Part 2: Panduan Cari Tapak Pasar Tani : Berniaga Pasar Tani

Pasar Tani Kajang

8.00 a.m…

Buat apa la aku susah payah pergi pasar tani sampai ke Putrajaya. Actually di Kajang pun ada juga pasar tani. Lebih dekat dengan rumah. Better aku pergi tanya pada orang-orang di Pasar Tani di situ.Tapi nak tanya pada siapa?

“Pakcik ni AJK Pasar tani kat sini kan?Boleh saya tanya sikit?”Aku menegur seorang pakcik yang sedang leka  bersandar di sebuah van peniaga laksa. Aku yakin tekaan aku betul, sebab di baju pakcik itu tertulis sejelas-jelasnya ‘Urusetia FAMA’.Takkanlah baju pinjam kot?

“Haa…Ya!Ya! Nak tau tentang apa tu?” Soal pakcik tersebut semula.

Bertubi-tubi soalan pasal pasar tani aku aju pada pakcik tu.Tapi malangnya dia tak dapat jawab walau satu pun soalan aku. Aisehmen…kalau dia sendiri pun tak boleh jawab, siapa lagi yang sudi jadi kaunter pertanyaan pagi-pagi ni?

” Minta maaf ya…saya ni AJK pasar tani yang jaga hal kecik-kecik saja.Macam masalah-masalah peniaga, sampah-sarap-yang tu saya boleh jawab.Tapi kalau hal tapak niaga pasar tani kena tanya orang lain.” jelas pakcik berkenaan.

Pembahagian tugas.Aku faham.Pakcik ini tak bersalah.

“Encik pi tanya pada Pengerusi.Baru tadi dia ada kat sini.Sekarang mungkin tengah meronda gerai.Mana dia ni?”matanya memerhatikan sekeliling sambil berharap Pengerusi yang dicari ada di kawasan berdekatan.

“Hurmm,..tak nampak pulak pengerusi dok mana.Camni, cuba encik pusing-pusing dulu. Pengerusi tu dia pakai vest silver FAMA dengan kopiah.Kalau tak jumpa, pi gerai dia tang corner nuuu…agaknya ada di situ. ” Sedaya upaya dia cuba bantu aku..Kan bagus kalau PR semua manusia sejagat macam pakcik ni.

Sesudah ucap thank u, aku teruskan pencarian.Berdasarkan guide dan hint tentang rupa paras “si pengerusi”, rasanya tak susah mana nak kesan kedudukan dia.Tapi setakat 10 minit pusing-pusing ni, yang aku jumpa cuma lelaki pakai baju batik dengan sorang brader songkok tinggi.Mana dia beli songkok tu?

Akhirnya, orang yang aku cari berjaya dijumpai.Sedang santai dan  lepak-lepak di gerai penjual arnab.

“Salam Haji, boleh saya tanya pasal pasar tani ni?” Bukan saja-saja aku panggil pengerusi tu ‘haji’ sebab dia pakai kopiah.Tapi aku terdengar brader jual arnab yang gelar dia ‘haji’. Aku cuma follow.

“Boleh, boleh…kalau soalan tu tak susah sangat saya jawab la.” jawab haji sambil senyum.

“err,saya nak tau cara nak berniaga di pasar tani. Nak kena jumpa siapa?Kena isi borang ke camne?” soal aku.

“Ooo….Macam di sini memang saya selaku pengurusi yang uruskan.Tapi ada 2 cara kalau U nak berniaga di pasar tani.Ada cara lambat, ada juga cara cepat.” Terang Haji.

“Gitu,gitu…cara lambat pun ada?” aku makin hairan.

“Haa…Ada..cara lambat tu U kena isi borang untuk dapatkan tapak,kemudian submit ke pejabat FAMA di Shah Alam tu. FAMA akan refer balik pada saya ikut kekosongan di sini.Bila dah lulus, bayar RM20 di pejabat FAMA dan bawak borang tu serah pada saya.”ulas haji panjang lebar.

“Banyak jugak step tu, haji…”sampuk aku.

“Tak habis lagi step tu…bila nak serah borang tu pada saya,kena bayar lagi RM20 untuk cas pengurusan. Maknanya RM40 semuanya.Barulah boleh berniaga..”Kata dia lagi.

“Ooo…lambat betul tu.Bukan on the spot boleh berniaga.Cara express pula, haji?”

“Apa komoditi U?”

“Huh?Komoditi?Maksud Haji ni…”aku konfius.

“U nak jual apa di pasar tani ?” Soal haji semula.Heh, cakap la jualan..kan senang faham.

“Apa pun yang u nak jual, pastikan barang yang u nak jual tu tak sama dengan komoditi penjual-penjual sedia ada. Contohnya katakanlah u nak jual murtabak, tapi di sini dah ada orang jual-itu tak boleh.Saya tak benarkan…Kena cari jualan lain.”Haji cerita lebih detail. Aku angguk faham.

” Nak senang cerita macam ni.U survey dulu produk apa belum ada di sini 1 minggu sebelum u nak berniaga.Kemudian jumpa saya untuk confirmkan produk.Lepas tu saya akan benarkan u berniaga minggu depannya…Yang penting jualan tak sama dengan orang lain.”

“Bayaran tapak dan borang camne, haji?”tanya aku lagi.

“Bayaran tapak promosi pasar tani sehari RM40.Bayar terus pada saya masa hari berniaga nanti…Saya akan bagi resit.Tak perlu pergi FAMA.Borang  dan duit tu saya sendiri akan uruskan dan hantar ke pejabat FAMA.Dengan saya, berniaga dulu-birokrasi kemudian…”Aku angguk berkali-kali.tanda faham dan puas hati dengan penjelasan haji.

“Hari berniaga tu datang awal.Dalam pukul 7 pagi gitu.Mudah sikit untuk saya uruskan. Kalau datang lambat sangat, mungkin saya tak benarkan berniaga.Kanopi untuk gerai promosi dah disediakan.Tak payah bawak kanopi sendiri ya.U cuma datang bawak komoditi saja nanti.” Haji terus explain. Aku tak pasti sebab apa dia suka benar guna word ‘komoditi’.Tak kisahlah tu.

Hurm…akhirnya aku dapat juga berniaga di pasar tani.

Terima kasih haji komoditi!

8 thoughts on “Part 2: Panduan Cari Tapak Pasar Tani : Berniaga Pasar Tani

  1. Salam…boleh x sy dapatkan no.fon Haji komoditi tu? nk try apply tapak kat sane utk sabtu i..thanx! pls email me or sms me at 017-6461801..

  2. komoditi tu dari perkataan ‘commodity’, bererti ‘goods’. Pak Haji menggunakan perkataan yang tepat. pandai pak aji…..

Leave a comment