Tulis Tangan Kiri


Leave a comment

Ebook Jus Durian Belanda 2017

http://www.bisnesairbalang

Alhamdulillah,mac 2017 saya telah selesai update ebook Bisnes Air Balang.Seperti yang dijanjikan,siap kemaskini harga ebook baru adalah RM80…bukan lagi Rm60 macam tahun lepas.Siapa yang sempat beli harga lama kira beruntung sebab ebook tu dah powerr..Dan of course la versi baru bertambah power lagi dengan 15 resipi kesemuanya.

Lama saya tak sentuh tentang jus durian belanda dalam blog ini.Walaupun setiap tahun penjual jus durian belanda akan bertambah tapi don’t worry at all.Saingan jual air macam tu la.Teruskan secara konsisten jual jus durian belanda.Dalam ebook bisnes air balang ,saya telah kongsi resipi jus durian belanda tersebut dari awal hingga akhir.Di bulan ramadan ,tak ramai yang jual jus durian belanda..jadi orang ramai akan serbu gerai anda.itu pun kalau anda follow resipi jus durian belanda yang saya share tu betul-betul.

Tip daripada saya, jangan buang masa cari real buah durian belanda yang kadang-kadang saja dijual di pasaraya atau pasar.Belum tentu buah tersebut elok dan boleh digunakan untuk buat jus.Sebab buah durian belanda ni cepat buruk dan jadi masam.Bila jadi begitu,tak ada cara lain…buangkan saja buah tu!Sayangkan?beli buah mahal-mahal tapi tak dapat digunakan.

Untuk tip dan detail boleh baca ebook jus durian belanda.?ebook bonus yang sangat bernilai dalam ebook Bisnes Air Balang.

Advertisements


Leave a comment

Ebook Jus Kedondong Asam Boi Dan Jus Durian Belanda 2015

Ebook Jus Kedondong Asam Boi dan Jus Durian Belanda kini sudah boleh dibeli.

Beli  ebook yang telah dikemaskini hingga Januari 2015 sekarang.  Harga diskaun adalah RM30 sahaja dan tawaran harga diskaun ini akan tamat bila-bila sahaja! Confirm punya akan naik harga!

Untuk beli ebook Jus kedondong asam boi dan jus durian belanda 2015, sila emel ke mizzan11@gmail.com untuk maklumat pembayaran selanjutnya.

Mengapa perlu jual 2 jenis jus di atas bulan puasa nanti? Baca entry saya sebelum-sebelum ni untuk tau. Sepanjang 2014-2015 saya dah menjual di banyak tempat dan 2 jus tersebut sentiasa sold out. Saya pasti ramadan 2015 nanti ia akan Booom dan laris!

Antara kandungan ebook tersebut adalah:

*Resepi jus kedondong asam boi (panduan step by step bergambar)

-berapa kilo kedondong, berapa paket asam boi digunakan untuk hasilkan jus yang sedap dan digilai ramai.Buat segelas jus kedondong asam boi memang mudah, tapi kalau satu balang pasar malam tu berapa sukatan perlu digunakan? 

-Di mana nak beli semua bahan resepi jus tu? Buah kedondong susah nak nak jumpa di pasaran.Tapi saya akan bagitau lubuk bekalan buah kedondong yang selalu beli. Anda start enjin kereta terus pergi ke tempat yang saya maksudkan itu dengan mudah.

-Tip dan petua hasilkan kedondong yang sedap..Terlepas baca bab ni anda akan tersalah buat jus kedondong asam boi.Jus yang anda jual akan jadi tak sedap, kelat gila dan bergetah! Siapa yang nak beli kalau jus tak sedap gitu? Baik minum air sirap.

-Peralatan..Untuk menjamin jus kedondong asam boi anda sedap, anda perlukan satu peralatan rahsia yang sangat penting dan Wajib ada. Peralatan tersebut murah saja, harga tak sampai RM5 pun.Hanya bakal pembeli ebook saja tau rahsia ini.

 

UPDATE 2016:Untuk beli ebook kedondong klik di bawah.

banner bab300x250  


Leave a comment

Jus Delima Dan Durian Belanda Pasar Malam

Aku tak pernah minum jus delima. Makan buah delima pun jarang-jarang. Sebabnya buah delima tu susah nak jumpa di pasaran. Kalau terjumpa pun masa tu tak rasa nak beli buah delima.Tekak nak makan buah anggur pula. Sama juga durian belanda. Buah ni jenis eksotik. Atau mahal.

Baru-baru ni aku jumpa peniaga pasar malam jual jus delima dan durian belanda. Yang buat aku tertarik ialah peniaga berkenaan  cuma jual 2 jenis jus itu saja dalam balang pasar malam saiz standard. Tak perlu berderet-deret susun balang atas meja. Sebab selang 5 tapak dah ada seorang peniaga air yang dah lama jual air dalam balang kaca banyak-banyak. Makan 2-3 tapak pasar malam. Monopoli.

Tapi peniaga jus delima dan durian belanda ni still boleh survive dan jualan dia laku. Walaupun 1 cup jus dia jual RM2 tapi orang yang suka jus delima dan durian belanda tetap beli tanpa komplen. Dia tak perlu susah payah bersaing dengan penjual air lain. Orang ramai pun ada lebih pilihan masa nak beli air. Win-win situation gitu…

So pada yang bercadang nak niaga pasar malam tapi tak tahu jual apa, boleh cuba tiru macam peniaga jus di atas. Yang penting kena belajar buat jus delima dan durian belanda tu sedap-sedap.Terai jangan tak terai!

*Jus delima ini bukan yang diMLM kan dan dijual di dalam botol beratus-ratus ringgit…Khasiat buah delima tu sama saja tak kira minum yang murah atau mahal.