Apabila Badai Bertemu Awan.

Exif_JPEG_420

Angin bayu waktu sepoi-sepoi bahasa membelai pipi memang sedap dan mengasyikkan.Kalau kau berambut rebonding, boleh nampak rambut kau terbuai-buai beralun.Macam iklan syampu.

Tapi apabila badai bertemu awan hujan dan bertiup dengan kuasa penuh,silap-silap semuanya akan terbang dan binasa.Macam kanopi ini.

Kuat mana kanopi tersebut dipasak,diikat atau disokong ia tetap rebah dilanda angin.Just like that..Jadi kain kanopi yang dah koyak rabak kena tolak tepi.Total lost.

Tapi besi dan tiang kanopi yang belum patah riuk masih ada gunanya.Dismantle mana yang boleh diselamatkan dan simpan untuk hari akan datang.(Atau kalau kau biarkan macam tu saja,tak sampai 5 minit bangla besi buruk akan kutip).

 

At least bila badai mengganas lagi,back up besi dan tiang kanopi dah ready dan bisnes air balang anda tidak tergendala.Tak semestinya kena beli kanopi tiap kali rosak.Tak sempat kot nak berkejar ke kedai hardware lagi bila anda sedang sedap berniaga di bazar ramadan tu.

Oh ya!

Kalau takut dilanda angin,jangan berniaga air balang! Kikiki..

 

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11533_59

 

Kanopi Bazar Ramadan

 Dah beli kanopi untuk berniaga bazar ramadan?

kalau sudah, simpan di tempat selamat dulu,belum tiba masa lagi untuk digunakan.Pada yang belum sempat beli pun tak apa.Harga kanopi tetap sama.Tak turun, tak naik tapi kemungkinan stok kanopi habis bila tiba ramadan tetap ada…bergantung kepada tokey kanopi order stok banyak atau sikit.

Kanopi anda sudah rosak?Kain kanopi dah bocor dan berlubang-lubang, tiang-tiang dah bengkok dan besi palang kanopi dah terkulai patah?

banner bab728x90

Usah susah hati. Tak perlu beli kanopi baru jika rosak tak terlalu teruk. Nak keluar duit beli kanopi baru pun guna modal ratus-ratus juga tu…nasihat saya, ganti saja part-part yang rosak. Lebih jimat.

Kain/khemah kanopi boleh dibeli berasingan.Harga sekitar RM60-70 untuk saiz 10 X 10.Besi palang yang patah-harga spare partnya RM7-RM9. Biasanya jika kanopi rosak 2 bahagian ini yang selalu terjejas-mudah koyak dan patah.

Punca utama kanopi tersebut rosak ialah kerana ia dibiarkan berpanas-berhujan dan dibelai-belai angin selama 30 hari. Amalan lazim peniaga bazar ramadan, kanopi hanya akan ditutup dan direndahkan sedikit selepas habis berniaga. Esoknya buka semula kanopi berkenaan.Sepanjang ramadan,kan?

Jarang-jarang kita lihat peniaga yang sayangkan kanopinya daripada rosak dan patah sanggup buka-tutup-simpan di rumah dan esoknnya pikul kanopi-buka dan pasang semula.Selama 30 hari.Tindakan tersebut memang boleh selamatkan kanopi dari rosak dan patah, tapi bimbang di penghujung puasa pemilik kanopi yang bakal patah pinggang dan terkehel bahu.Kanopi itu beratnya boleh tahan!  Melainkan beliau adalah seorang Robocop… Atau man of Steel..Atau Iron Man 3.

Klik sini jika mahu berniaga bazar ramadan tanpa susah-susah bawa kanopi yang berat tu!