Tulis Tangan Kiri

Lesen Niaga Tepi Jalan

Leave a comment

Petang semalam hujan turun lebat. Walaupun hujan turun tak lama, tapi parit tepi jalan sekejap saja air dah penuh. Overload sampai ke jalanraya. Biasalah…bila ada projek perumahan dalam pembinaan, masalah seperti ini akan timbul. Kita kena lah berkorban atas nama pembangunan dan kesejahteraan poket pemaju  sikit kan? lagipun kereta-kereta di Malaysia ini memang direka supaya menjadi tahan lasak dan kalis air banjir kilat. Bila berdepan situasi begini, kereta kita automatik akan berubah menjadi kapal salam…Boleh lalu dengan selamba.

 Tak jauh dari sebuah sekolah rendah, ada dahan pokok yang patah dan block separuh jalan yang biasa aku lalu tiap-tiap hari. Oooh… tang ni kereta di Malaysia, teknologinya belum sampai tahap dewa lagi. Kereta yang aku pandu tak mampu melompat tinggi melepasi ‘roadblock’ dahan pokok tersebut. Itu kepandaian katak pisang dan kereta-robot dalam filem Transformers…

So, jalan  di situ agak sesak akibat kejadian alam. Kena la pasrah dengan kuasa Tuhan kan?

Tapi bila sampai di luar kawasan gate rumah, aku terkejut! Gerai air kelapa n goreng pisang tepi jalan sudah terbongkang. Kanopi biru tercampak ke belakang gerai. Tiang-tiangnya patah dan tak boleh digunakan lagi. Gerai kayu itu pula seakan-akan ditakik-takik dan hampir roboh.

Kuat sangat ke ribut tadi di sini?

Yang lebih dahsyat lagi di sebelah kanan pagar, ada gerai jual nasi lemak terima nasib serupa. Tiang-tiang gerai masih ada…Tapi atapnya telah hilang! Atap zink yang dipaku kemas-kemas pun boleh tercabut macam tu saja. Aku terpinga-pinga! Cuba fahami apa yang terjadi.

Tsunami…Gempa bumi… Ribut salji…Atau ada raksaksa jahat dan Ultraman bergaduh di sini?

Rupa-rupanya itu hanya teori aku yang banyak terpengaruh dengan cerita di TV. Tak ada pun semua  tu…Cerita wayang kulit di sebalik wayang gambar berdefinisi 3D jauh berbeza. Gerai-gerai tersebut dirobohkan oleh ‘pihak yang ada kuasa’. Dikerjakan secara bergotong-royong dalam satu operasi semalam. Sebab itulah Collateral damage  nya maha dahsyat.

Abang T (pemilik gerai air kelapa n goreng pisang) yang masih ada di gerainya masih tenang. Dia dah berniaga di situ dari awal kawasan perumahan ini dibuka. Tak pernah ada yang ‘kacau’. Tapi kali ni pihak yang ada kuasa datang tanpa sebarang amaran. Tiada denda, kompaun atau sebarang budi bicara.

Alasan dari ‘pihak yang ada kuasa’, gerai-gerai ini tak ada lesen berniaga. Ada aduan daripada orang ramai…Aduan berkenaan Abang T tak bagi diskaun pada pembeli goreng pisang  kah? Atau mungkin aduan sebab gerai tepi jalan ini menyakitkan mata…aku tak pasti.

Abang T dah lama mohon lesen berniaga di situ. Statusnya masih dalam proses kelulusan. Begitu juga dengan pemilik gerai lain. Tapak asalnya dulu dihuni gembira oleh lalang dan semak samun. Mungkin juga ular sawa pernah bermastautin di situ.  Abang T dan kawan-kawan ubah keadaan menjadi terang dengan pacak gerai untuk mencari rezeki. Gerai mereka tak halang laluan jalan. Tapi kini rezeki mereka pula dihalang!


Aku faham pada ‘pihak yang ada kuasa’ yang menjalankan tugas dalam kes ni…Lesen untuk bertindak tegas di tangan mereka. Aku tau isu lesen memang wajib di mana-mana. Nak kawin kena ada lesen (sijil perkahwinan yang sah)…Sijil dari Siam tak boleh pakai. Nak jadi doktor perlu ada lesen perubatan. Nak bercinta pun kena ada lesen juga (bersunat dulu). Lesen sangat penting! Itu hukum karma.

Tapi apa salahnya guna budi bicara. Bagilah kompaun atau rampas saja barang….Atau buat la operasi hari lain… Dah aku kempunan nak makan goreng pisang panas petang semalam!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s