Tulis Tangan Kiri

Barang Antik

Leave a comment

Mesin fotostat jenama canon NP1215 itu dah buruk benar. Layak masuk muzium dan dilabel barang antik.Warna body pun dah bertukar kuning. Fungsi dan kepandaiannya sebagai sebuah mesin fotostat juga amat terbatas. Tak secanggih mesin fotostat terkini. Setiap kali mahu menggunakannya, aku perlu menekan suis ‘power on ‘ dan tunggu button merah berkelip-kelip dalam 5 minit. Kemudian aku perlu tunggu button merah yang berkelip-kelip itu bertukar hijau. Maknanya api karan dah sampai. Maknanya mesin fotostat uzur itu dah bersedia untuk membuat kerja-kerja penyalinan. Dalam keadaan terpaksa. Aku sabar.

Prestasi bila fotostat pun bukannya bagus sangat. Bolehlah kalau nak fotostat benda-benda senang setakat 5-6 helai. Tapi bila nak fotostat banyak-banyak, mesin tu akan buat perangai. Akan keluar jalur-jalur hitam panjang pada kertas A4. Kalau fotostat kad pengenalan lagi tak boleh pakai. Visual muka dalam kad pengenalan langsung tak nampak. Gelap macam lelaki Afrika Sudan. Pernah sekali tu tengah sedap-sedap fotostat, mesin itu akan berhenti tiba-tiba. Aku terpaksa ketuk-ketuk  body dia macam ketuk tv lama. Barulah berjalan semula. Aku sabar je.

Banyak kali aku cadangkan pada bos-bos atas supaya tukar mesin fotostat zaman purba tu kepada yang baru. Tapi setiap kali itu juga la jawapannya tiada bajet. Duit syarikat diperuntukkan untuk pembelian yang lebih mustahak. Seperti hiasan gambar lukisan ikan koi yang diimport dari Jepun pada dinding di bilik bos. Apa yang best sangat dengan gambar ikan koi tu pun aku tak tahu. Power lagi ikan patin buah Temerloh. Tegas bos,  selagi mesin tu boleh digunakan, tiada istilah tukar baru. Aku sabar je..Aku sabar!

Tapi hari ni bos dengan muka mencuka berjanji 2 hari lagi mesin fotostat baru serba canggih akan sampai. Entah mamat mana yang guna mesin fotostat canon NP1215 itu sampai drum dan roller mesin tu patah riuk. Sampai mesin  jadi berasap-asap kemudian terus meninggal. Barang antik gitula riwayatnya. Kali ini giliran bos pulak untuk bersabar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s