Tulis Tangan Kiri

Kisah Nasi Lemak Dan Nora Danish

4 Comments

Di kawasan taman perumahan tempat aku tinggal ada 6 orang peniaga menjual makanan berasaskan menu sarapan pagi.Sama seperti di tempat-tempat lain di negara Malaysia yang tercinta ini, menu wajib sarapan pagi mesti ada nasi lemak, kuih muih atau roti canai. Itu jugak la  yang biasanya dijual setiap pagi di gerai masing-masing oleh 6 orang peniaga ini. Dah bertahun-tahun mereka berniaga di tepi jalan yang sama.Masing-masing ada pembeli setia dan tegar tersendiri. Aku pulak ikut rasa tekak dan berkecuali. Tak menyebelahi mana-mana parti penjual nasi lemak.

Kadang-kadang aku terfikir, dengan jarak gerai satu sama lain yang amat rapat iaitu lebih kurang 30 meter saja, boleh tak peniaga nasi lemak ni berniaga tanpa ada hasad dengki? Tak jealous  dan sakit hati ke bila yang sorang jualannya lebih cepat habis? Boleh ke agaknya mereka ni senyum dan tunjuk jari peace dan cakap “nasi lemak saya tak habis,saya OK”?

Maybe boleh la kot…..

Sehinggalah pada satu hari terjawab persoalan aku tu…

******************

Aku sampai ke destinasi awal daripada yang dijangka. Pagi masih gelap, lagi 15 minit ke pukul 7 pagi. Kata orang bangun awal di pagi hari, murah rezeki.Sebab itulah hari ni aku lupakan empuk tilam dan nikmatnya tarik selimut di rumah sendiri. Aku ada misi, tapi bukan misi yang bekerja di hospital. Bukan! Bukan! Misi aku pagi ini adalah mencari rezeki.

Tanpa buang masa aku keluarkan kaki meja dan papan lapis, kerusi dan peralatan-peralatan lain dari dalam bonet kereta. Benda-benda basic begini perlu disetup dulu.Barulah tak kelam kabut bila berniaga sorang-sorang. Kemudian dengan  mudah dan gaya seorang profesional, aku membuka kanopi berniaga.Heh, teringat semasa first time berniaga dulu, haram aku tak pandai langsung buka kanopi..Nampak senang tapi kalau tak ada praktikal, memang akan terkial-kial. Terpaksa aku minta tolong peniaga sebelah.Wife peniaga tu siap gelakkan kepandiran aku!

Sekitar 10 minit, semuanya dah ready dan aku dah bersedia untuk berniaga. Sambil duduk menanti pelanggan datang, aku perhatikan gerai nasi lemak di sebelah. Aku senyum pada seorang pekerja yang memakai apron dan topi tetapi hanya berseluar pendek paras lutut.  Rambutnya ikal sedikit mencecah ke bahu. Mati-mati aku ingatkan dia tomboy sebab mukanya agak jambu.Tapi bila terpandang bulu betis kaki dia yang agak lebat,persepsi aku salah! Dia lelaki sebenar! Anehnya dia tak balas pun senyum perkenalan aku tadi.Macam tau-tau saja monolog dalam hati aku tadi. Atau pun ada sebab lain?

Makin lama makin ramai orang yang lalu lalang di lokasi aku berniaga itu.Termasuklah beberapa orang nyonya yang sedang jogging dan anjing yang sedang walking.Sebetulnya kawasan yang menjadi pilihan untuk aku pacak gerai dan berniaga adalah terletak tak jauh dengan deretan lot-lot kedai dan sebuah pasaraya yang dipunyai oleh kaum cina.Cuma masuk ke dalam sedikit barulah jumpa penempatan perumahan yang majoritinya melayu. Pendek kata, ia lokasi yang amat sesuai untuk aku mencuba nasib berniaga. Belum cuba belum tahu…

Tetapi di kawasan tersebut sudah ada 3 gerai menjual nasi lemak tak termasuk gerai aku.Jaraknya agak jauh antara satu sama lain.Lebih kurang 15 petak atau lot tapak, atau lebih mudah aku katakan sorang berniaga di kutub utara, sorang di selatan dan sorang lagi di timur. Jadi tak salah rasanya aku menyelit berniaga di situ. Ruang masih sangat lapang. Bagi aku, lagi ramai makin meriah.

Sementara aku termenung tu, di gerai nasi lemak sebelah datang seorang lelaki berumur 50an. Aku agak, kalau tak bapak lelaki ku sangkakan perempuan tadi, dia ni mesti tokey gerai nasi lemak berkenaan.Sebabnya mereka berbisik-bisik sambil memandang gerai aku.Pandangannya pulak tu lain macam.Seolah-olah tak puas hati! Aduss…dia ni Abang Kawasan area ni kot?

Then dia datang ke gerai aku.Aku senyum dan masih bersangka baik.Maybe dia nak berkenalan dengan aku,sesama peniaga yang nak cari makan di bumi milik tuhan.

“Assalamualaikum bang, tak apa yer…saya tumpang berniaga sebelah gerai abang.” Kata aku sambil salam tangan dia.Kena hormat orang yang lagi tua daripada kita. Jangan tiru Luis Suarez! Bersalam pun tak nak.Kejadah!

“Oooo….jual apa nih?” Abang tu terus soal aku sambil perhatikan jualan atas meja aku. Bagus betul budi bahasa abang ni. Aku agak salam aku tadi mesti dia jawab dalam hati je.Tak apa.

” Bihun ada…nasi kerabu, nasi berlauk…laksam pun ada. Sikit-sikit je ni bang.Cuba-cuba berniaga.” balas aku. Memang bila nak test berniaga di tempat baru, aku tak akan buat banyak-banyak.Sebab biasanya hari pertama, orang yang lalu tu takat jeling-jeling dari jauh.Belum berani singgah.Kena ambil masa sikit.

” Sebelum ni tak tahu ke kat sini dah ramai orang jual pagi-pagi? ” tanya abang yang aku belum sempat tahu namanya.Soalan lain macam tu.Soalan makan dalam.

” Tahu bang, 3 orang jual nasi lemak area sini termasuk gerai abang.Sebab tu la saya tak jual nasi lemak,   kalau pun saya ni pandai masak sambal nasi lemak paling sedap di dunia….saya rela jual benda lain kat sini. ” Jawab aku ikhlas.Bukan niat aku nak lingkupkan bisnes siapa-siapa kat situ. Apatah lagi bagi saingan pada dia.

” Nape bang? Abang macam tak bagi je saya berniaga kat sini? ” Soal aku terus terang. Bukan marah, cuma nak tahu niat sebenar dia.

” Tak ada lah dik! Bukan hak saya nak halang orang berniaga di sini. Siapa-siapa pun boleh…tanah ni lapang.” Dia menjawab sambil pegang salah satu tiang kanopi gerai aku.

” Tapi tu laaa…bila orang lalu takut diorang tak perasan gerai saya. Kanopi gerai awak ni boleh halang pandangan orang ke gerai saya. Alas meja pun sama dengan alas meja gerai saya tu….”ujar brader nasi lemak.

Patut la dok pegang-pegang tiang kanopi tu.Tak puas hati rupanya.Tapi abang ni pandai berlakon, sekejap cakap tak kisah,sekejap komplen kanopi aku pulak.

” Saya ni dah 10 tahun berniaga kat sini.Orang sini semua kenal saya…”sambung dia lagi.

Aku tak tanya pun sebenarnya.Tapi aku faham apa yang dia cuba sampaikan…Maksud dia ” aku orang lama kat kawasan ni.Kau nak berniaga boleh, tapi pergi jauh-jauh.Jangan duduk dekat dengan aku. Habis bisnes aku! Nanti tak pasal-pasal customer aku lari kat kau.”

Tapi takkan lah brader ni nak bagi alasan remeh pasal kanopi dan alas meja jejaskan bisnes dia.Takkanlah aku nak pakai alas meja bunga-bunga untuk bezakan dengan gerai nasi lemak dia.Dah kebetulan warna sama.Lagi satu, dah 10 tahun dia berniaga, tapi mengapa masih guna khemah niaga bulat tiang satu tu? Dah outdated bang ooii…Macam budak tadika nak jeles pasal benda-benda kecik.

Last sekali dia beredar dan balik semula ke gerai.Tapi sebelum dia blah sempat lagi dia pesan pada aku.

” Jaga-jaga sikit berniaga kat sini.Perangai orang kita tak tahu.Ada yang tak suka tengok orang berniaga. Sampai nak berbunuh-bunuh! “

Ayat last dia membuat aku terkesima.Tapi aku diam saja. Tak perlu nak layan orang begitu.

Yenadey!!!..Jual nasi lemak, bisnes kecik-kecik pun mau berlaku pertumpahan darah ke?

Aku hidup di zaman purbakala ke apa?

ps: Nora Danish dan nasi lemak tak ada kena mengena dalam entry ini..peace yo!

4 thoughts on “Kisah Nasi Lemak Dan Nora Danish

  1. suka bc entri awk..kelakar..x per dik sabor je k.rezeki Allah Taala yg tentukan.pedulikn mereka y busuk hati ni.plg ptg sbg peniaga ni kna amalkn sikap rendah diri n never giv up ok..

  2. Salam adik memang macam tu, berniaga tepi jln tapi macam nak bunuh membunuh. hehe saya 13thn berniaga nasi lemak tepi jln, tak peduli hal orang setiap tahun kena tutup tapi keras hati saya harap redha Allah skrg dpt 5 biji kedai berlesen dan sewakan. nasihat kak, tak kira apa jua situasi kamu mesti berniaga dan mesti setiap hari simpan duit petua kak adalah solat Dhuha dan Tahajjud jgn tinggal. Demi Allah, Kerana Allah, Rahmat Allah. Ko jadikan zikir dik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s