang Farid yang setia membantu dan selalu senyum juga kini tinggal memori. Abang Farid dah tak ada… Dia dah pindah Kedah..dah lama dah! Aku je yang baru tau.

The Ending Of Air Soya Most Wanted

Tajuk di atas jika diconvertkan ke dalam bahasa melayu tinggi ialah ‘Berakhirnya Air Soya Yang Paling Didambakan’…tapi tak sedapkan?Macam tajuk lagu sendu retis Malaysia je.Atau seperti terjemahan ke laut subtitle dvd movie cetak rompak original copy. Tak apa, salahkan google translate.Salahkan juga saya yang paling last belek kamus Oxford ialah 14 tahun yang lalu. Nevermind.

Air soya dan saya memang ada Love-Hate Relationship.Yang paling cepat habis jual dulu tiap-tiap kali berniaga di bulan puasa adalah Cik Air Soya.Tiap-tiap hari begitu.KPI beliau amat konsisten. Jus -jus dalam balang lain jeles bukan main.Tapi tak pernah berjaya menjadi pemenang pertandingan tak rasmi jus mana habis dulu. Balik-balik balang cik air soya yang licin dulu. Alih-alih cik air soya yang digrab awal-awal. Siapa yang tak cemburu?Air soya memang cempien.

Melahirkan air soya menjadi juara dalam komuniti air bukan kerja mudah. Ini bukan kerja senang seperti membela burung terkukur. Bagi dedak, bagi minum,tunggu sampai burung pandai bertutur.Kena lebih banyak bersabar daripada itu. Pernah pada satu ketika saya give up!Saya bosan dan terlalu penat.Saya fed up nak perah berkilo-kilo air soya…Dan ketika itulah saya fikir riwayat cik air soya sampai di situ saja!No more air soya…Tak jual!

Tapi makcik-makcik,abang-abang dan kakak-kakak yang selalu  beli air soya pada saya merayu-rayu juga suruh jual. Anak yang baru first time belajar puasa nak minum la, isteri muda mengidam la…serta macam-macam lagi tektik pujuk rayu. Jadi dah 4 tahun saya tewas dengan pujukan rayu pembeli tegar air soya ni…Dan mungkin juga untuk puasa kali ini air soya akan tetap jadi the most wanted.Belum the end lagi. Seperti dulu-dulu …

Nak resipi air soya yang sedap dan mantopp? klik sini sekarang!.

Jus Tembikai, Herbalife dan Kakak Itu

 ‘Bro…jus ni bukan guna kordial kan?’ curiosity tinggi seorang pemuda berkaca mata.Dia teragak-agak antara nak beli atau tidak. Baju t-shirt putihnya ada logo herbalife.Di pintu Kereta myvi hitamnya juga tertera jelas gambar shake herbalife perisa strawberi.Mungkin dia pengguna produk herbalife level supervisor ke atas.Saya agak.

‘tak guna kordial bro…blend homemade.Try jus tembikai ni..memang terasa tembikai.. Manis!’ Saya harap dia faham apa yang saya cuba sampaikan.

‘Aaa..oklah…i teraiii, bagi 1 bungkus besar…’pemuda herbalife itu setuju untuk mencuba. RM2 bertukar tangan.Sekeping kad kecil turut dihulur pada saya.

‘Kalo rasa nak minum shake, call me bro!’ promote pemuda herbalife berkaca mata itu tak agak-agak.

Dia membunyikan hon myvinya dan melambai tangan sebelum pergi.Saya tak babai semula.Sebab di belakang saya tiba-tiba muncul kakak indon pekerja part time dari gerai     air kelapa Abang Farid yang telah babai awal-awal. Siap buat mexican wave berkali-kali.

banner bab728x90

‘Encem sekali..seperti vokalis Wali Band!’bisik kakak indon itu sendiri.

Masalah berat ni.Kakak indon itu telah kerasukan hantu pocong insut di bulan puasa.Di siang hari.Bertobatlah kak!Ingat sikit pada Wak Parman yang sepi dan anak-anak di tanah jawa tu.

‘Idah!…Idah!…mau kerja ka tak mau?’Jerit Abang Farid selang 3 gerai dari sini.

‘Iya…iya…sayya datanggg!’ Kakak indon itu mencicit-cicit lari kembali ke gerainya untuk terus sambung mencari rejeki.

Klik sini kalau nak tahu teknik blend air tembikai merah yang maintain sedap  dan manis.