Tulis Tangan Kiri

Tak Cukup…

Leave a comment

Sejak Sabtu baru-baru ni aku mula perasan perubahan kosmetik yang berlaku di tepi jalan..Terutamanya di kawasan simpang tiga dan traffic light. Dah makin banyak banner dipasang memaklumkan permohonan tapak bazar ramadhan telah mula dibuka. Terselindung sikit iklan along, ceti haram dan ubat tenaga batin yang bersepah-sepah ditampal selama ini.

Oh ya…di daerah kajang  memang begini tiap-tiap tahun. Slow dan steady..Bila dah dekat puasa macam sekarang barulah muncul banner-banner  tu. Tapi biasanya kalau tempat-tempat bazar yang hot, sekejap saja dah full permohonan tapak tu nanti. Di kajang,  bazar ramadhan yang luas dan besar boleh dikira dengan jari. Tapi kalau bazar ramadhan yang bersaiz “m” dan “s” ada di banyak kawasan perumahan.

Tahun ni port yang dah confirm untuk aku berniaga adalah di tepi jalan. Sama port macam tahun lepas. Yang lagi satu tengah kaji bazar taman mesra atau pun area cheras jaya. 2 port ni boleh tahan dan jaraknya tak jauh dari rumah aku. Tak la penat berulang alik macam tahun lepas. Jimatla ron95 nanti!

Tapi tahun ni plan aku sedikit berbeza. Ada transformasi dan sedikit anjakan paradigma yang bakal aku buat. Selain daripada nak kena setup 2 gerai tu, kemungkinan besar aku akan supply ‘produk makanan bertemakan bulan puasa’ ke 2 gerai lain. Produk makanan tersebut akan turut dijual di gerai underground-tepi jalan rumah aku. Maknanya bulan puasa ni aku kena kerja extravaganza dan lebih kuat.

Untuk merealisasikan pelan tersebut modal yang diperlukan pun agak banyak…Tapi tak sampai la 1 juta..Ribu-ribu pun tak sampai rasanya. Mujurlah aku masih ada tabung ayam! Bila dicampur dengan duit syiling dalam poket seluar dan di bawah karpet….rasanya aku mampu membeli sebuah kapal selam!…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s