Tulis Tangan Kiri

Akak Pun Nak Jual Air Mata Kucing lah!

Leave a comment

Rutin pagi sebelum sampai ke ofis, saya akan singgah ke gerai tepi jalan untuk beli breakfast. Bungkus saja, macam selalu. Pagi ini kakak pembantu gerai sedang rancak berborak dengan kawannya, kakak penghantar kuih donut dan akak supplier karipap sardin. Kalau semalam sembang pasal topik duit kutu, kemain meriah dan galak. Yang saya sempat dengar ialah ada sorang kawan dia (tokey gerai yang saya tak kenal) main kutu 5k!Sebulan ke setahun saya tak tanya lah. Saya dengar sipi-sipi saja.Banyak duit kawan akak tu.

” Bulan puasa ni, aku jual sorang-sorang…tak tolong dah dia ni,” kata akak pembantu gerai. Umur dia saya agak dah lebih 57 tahun.

“Hooo, molek tu..akok nok jual gapo?” tanya akak supplier karipap sardin. Saya tercegat di tepi.Tunggu akak ni habis susun karipap.

” Macam selalu ..jual air. Orang suka beli air cincau aku.” jawab akak tu sambil senyum. Saya memang perasan akak ni bila bulan puasa dia akan set up satu kanopi tak jauh dari gerai kuih ni. Ada 4 balang air dia jual.

“Tapi kali ni cadangnya nak tambah air sejenis lagi. Air mata kucing. Sedap gak air tu kalu jual. Buleh pitih!” katanya lagi.Tak ada kastemer lain yang datang masa tu jadi sesi perborakan tak ada gangguan macam siaran astro ketika hujan.

” Buat guano air mata kucing tu?akok tahu ko?” akak supplier karipap menyoal. Karipap dah siap susun tapi tak ada pengepit kuih.Tak kan saya nak ambil kuih gitu je. Tak hygenic la pulak.

“Dulu saing aku ada royat. Guno buah longan.Mano beli buoh longan tu, dok ingat aku dio kecek..”Sambil cerita dia senyum pada saya. Pengepit kuih baru ada.Tadi tokey gerai simpan dalam tupperware dalam kereta.

“Nok bagi air mata kucing tu hitam, dio suruh aku bubuh nescafe banyok-banyok, betul ko?”Tanya akak pembantu gerai pula pada akak karipap sardin.

“Bubuh gula merah la kak…tapi ada lagi bahan lain orang letak alam tu bagi rasa. Mana ada orang bubuh nescafe.Mengarut je kawan akak tu,” sampuk akak tokey gerai yang dari tadi duduk diam susun apa kebenda ntah. Akak ni berniaga dah lama, mesti tau buat banyak benda termasuk cara nak buat air.

“Keno tipu la aku ni!Nayo ke aku demo nih” keluh akak pembantu gerai tu.

Kemudiannya mereka beralih topik cerita lain. Cerita drama petang-petang di TV3. Saya berlalu pergi sambil terfikir, kalaulah akak tu main jual saja air mata kucing guna resipi nescafe kawan dia tu apa akan jadi? Mungkin jadi makin sedap tapi rasanya tak kena kot air mata kucing tu.Dah lari banyak tune air mata kucing tu. Saya rasa lah.

Klik sini kalau nak belajar resipi buat air mata kucing yang sebenar dan jual di bulan puasa! 

banner bab728x90

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s