Jus Delima Yang Gagal

Kata orang kalau nak beli buah banyak-banyak pergilah ke pasar Chow Kit. Boleh dapat harga murah-murah, harga borong kalau membeli di situ. So suatu hari tu aku terus ke pasar Chow Kit tanpa fikir panjang-panjang. Lama betul tak datang pasar basah paling top di Malaysia ni.Berpusing-pusing juga aku nak cari parking, nasib baik ada di celah-celah bangunan yang sempit, ada lot parking. Berbayar la tapinya kan.

Baru aku tau Pasar Chow Kit sekarang ni dah berubah. Ada lot kedai yang dipindahkan ke tempat lain. Pindah ke penempatan sementara atau selama-lamanya aku tak tau. Tujuan aku cuma nak beli buah. Beli buah delima sahaja. Nasib baik gerai buah masih tang tu jugak. So aku beli buah delima 5 biji. Saiz sederhana besar. Yang paling besar tak ada stok. Brader tu tak nak kasi diskaun pun. Tak apa.

Balik rumah aku mulakan kerja. Basuh buah delima tu dan keluarkan isi . Ada la teknik dia nak bagi isi buah delima tu bercerai elok dari kulit. Tak perlu guna kapak atau gergaji pun. Masalahnya tak manis pun buah delima tu. Brader yang jual tu cakap manis giler.Tapi yang ini masam sikit.

Then aku blend isi buah delima tu.Sekejap dah selesai.Tapi warna dia pelik sikit.Tak apa aku cuba minum.Bubuh ais dalam gelas, tuang pati delima tu tadi..tambah apa patut.Gulp….gulp..gulp…3 teguk je mampu aku minum.Sebab tak sedap.Masam, kelat semua ada. Sedap lagi minum ribena dari jus delima yang aku buat tu. So eksperimen  jus delima tersebut gagal. 4 biji buah delima yang ada lebih tu aku kupas dan makan begitu sahaja. Lagi enak dan berkhasiat.

Sampai sekarang aku masih gagal buat jus delima.

Klik sini untuk beli ebook jus air untuk berniaga di pasar ramadan 2015! 

Resipi Jus Buah Yang Paling Sukar Dibancuh

Tahukah korang, cara-cara nak hasilkan resipi jus buah delima adalah paling sukar dan mencabar untuk aku buat? Setakat ini aku dah cuba berekperimentasi, tapi belum berjaya dapatkan satu resipi jus buah delima yang ampuh dan power.Ada sekali tu langsung tak boleh telan, kelat dan pahit semacam.Warna pula keruh, tak hitam pekat macam yang aku mahu. Langsung tak sedap.

Kena cuba lagi dan lagi dan lagi…Sampai jadi.

 

Resipi Jus tembikai susu edisi homemade, klik di sini.

Jus Delima Dan Durian Belanda Pasar Malam

Aku tak pernah minum jus delima. Makan buah delima pun jarang-jarang. Sebabnya buah delima tu susah nak jumpa di pasaran. Kalau terjumpa pun masa tu tak rasa nak beli buah delima.Tekak nak makan buah anggur pula. Sama juga durian belanda. Buah ni jenis eksotik. Atau mahal.

Baru-baru ni aku jumpa peniaga pasar malam jual jus delima dan durian belanda. Yang buat aku tertarik ialah peniaga berkenaan  cuma jual 2 jenis jus itu saja dalam balang pasar malam saiz standard. Tak perlu berderet-deret susun balang atas meja. Sebab selang 5 tapak dah ada seorang peniaga air yang dah lama jual air dalam balang kaca banyak-banyak. Makan 2-3 tapak pasar malam. Monopoli.

Tapi peniaga jus delima dan durian belanda ni still boleh survive dan jualan dia laku. Walaupun 1 cup jus dia jual RM2 tapi orang yang suka jus delima dan durian belanda tetap beli tanpa komplen. Dia tak perlu susah payah bersaing dengan penjual air lain. Orang ramai pun ada lebih pilihan masa nak beli air. Win-win situation gitu…

So pada yang bercadang nak niaga pasar malam tapi tak tahu jual apa, boleh cuba tiru macam peniaga jus di atas. Yang penting kena belajar buat jus delima dan durian belanda tu sedap-sedap.Terai jangan tak terai!

*Jus delima ini bukan yang diMLM kan dan dijual di dalam botol beratus-ratus ringgit…Khasiat buah delima tu sama saja tak kira minum yang murah atau mahal.