Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Berniaga di Bazar Ramadhan -Yang Tak Seronok?

Tiap-tiap tahun di bazar ramadhan muka-muka baru peniaga tak susah untuk kita bezakan. Nampak nerves dan canggung semacam tu, sah first time meniaga. Kalau dah otai pula dia akan tenang memanjang, kerja dia dok perhati dan menjeling peniaga baru. Risau kot-kot ada yang berniaga benda yang sama. Mana tak gelabah kawan-kawan newbie ni diperlaku demikian.

Untuk yang tahun ni first time dia berniaga di bazar ramadhan, just go on brader-brader n sister! Pedulikan saja kalau ada yang iri hati atau tak puas hati. Rezeki bukan di tangan orang lain.

Selain tenungan maut peniaga lama, apa lagi yang tak best dan langsung tak seronok bila berniaga di bazar ramadhan?

1. Cuaca Panas

– kalau diberi pilihan duduk dalam opis, ada aircond menghembus bayu sejuk di pipi sambil berinstagram foto ayam golek yang anda makan berbuka semalam, dengan berdiri berpeluh-peluh di bawah panas terik berjam-jam tunggu orang datang membeli,Itu pun kalau ada yang sudi beli….mana lagi seronok?

2. Hujan

– Hujan time bulan puasa kadang-kadang bukan takat  rintik-rintik tumbuh lalang, tapi dengan pakej angin kuat atau the worst-ribut. Walaupun tak lama, kalau berlaku juga-Habis binasa!

3. Penat Jadi Double

– Tak kira berniaga di bazar ramadhan ni full atau part time, penat akan jadi double n boleh jadi trouble kalau yang tak biasa.Yang selalu orang nampak, peniaga dah senyum paling tampan ready di gerai  tunggu pelanggan. Yang selalu orang tak perasan, persediaan peniaga tu sebelum berniaga. Ada yang lepas subuh dah kena siapkan itu ini, habis berniaga pula kena buat preparation for the next day. Dengan mood berpuasa, darjah kepenatan peniaga dalam sehari tak dapat diukur guna skala richter atau pun Apit G.

Dah 3 kan?…cukupla tu dulu. Sebelum berniaga kuatkan mental dan fizikal kita…Pergi    join latihan asas komando- Jika perlu!

Klik sini untuk belajar buat dan jual jus dalam balang di bazar ramadhan!

banner bab300x250

Advertisements


2 Comments

Cara Mudah Lagi Express Dapat Tapak Bazar Ramadan

Semua orang ingin benda mudah.Nak perkara senang. Kalau boleh berlari laju-laju, why susah-susah nak bertatih-tatih, betul tak?Sebab itu ramai yang berebut-rebut apply tapak bazar ramadan yang famous amos. Then tapak bazar ramadan yang murah itu akan dijual dengan harga ribu-ribu. Mesti ramai yang menunggu untuk dapatkan tapak bazar ramadan cara mudah lagi super express begini…Standby saja duit banyak-banyak.

Tapi ada juga yang dapat tapak bazar ramadan percuma tanpa disangka-sangka.Seperti seorang yang saya kenali sebelum puasa tahun lepas. Walaupun dia tak tahu apa-apa pasal berniaga. Dia berusaha mencari produk untuk diniagakan..Minta pendapat saya.Buat apa susah payah berniaga, jual tapak bazar ramadan tu kan lagi untung?

Dia setuju bila saya kata jual tapak bazar ramadan tu untung, tapi the story akan terhenti setakat itu saja.Mungkin dia boleh untung ratus-ratus. Atau 2 kali ganda harga tapak bazar ramadan asal…Tapi dia tak mahu macam tu. Bila lagi nak tahu diri sendiri ada bakat berniaga kalau tak pernah try menjual di bazar ramadan…Kalau dah jual  tapak bazar ramadan awal-awal, pengalaman berniaga akan zero.Cuma dapat tumpang dengar cerita pahit-manis orang lain…. In the end, saya wish dia good luck!

*klik sini untuk ketahui prosedur sebenar memohon tapak bazar ramadan sehingga berjaya!


2 Comments

Kanopi Bazar Ramadan

 Dah beli kanopi untuk berniaga bazar ramadan?

kalau sudah, simpan di tempat selamat dulu,belum tiba masa lagi untuk digunakan.Pada yang belum sempat beli pun tak apa.Harga kanopi tetap sama.Tak turun, tak naik tapi kemungkinan stok kanopi habis bila tiba ramadan tetap ada…bergantung kepada tokey kanopi order stok banyak atau sikit.

Kanopi anda sudah rosak?Kain kanopi dah bocor dan berlubang-lubang, tiang-tiang dah bengkok dan besi palang kanopi dah terkulai patah?

banner bab728x90

Usah susah hati. Tak perlu beli kanopi baru jika rosak tak terlalu teruk. Nak keluar duit beli kanopi baru pun guna modal ratus-ratus juga tu…nasihat saya, ganti saja part-part yang rosak. Lebih jimat.

Kain/khemah kanopi boleh dibeli berasingan.Harga sekitar RM60-70 untuk saiz 10 X 10.Besi palang yang patah-harga spare partnya RM7-RM9. Biasanya jika kanopi rosak 2 bahagian ini yang selalu terjejas-mudah koyak dan patah.

Punca utama kanopi tersebut rosak ialah kerana ia dibiarkan berpanas-berhujan dan dibelai-belai angin selama 30 hari. Amalan lazim peniaga bazar ramadan, kanopi hanya akan ditutup dan direndahkan sedikit selepas habis berniaga. Esoknya buka semula kanopi berkenaan.Sepanjang ramadan,kan?

Jarang-jarang kita lihat peniaga yang sayangkan kanopinya daripada rosak dan patah sanggup buka-tutup-simpan di rumah dan esoknnya pikul kanopi-buka dan pasang semula.Selama 30 hari.Tindakan tersebut memang boleh selamatkan kanopi dari rosak dan patah, tapi bimbang di penghujung puasa pemilik kanopi yang bakal patah pinggang dan terkehel bahu.Kanopi itu beratnya boleh tahan!  Melainkan beliau adalah seorang Robocop… Atau man of Steel..Atau Iron Man 3.

Klik sini jika mahu berniaga bazar ramadan tanpa susah-susah bawa kanopi yang berat tu!


Leave a comment

Cara Apply Tapak Bazar Ramadhan Putrajaya

Bagaimana nak apply tapak ramadhan Putrajaya?

Oppss…kalau ada yang masih berhajat nak berniaga di bazar Ramadhan Putrajaya, lupakanlah. Borang permohonan dah keluar April 2013 dan telah ditutup pada 30 April 2013. Too late dah sekarang ni. Mungkin rezeki kita di tempat lain.

Kalau dulu nak mohon borang bazar ramadhan di Putrajaya ni agak leceh.Maksud saya nak mendapatkan form itu sendiri yang susah. Bila Perbadanan Putrajaya umum dalam website borang dah keluar, kita kena ambil borang di kompleks-kompleks terpilih-isi borang dan hantar semula ke PBT.Masa tu saya, minta kawan tolong ambilkan borang  sebab dia kerja gomen di  Putrajaya. Saya tak ingat masa tu borang kena bayar atau tidak.

Tapi sekarang dah advanced. Memang sepatutnya pun. Boleh download terus melalui Facebook Perbadanan Putrajaya. Ini barulah cara bekerja yang efisien.Jadi bila maklumat dan borang diperolehi dengan pantas, saya percaya tahun ini mesti di tapak bazar ramadhan Putrajaya akan makin ramai peniaga.Tahniah!

Untuk yang dah terlepas peluang tu, wake up brader n sister! Sekarang masa yang tepat untuk anda call PBT masing-masing. Jangan sampai terlepas peluang memohon tapak bazar ramadhan di tempat lain pula. Don’t miss the train…Again!

 Untuk tahu apa persediaan yang perlu dibuat sebelum mula berniaga di bulan puasa Klik Pra Ramadhan…Langkah Pertama.


Leave a comment

Peniaga Gulai Kawah Yang Malu-Malu

Tiap-tiap tahun di mana-mana bazar ramadan akan muncul muka-muka peniaga baru.Semua semangat nak bergelar usahawan dan berniaga di bulan ramadan. Kanopi, payung bulat, kerusi dan meja semua nampak baru dan cantik-cantik.. masih kuat bau kedai hardware. Silap-silap price tag pun lupa nak buang. Semangat punya pasal!

Sama la dengan seorang peniaga gulai kawah yang malu-malu ni.Hari pertama dalam pukul 4pm dia (perempuan) dengan adiknya (prempuan juga) datang buka gerai. Barang tak banyak-kuali gulai kawah, dapur, tong gas, meja 4 segi dan payung pasar malam bulat. Eh, banyak juga tu kan? tapi muat la kereta kancil yang kakak ni bawa.

Seperti biasa-nak pasang dan buka payung kakak ni sedikit terkial-kial.Maybe sebab payung tu berat sikit..Kederat orang perempuan. Maybe juga itu first time dia pegang dan buka payung ketika hari panas terik. Tapi she did it!..dengan bantuan adiknya (muka lebih kurang..so saya andaikan adik beradik la).

Then the 2 sisters ni pun prepare everything sampai siap, gulai kawah pun masuk kuali-api dapur dinyalakan sementara tunggu pelanggan datang. Biasanya di sini around 5.30pm baru berduyun-duyun orang singgah. 2 sisters ni terus menunggu…dan menunggu.

But tak ramai yang singgah ke gerai mereka. Maybe first day tu jualan mereka tak habis. Saya tak perasan sebab dah busy.Tapi 2 sisters ni selepas beberapa hari terus stop berniaga.Yang ni saya dan peniaga lain perasan.

Actually kakak ni masa mula-mula setup gerai pun dia dah malu-malu.Ketika kami pacak gerai tu rapat-rapat dan memanjang tepi jalan, dia pacak gerai jauh dari kami yang ramai ni.Space ada banyak, dia berniaga di seberang jalan. Sorang-sorang!(Berdua la kan, kalau secara matematiknya kita kira adiknya sekali). Walaupun dipelawa gerai dia tu parking di sebelah, dia tolak dengan malu-malu. Agaknya dengan kastemer dia lagi malu-malu.

So utk newbie, niaga bulan puasa kalau boleh buang sifat pemalu tu sekejap. Berkawan dengan peniaga sebelah-menyebelah. Banyak faedah, rezeki pun murah masa berbuka.

Klik sini untuk lebih tip berniaga di puasa.  


Leave a comment

Tak Sampai 2 Bulan

Pasti ketika ini ramai yang sedang berkira-kira untuk berniaga di bulan ramadhan nanti. Saya juga yakin ramai yang tengah sedap mencongak-congak untung yang bakal diraih di bulan penuh berkat kelak.Tapi sedarkah kita, masa makin suntuk. Kalau lihat kalendar betul-betul, ramadhan akan tiba tak sampai 2 bulan saja lagi.Sepatutnya skrg ini kita sudah buat persediaan.Jangan tunggu minit-minit akhir dan bercadang nak potong tang corner kalau tak kena gaya.

Sekurang-kurangnya waktu ini kita dah ada benda apa yang nak dijual nanti. Jika pandai masak mee kari dan satu kampung puji mee kari yang kita masak itu sedap, maka fokus dengan menjual mee kari. Kalau expert membuat laksa penang, itulah yang patut anda jual.Kalau anda cuma reti makan, teruskan jadi pembeli.

Ada juga segelintir tu yang terror masak semua resipi di dunia (mungkin dia keturunan tukang masak diraja) tapi still tak boleh decide apa yang nak diniagakan.Sebabnya pada dia semua masakannya taraf 5 bintang.How to choose?

Last-last tinggal 3-4 hari nak puasa baru tersedar dari lamunan.Terus buat keputusan drastik, jual air balang lagi mudah! Sebab itu situasi biasa yang kita nampak di mana-mana bazar ramadhan, penjual air paling ramai. Sebahagian daripada mereka ini bukan masak tak sedap atau tak ada darah chef mengalir di dalam badan, tapi tak bersedia awal-awal utk berniaga. Rome wasn’t build in a day, right?

Bersediakah anda bersaing dengan kehadiran ramai penjual air newcomers? Untuk ketahui dengan lebih advanced dan mantap tip-tip berniaga air di bulan puasa, klik sini.


Leave a comment

Buah Naga Brader Rock

 ‘Banyak beli tembikai, ada kenduri ke?’sapa brader Rock di depan saya.

Dia sama-sama beratur di kaunter timbang econsave. Dalam trolinya ada seplastik sayur kobis dan ikan bilis. Line agak panjang dan bergerak slow motion.

‘Takde la…buat jus untuk niaga pasar ramadan’balas saya yang masih penat dan belum sempat mandi sejak berbuka puasa tadi.Lepas solat maghrib dan basuh balang-balang air, saya bergegas ke econsave beli stok buah untuk 3 hari.Saya berharap badan saya belum berbau kambing.

‘Perghh…kau blend sendirik buah-buah ni? Tak guna kordial?’Brader rock tiba-tiba teruja.

‘Blend sendiri je bang.Jual Jus homemade.’eksplain saya pada brader rock.Kaunter timbang masih slow.Maybe orang baru kerja.Nampak terkial-kial cari kod barang timbang.Rileks,brader.

‘Aku pun selalu buat jus-jus ni.Bulan puasa, dahaga dia lain macam. Pekena jus jugak baru menangkap. Yang paling syokk, meh aku ajar kau resepi spesel aku,nak?’sembang Brader rock berdegar-degar.

‘ok…apa dia tu?’

‘Haaa…kau blend buah dragon fruit dengan laici dalam tin, campur sket air soda,campur lagi susu cair cap junjung je..cap lain tak boleh….Agak2 dah siap, kau bubuh aiskrim wall’s coklat. Terangkat bro!’ bisik brader rock.

‘Kau try la’

saya senyum dan cuma angguk tapi dalam hati geleng banyak kali. Resipi brader tu terlalu rock dan amat masterpiece untuk diterai sehingga sekarang.Tak perlu jadi rocket saintis utk membuat jus yang mudah.Saya tahu It’s not that complicated. Jadikan brader Rock ni contoh dan teladan. Why so susah-susah? Klik sini utk buat jus cara senang dan super duper simple.

*Brader Rock ni suara dia macam Bandi Amok.Rambut style Zamani Slam.

banner bab300x250