Tulis Tangan Kiri

Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadan Part 1

1 Comment

Makin dekat nak puasa, makin banyak stall air tebu muncul di tepi jalan. Hari ni saya perasan 2 stall air tebu dah beroperasi. Perkara biasa saja tu…Tak pelik pun. Biasanya masa yang masih ada ini, peniaga-peniaga air tebu akan warm up dulu. Dah tiba puasa, senang pelanggan nak datang.

Kalau anda jejak kaki ke pasar ramadan pula, pasti dapat lihat penjual air tebu sibuk layan pelanggan. Mana yang dah otai tu siap bawa tebu satu lori untuk dijual. Pekerja pula 2-3 orang akan marathon berganti-ganti memesin tebu dari jam 3.00 petang. Bising bunyi mesin tebu tu jangan ceritalah…kuat giler!

Dulu-dulu saya pernah cuba menjadi seorang penjual air tebu. Tengok orang-orang lama untung banyak, siapa yang tak tergoda..kan? Jadi perkara utama yang perlu dibuat beli mesin tebu. Sebab nak cepat, saya bertanya kepada yang pakar iatu Encik Google. So, dalam masa yang singkat saja dah jumpa kedai mana nak  beli mesin tebu. Campur tolak darab bahagi..saya belanja hampir 2k untuk beli mesin tebu tu!

banner bab300x250

Tak pela…apa ada hal.Untung nanti boleh cover la modal mesin tu. … ayat nak sedapkan hati bila duit 2k tu bertukar tangan.

Jadi bila dah dapat kenalah test power mesin tebu tu dulu. Tak boleh main terjah-terjah. Di rumah, ramai yang sukarela nak cuba. Ada yang nak kupas kulit tebu..Ada pula yang sukarela nak tengok dan minum air tebu saja..Eksperimen pertama menjadi!…Air tebu yang saya dan krew-krew mesinkan, rasanya sama macam air tebu orang lain! Manis-manis tebu…Nasib baik tak rasa durian..So mission accomplished.

Hari pertama puasa dugaan datang bertalu-talu. Van yang patutnya angkut mesin tebu tu ke pasar ramadan berpura-pura pengsan! Start enjin banyak kali pun tak nak hidup. Van kawan saya tu cuma batuk-batuk macam kena penyakit batuk kering. ..jawabnya nak kena hantar I.C.U la tu..Dah uzur dan patut pencen pun van tu sebenarnya..

Dalam keadaan begitu, otak tetap kena jalan. Stok tebu dah beli 10 ikat. Modal mesin tebu campur barang-barang niaga lain..gedebak gedebuk dah 3k lebih habis! Mana boleh mengalah macam tu aje..Alternatif lain-saya boleh beli van atau lori baru.Tapi dalam poket cuma tinggal duit syiling…

Akhirnya sebab masa pun dah tak ada, saya dan krew-krew terpaksa buka skrew mesin tebu dan pisahkan bahagian mesin dengan mejanya. Dua-dua komponen tu berat macam anak gajah..besi padu.Terpaksa disumbat dalam kereta saja. Sampai di pasar ramadan nanti pasang semula skrew dan mesin tebu. Banyak kerja tapi itu saja pilihan yang ada.

Masalah pertama selesai…Perniagaan berjalan lancar.. Pekerja sementara yang saya upah ditugaskan mengupas kulit tebu. Saya pula mesinkan tebu-tebu yang dikupas tu. Krew-krew lain membungkus air tebu dan melayan pelanggan. Semuanya berjalan baik. Pelanggan pun agak ramai.Walaupun di pasar ramadan tersebut terdapat 4 gerai air tebu(termasuk otai yang guna lori), gerai kami tetap menerima pelanggan. Sekejap saja 6 ikat tebu dimesin dan dapat dijual kepada pelanggan..

Tiba-tiba…..

(bersambung di Part 2…Ini bukan novel atau telenovela bersiri..cuma dah penat menaip..sambung lain kali la ye..hehe)

One thought on “Untung Jual Air Tebu Di Pasar Ramadan Part 1

  1. saya pembekal tebu segar dari selangor stock ada 6ekar hubungi untuk keterangan lanjut 0193699205 cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s