Tulis Tangan Kiri

Berniaga Di Hari Sukan Sekolah

Leave a comment

Katakanlah kelengkapan atau peralatan untuk kita mula berniaga semua dah cukup. Motivasi dan semangat juang nak berbisnes pun di level tertinggi. Memang kita dah tak sabar-sabar nak mencuba menjadi usahawan kecil-kecilan.Jadi kita pun laju-laju pergi try minta tapak berniaga pasar malam di taman berhampiran. AJK pasar malam tu pula laju-laju je cakap tapak pasar malam semua penuh. Keciwa, betul?

Tapi kita tak putus harapan lagi,semangat kita masih kuat. Balik rumah online internet terjumpa pula iklan tapak berniaga di Karnival/ekspo dari sekecil-kecil ekspo sampailah ke segergasi karnival.Penganjur pula promosi dan janjikan pengunjung datang hingga ribu-ribu malah juta-juta orang.Wow!…kaya beb!Trafik tinggi gitu mau untung pun juta-juta
juga,kan…

Sanggup tak kita bayar tapak karnival tu dengan harga 3 angka dan selalunya cecah 4 angka sedangkan ini first try yang pertama kita dalam berniaga?

Kanopi yang baru beli pun belum pernah buka lagi. Elok je berbungkus dan tersandar di dinding atau stor rumah.Kalau berani,get ready to terima hakikat yang kemungkinan besar untung berniaga di situ nak cover modal pun tak lepas…Banyak sebab berniaga karnival/ekspo ni sebenarnya rugi.Tapi itu cerita lain.

Cara lebih selamat masih ada.

Khas untuk newbie dan bakal peniaga. Kita boleh cuba berniaga di karnival/hari sukan sekolah sekitar daerah.Yuran tapak biasanya tak mahal. Ada yang paling murah RM60 (luar bandar). Di bandar dalam RM100-150. Hari/karnival sukan sekolah di Malaysia ni selalunya dalam bulan mei-Jul (Sila cek website sekolah untuk tau lanjut).Maybe tahun depan lebih awal.Jadi start januari 2013, dah boleh reki bila event bakal diadakan.

Kelebihan berniaga di hari sukan sekolah ialah trafik pelajar dan penonton, dif-dif jemputan yang dahaga dan lapar adalah sangat tinggi.Peniaga pula tak terlalu ramai.Kadang-kadang cikgu dan pelajar pun ada yang buka gerai.Memang boleh buat duit.Bayangkan dalam satu sekolah berapa ramai pelajar. Semua wajib datang time sukan untuk meriahkan suasana.Pelajar berpeluh berlari menang medal, kita berpeluh tak menang tangan layan pembeli.

Sesetengah sekolah time hari/karnival sukan tak iklankan tapak berniaga pada peniaga luar.Maybe sebab polisi sekolah tu dah macam tu.Tapi bebudak yang menjerit-jerit sokong kawan-kawan mereka yang bertanding pasti sangat dahaga dan lapar.Setakat air sirap di sponsor oleh sekolah tak menggiurkan sangat. Last-last cari juga air lain. Pelajar pun teringin juga nak minum air soya masa cuaca panas-panas.

Jadi berniaga saja di luar pagar sekolah di mana pelajar-pelajar mudah nampak kedudukan gerai kita. Asalkan tak kacau lalu lintas dan ketenteraman awam, tiada sebab pengetua, guru besar, guru penolong kanan, cikgu-cikgi, pakcik jaga, tukang kebun atau  anggota Rela untuk halang kita berniaga. biasanya time sukan tu, guru-guru ni hatta cikgu disiplin yang paling garang misai melintang pun agak sporting. Melainkan guru tersebut memang sejak azali muka ketat memanjang dan sepupu sepapat kepada Adolf Hilter.

Belum tahu nak niaga apa di event hari sukan sekolah? klik sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s