Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Exif_JPEG_420

Exif_JPEG_420

 

Cerita ramadan tahun 2016..

Brader-brader ni borong habiss buah tembikai sampai 2 troli penuh.Sebelah kaunter lagi pun ada geng dia dengan 3 troli buah yang sama.

Abang dapat beli setakat 10 biji tembikai je.Saki baki yang diorang tak nak dah (atau troli dah overload).

Nak jual jus buah tembikai ye bang?Sama la kite…

Oh..gambor tak clear sebab tangan parkinson hari tu.

 

 

Advertisements


Leave a comment

Buah Naga Brader Rock

 ‘Banyak beli tembikai, ada kenduri ke?’sapa brader Rock di depan saya.

Dia sama-sama beratur di kaunter timbang econsave. Dalam trolinya ada seplastik sayur kobis dan ikan bilis. Line agak panjang dan bergerak slow motion.

‘Takde la…buat jus untuk niaga pasar ramadan’balas saya yang masih penat dan belum sempat mandi sejak berbuka puasa tadi.Lepas solat maghrib dan basuh balang-balang air, saya bergegas ke econsave beli stok buah untuk 3 hari.Saya berharap badan saya belum berbau kambing.

‘Perghh…kau blend sendirik buah-buah ni? Tak guna kordial?’Brader rock tiba-tiba teruja.

‘Blend sendiri je bang.Jual Jus homemade.’eksplain saya pada brader rock.Kaunter timbang masih slow.Maybe orang baru kerja.Nampak terkial-kial cari kod barang timbang.Rileks,brader.

‘Aku pun selalu buat jus-jus ni.Bulan puasa, dahaga dia lain macam. Pekena jus jugak baru menangkap. Yang paling syokk, meh aku ajar kau resepi spesel aku,nak?’sembang Brader rock berdegar-degar.

‘ok…apa dia tu?’

‘Haaa…kau blend buah dragon fruit dengan laici dalam tin, campur sket air soda,campur lagi susu cair cap junjung je..cap lain tak boleh….Agak2 dah siap, kau bubuh aiskrim wall’s coklat. Terangkat bro!’ bisik brader rock.

‘Kau try la’

saya senyum dan cuma angguk tapi dalam hati geleng banyak kali. Resipi brader tu terlalu rock dan amat masterpiece untuk diterai sehingga sekarang.Tak perlu jadi rocket saintis utk membuat jus yang mudah.Saya tahu It’s not that complicated. Jadikan brader Rock ni contoh dan teladan. Why so susah-susah? Klik sini utk buat jus cara senang dan super duper simple.

*Brader Rock ni suara dia macam Bandi Amok.Rambut style Zamani Slam.

banner bab300x250