Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

EBOOK RAHSIA JUS BAZAR RAMADAN 2016 CLOSED FOREVER!

Sejak awal Mac 2016, ebook rahsia jus bazar ramadan telah ditutup jualannya.Hampir 5 tahun ebook tersebut berada di pasaran online, tiba masanya tetap kena pergi.Walaupun ada banyak permintaan, emel yang bertanya tentang ebook tersebut, saya telah bulatkan hati untuk tutup jualan untuk selama-lamanya.

Tapi untuk tidak hampakan harapan semua, yang patah akan tumbuh baru.Yang lama akan berganti yang baru.Jadi insyaaallah,ebook baru yang bermenukan resipi air di bulan ramadan akan muncul tak lama lagi.Relakss la abang-abang kakak-kakak, puasa lagi 2 bulan apa?

Apa pun saya menjanjikan ebook terbaru yang bakal menjengah di pasaran tak lama lagi tu akan lebih power,menyengat dan padat dengan perkongsian ilmu berniaga.Setiap tahun jual air di bulan puasa berbeza cabarannya.Makin hari pengalaman akan bertambah..kalau boleh semua yang beli ebook itu nanti akan dapat sales kencang dan air yang dijual sold out setiap hari!

Nantikan kemunculannya ya!

 

banner bab300x250


Leave a comment

Dilema Seorang Kawan

Aku ada seorang kawan kerja sedap gaji sederhana boleh tahan.Kerja dalam bangunan ada aircond dari pagi sampai ke malam.Sejuk atau rasa macam beku otak duduk lama-lama tempat ada hawa dingin ni dia dah imune.Kalis beku dah.

Lately dia sound aku nak resign dalam masa terdekat.Aku kata kipidap la.Tapi kau nak buat apa kalau dah berhenti kerja?Tunggu orang masuk meminang?Jadi suri rumah sepenuh masa?Married tapi benci?Tak boleh…tak boleh.pasal kau lelaki!

Then dia buka rahsia.Dah 2 bulan dia buka gerai kopi King.Tepi jalan je bro…Ada sambutan dan pelanggan tetap sekarang ni.Jadi dia target untuk buat bisnes jual air tu full time.Jadi pembancuh kopi professional, tak mainlah buat kerja semi pro.

Masalah dilema kawan aku ni ialah dia sayang nak tinggalkan kerja sedap, duduk  dalam air cond,gaji ok dia sekarang ni.Rakan-rakan sekerja pun rapat dan kamcing giler sebab dah lama kenal.

Aku nasihatkan dia camni.Benda tu terjadi macam zaman bercinta dulu.Kau ada seorang makwe badan sedap,bulu mata lentik,rambut ikal ala Anzalna Nasir (gantikan Neelofa yang berhijab untuk makwe imaginasi islamik dan patuh syariah).Pendek kata cantik serba serbi.Tip top segala bagai.

Memang sayang nak tinggal bila dah lama berkasih-kasihan sampai ke tahap bercakar-cakaran.Jadi kau kena fikirkan 1 benda negatif pasal makwe ni yang paling kau tak suka.Contohnya makwe kau tu lawa tapi tak boleh sebut huruf ‘D’ dengan betul sebab lidah dia pendek.Jadikan 1 kekurangan makwe kau itu sebagai turning point untuk kau clash dengan dia.Lepas tu jangan kau ucap selamat tinggal.

Same goes to dilema kau ni..Apa 1 benda yang kau tak suka kat opis selama ni?Dia ambik masa juga nak jawab.Fikir,fikir.Angguk.

Ok,ok…aku tak suka toilet kat ofis aku.Sebab busuk dan orang berak lepas tu tak reti nak pam.

Haaa…see itu dia! Kau kena resign tanpa ragu-ragu sebab tandas opis kau macam laknat.Buat bisnes air kopi full time.Mudah saja nak cari sebabnya kan?

Kawan aku balik dari sesi melepak di kedai mamak dengan muka ceria.Aku harap dia akan ketemu kebahagian dengan bisnes air kopinya.Cuma satu persoalan, aku terfikir sampai sekarang,kalau nanti dia jual air kopi tepi jalan dan nak terberak, ke mana arah beliau akan pergi? Sebab tandas stesen minyak petronas, petron,shell, bhp pun 2 kali 5 macam neraka.Bersepah-sepah seperti dilanda periuk api.Aku harap dia akan sembelit.

banner bab728x90

 

 

 


Leave a comment

Penangan Kopi Jalanan

Sekarang musim kopi jalanan jadi trending.Bayangkanlah di tempat aku, ada 2 gerai kopi jalanan baru beroperasi.Yang hebatnya gerai masing-masing tak sampai selang 50 meter.Masing-masing bisnes kopi jalanan atas brand sendiri.Tak ambil mana-mana francais pun.

Mengapa ramai sangat yang minat bisnes kopi jalanan ni?

Bisnes ni mudah handle.Kerja tak banyak.Ada ais batu,air panas…bancuh lebih kurang,tadaaa dah siap 1 cup.Beli semua bahan-bahan seperti green tea, kopi,hazelnut, coklat dan lain-lain dah boleh on bisnes.Ada modal sikit dah boleh jalan dah bisnes air kopi.Maknanya sesiapa ada duit dan sanggup keluarkan modal dia boleh start mulakan bisnes.Itu yang jadi trending right now.

Tapi sampai bila bisnes ni akan hot?

Entah…kalau dikaji balik 5-6 tahun yang lepas ada beberapa bisnes air yang trending lepas tu senyap sampai ke sudah.Contohnya bisnes air jambu.Sekarang dah jarang nampak stall bisnes air jambu tu.Dulu-dulu kemain meriah.Contoh ke 2 bisnes ais blended.Memang sekarang masih ada yang jual tapi tak serancak dulu.

Aku harap bisnes air kopi ini jangka hayat dia panjang sikit.Sebab ada beberapa kawan yang buat bisnes air kopi ni.Sales pun tengah meletup-letup sekarang!

Tapi bisnes yang evergreen sepanajng zaman,dari aku kecik sampai dah besar adalah bisnes air balang.Tetap steady walau muncul berjenis-jenis air di alaf baru.Air balang tetap laku terutamanya bulan puasa.

 

banner bab300x250


Leave a comment

Air Balang Kalau Tak Habis Apa Nak Buat?

2 Soalan daripada pengirim emel dan pembeli ebook.

Kalau air balang tak habis selepas niaga terutamanya masa puasa apa nak buat? Boleh tak simpan air tu dan jual semula hari esok?

Soalan ni dah pernah jawab.Ada dalam web ni juga.Boleh selak artikel belakang-belakang.Tapi tak mengapa saya jawab sekali lagi.Kalau style saya, selepas dah bagi free pada orang yang berdekatan dan masih ada banyak lagi baki air tu saya buangkan saja dalam longkang.Mudah.

Tapi bang, kalau kita simpan semula lagi bagus la.Air yang tak habis tu kita buat aiskrim Malaysia, dadih, agar-agar(boleh ke?).Kreatif , inovatif dan jimat.

 

banner bab468x60

Ok dik…cara berfikir tu bagus.Tapi kalau adik jual 10 balang air,semua tu separuh tak habis,larat ke adik nak buat dadih,aiskrim bagai tu? Dah penat-penat niaga siang tadi pun belum hilang dah nak masuk dapur lagi buat dadih daripada air yang tak habis tu.Bayangkan semua jenis air tu adik nak simpan semula dan transform jadi aiskrim dan dadih, muat ye peti sejuk adik?Kalau peti sejuk besar atau ada chiller boleh la.

Habis tu camne bang?

Air yang tak habis tu buang.Kalau larat minum sampai kembung silakan.Lepas tu esok adik cek mengapa 10 jenis air yang adik jual tu tak habis.Mesti ada yang kurang.Tak sedap ke.Terbubuh garam dan ajinomoto ke dalam tu.Jadi daripada adik habis masa dan tenaga, buat air tu sampai sedap.Barulah habis hari-hari macam abang jual.Masalah jualan air tak habis pun tiada lagi..Kan, adik?

 

Nak belajar buat air sedap dan gerenti habis klik link ni sekarang.