Tulis Tangan Kiri

Preview Semi Final AFF Suzuki Cup 2012: Harimau Malaya vs Gajah Perang

Leave a comment

Semua orang dah tahu Harimau Malaya bakal lawan Gajah Perang masa semi AFF Suzuki Cup nanti. Lawan Gajah Perang Thailand ni kita tak boleh samakan lawan dengan gajah-gajah di sarkas…atau di zoo.Gajah-gajah jinak mana reti main bola. Apakah team Malaysia dah ready nak beraksi garang?

Melihat kepada prestasi semasa team harimau malaya yang kena tapau dgn Singapura 0-3, menang bergaya 4-1 dengan Laos dan menyingkirkan indon 2-0, tak bermakna kita dah bangkit dan ready kalahkan team Siam. Masih ada ruang dan kelemahan yang ketara di beberapa posisi yang sempat aku snap menggunakan teknologi tinggi kamera AES.

Penjaga gol

Farizal Marlias adalah pilihan yang tepat untuk jaga gawang kali ini. Pestasi dia ok.  Apek terpaksa diketepikan dulu. Tugas Apek di bangku simpanan ketika ini hafal betul-betul nama Leuniey ya. Prektis banyak-banyak kali.Nanti tersasul masa akad nikah. Aku nak tulis nama tunang dia pun terpaksa refer google.Berbelit nak tulis,nak sebut apatah lagi.

 Pertahanan: Aidil, Mahali, Fadhli,Zubir

Aidil perlu lebih bertenang sikit. Nak tackle player pun agak-agak la. Aidil  main sedikit robust dan berbahaya. Boleh mendatangkan kecederaan pada pihak lawan dan diri sendiri.Kalau pihak lawan yang cedera kita suka, tapi kalau aidil yang injured siapa pemain simpanan yang mampu ganti tempat dia?

Mahali so far amat bagus. Nampak serasi dan ada persefahaman yang jitu dengan Wan Zack.Masa tengah menyerang,Mahali banyak support dan buka ruang.Dribble bola juga fantastik.Cuma bila dia selalu naik dan menyerang pertahanan kanan agak longgar.Satu counter attack yang pantas dari Thai di sebelah kanan Malaysia boleh mendatangkan bahaya.Solution-Mahali perlu turun balik laju-laju untuk cover tempat dia. So far dia memang laju!

Fadhli Sas beraksi di pertahanan tengah dengan steady.Goodjob! Zubir Azmi bermain bagus di kiri. Lebih baik berbanding Azmi Muslim sebenarnya.Cuma kurang buat larian solo bantu serangan.

Tengah

Safiq Rahim

Dah lama aku perhatikan. Hantaran pendek Safiq Rahim selalu tak tepat. Meliar je passing. Bila dah terlepas,slow pulak nak rampas balik bola.Hantaran cantik pada striker juga kurang.Safiq Rahim kegemaran dia main satu-dua…gaya EPL. Semua bola dia nak sentuh cuma sekali, pastu passing kat kawan-kawan. Patutnya dia sebagai playmaker kena cari dan buka ruang. Baru la main tu tak sempit dan padat. Safiq Rahim pada aku adalah pemain yang tau main bola tapi hanya ada satu skill sahaja yang dia ada iaitu freekick yang power.Tapi kalau langsung tak dapat freekick macam game dengan Indon tu, camne nak skor?

Shakir Shaari,Gary dan Amar Rohidan

Shakir Shaari adalah pemain yang sesuai untuk cover kelemahan bahagian tengah terutamanya kelemahan Safiq Rahim yang kerap terlepas bola lepas tu malas nak kejar semula. Hantaran ke striker dan winger juga kemas.Masalahnya dia injured.Maybe tak dapat main.Jadi yang tinggal cuma Gary Steven Robbat.Player defensive midfielder yang ada semangat main seperti harimau. Amar Rohidan jangan kasi main.Suruh dia bela kucing.

Wing kanan dan kiri

Wan Zack, Kunanlan, Alex

Harap Wan Zack tak injured dan boleh main.Kali ni dia menyinar. Selama ni aku tak nampak potensi sebenar dia masa main. Ada game yang dulu-dulu, asal dribble je gerenti tak lepas. Asal tak lepas je dia injured.So this time permainan Wan Zack lebih terpuji dan awesome.Mungkin dia dah dapat taufik dan hidayah dalam erti kata bolasepak sebenar.

Sama juga dengan Kunanlan.Dia begitu bertenaga di sayap kiri. Stamina pun power dan rajin bergotong royong menolong pertahanan ketika kita diserang.Tapi kalau dia pun injured, dengan berat hati aku izinkan Alex main.Sebab dah tak ada orang lain. Tak mungkin nak bagi posisi tu pada Fakri Saarani yang handal bermain bola sehingga ada club Portugal entah divisyen berapa terpikat. Pada aku Alex lebih sesuai main sebagai stiker seperti posisi asal di Pahang.

Striker: Safee Sali, Mat Yo, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani

Safee Sali dan Mat Yo akan main untuk Johor musim depan.Ini berita terkini.Tapi kali ni Safee Sali seolah-olah bukan lagi striker yang digeruni seperti satu ketika dahulu.Tiada lagi rembatan berbahaya, rembatan meliar yang paling banyak.Jarang-jarang nampak dia berjaya dribble pertahanan lawan.Jadi kena perbaiki tang ni.Kalau tak sia-sia Johor bayar gaji mahal-mahal musim depan.

Mat Yo masih boleh diharap.Larian pantas tepi line tu dah jadi trademark Mat Yo. Assist bola pada Safee Sali pun banyak. Cuma Safee Sali saja yang kurang menjadi.Teruskan bermain dan try rembat jauh pula.Mana tau gol.

Kalau Khyril Muhymeen fit aku prefer dia main ganti Safee Sali. Biar Safee Sali main simpanan dulu pun takpe. Nampak Khyril lebih yakin,sharp, tenang dan tajam cari ruang untuk jaringkan gol.Dia juga boleh kontrol bola dengan baik, movement menarik dan ada speeding yang diperlukan sebagai striker untuk menjahanamkan barisan pertahanan lawan.

Fakri Saarani jangan main langsung please….

Selamat bermain bola!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s